Friday 12 December 2008

Umar ibn Abd Al-Aziz (Part III)

Masuk hari kedua pentadbiran khalifah Umar bin Abdul Aziz, beliau berucap di hadapan orang ramai.

Umar bin Abdul Aziz : Wahai manusia. Tidak ada kitab selepas al-Quran dan tidak ada nabi selepas Muhammad (s.a.w.). Aku bukan penentu hukum tetapi aku ialah pelaksana hukum Allah. Aku bukan orang bidaah tetapi aku hanyalah orang yang mengikut sunnah. Aku bukanlah orang yang paling baik di kalangan kamu sedangkan aku ialah orang yang paling berat tanggungannya di kalangan kamu. Aku mengucapkan ucapanku ini sedangkan aku tahu aku ialah orang yang paling banyak dosanya di sisi Allah.

Lalu beliau duduk dan menangis. Segala menterinya semua tunggu. Kemudian beliau berkata,

Umar bin Abdul Aziz : Alangkah besarnya ujian Allah kepadaku.

Khalifah Umar pulang ke rumah. Beliau duduk sambil kedua belah tangannya memegang pipinya. Lalu Isterinya bertanya,

Isteri : Apa yang Amirul Mukminin tangiskan?
Umar bin Abdul Aziz : Wahai isteriku. Aku telah diuji oleh Allah dengan jawatan ini dan aku sedang teringat orang2 yang miskin; aku teringat ibu2 yang janda, anaknya ramai tetapi rezekinya sedikit; aku teringat orang2 dalam tawanan; aku teringat para bukharaq kaum Muslimin; aku tahu bahawasanya mereka kesemuanya ini akan berdiri dan akan mendakwaku pada hari kiamat kelak. Dan aku bimbang, aku tak dapat menjawab hujah2 mereka sebagai khalifah, kerana aku tahu yang menjadi pembela bagi pihak mereka adalah Rasulullah (s.a.w.).

Menangis khalifah Amirul Mukminin Umar bin Abdul Aziz, menangis isterinya. 2 tahun 5 bulan beliau memerintah negara Islam, bertukar keseluruhannya sehingga tidak ada orang yang berhak menerima zakat. Sehingga terpaksa duit hasil kutipan zakat tersebut diiklan barangsiapa yang tidak mempunyai duit untuk berkahwin, sila datang ambil duit tersebut untuk melangsungkan perkahwinan.

Ajaib pemerintahannya. Khalifahnya tidak kaya tetapi rakyatnya senang. Diriwayatkan ketika seorang ingin berjumpa dengan khalifah Umar, sewaktu beliau tiba di rumah khalifah Umar, beliau tidak dapat jumpa rumah khalifah kerana sangkaannya rumah khalifah pasti sebuah istana yang besar. Beliau ternampak seorang wanita dan lelaki yang lusuh pakaiannya. Lalu beliau bertanya kepada wanita tersebut.

Si fulan : Assalamualaikum. Di manakah istana khalifah Umar? Bolehkah saya berjumpa dengannya?
Wanita : Di sinilah rumahnya dan lelaki itulah khalifah Umar.

Lelaki tersebut terkejut kerana melihatkan keadaan seorang pemimpin tanah jajahan yang besar berada dalam keadaan yang begitu zuhud.

Namun, pada hari khalifah Umar bin Abdul Aziz hampir pada ajalnya, ketika umurnya baru 36 tahun, pada waktu itu beliau sedang sakit. Harta2nya kesemuanya dikembalikan kepada perbendaharaan negara. Kemudian pembesarnya berkata.

Pembesar : Wahai Amirul Mukminin, tidakkah engkau ingin mewasiatkan sesuatu kepada anak2mu?
Umar bin Abdul Aziz : Apa yang ingin aku wasiatkan? Aku tidak memiliki apa2.
Pembesar : Mengapa engkau tinggalkan anak engkau dalam keadaan anak2 engkau tidak memiliki?
Umar bin Abdul Aziz : Anak2ku, jika mereka orang2 yang soleh, Allahlah yang menguruskan orang2 yang soleh. Jika mereka ini orang2 yang tidak soleh, aku tidak ingin meninggalkan hartaku pada tangan orang2 yang menderhakai Allah. Lalu menggunakan hartaku untuk menderhakai Allah.

Kemudian khalifah Umar memanggil semua anak2nya lalu berkata.

Umar bin Abdul Aziz : Wahai anak2ku, sesungguhnya bapamu telah diberi dua pilihan. Yang pertama menjadikan kamu semua kaya dengan menggunakan wang negara dan bapa kamu masuk ke dalam neraka. Yang kedua kamu semua menjadi miskin seperti sekarang, tetapi bapa kamu masuk ke dalam syurga kerana dia tidak menggunakan wang rakyat. Sesungguhnya wahai anak2ku, aku telah memlih syurga.

Diriwayatkan selepas khalifah Umar bin Abdul Aziz meninggal, anak2 beliau tidak berharta seperti anak2 gabenor yang lain dan khalifah sebelumnya. Tetapi selepas jatuhnya Bani Umaiyah, anak2 Umar bin Abdul Aziz adalah keturunan dan golongan yang kaya raya hasil daripada rezeki yang Allah kurniakan kepada mereka. Dan berlainan pula anak2 setiap khalifah yang diwasiatkan harta selepas kematian ayah mereka, mereka menjadi miskin dan susah kemudiannya.

Umar bin Abdul Aziz dianggap sebagai mujaddid kurun pertama. Diriwayatkan Nabi pernah bersabda kepada Adi ibn Hatim,
"Adi. Barangkali yang menghalang kamu memasuki Islam adalah kerana kemelaratan dan kemiskinan kaum Muslimin. Akan tiba suatu masa nanti di mana tiada kaum Muslimin yg layak menerima zakat kerana kekayaan yang mereka miliki"

Zaman tu adalah zaman pemerintahan Umar ibn Abd Aziz.

8 comments:

Anonymous said...

best cerita khalifah umar abd aziz ni. smg ramai pemimpin sprt umar lahir di zaman ini.. :)

Anonymous said...

Alhamdulillah..org kafir pun dah mula memuji corak pemerintahan Umar Abd Al-Aziz ni.. nice =)

Abu Abdullah said...

Insya Allah kita ambil kisahnya jadikan teladan. huhu

I am Allah's soldier said...

lagi lagi.
da abes ke? ^^,

Ilyana Fauzy said...

:)

Ilyana Fauzy said...

Btw, mcm sukar percaye u write bout this, based on who bu were in SMSS;) Haha

Abu Abdullah said...

huh? haha. xpe2, caye je. haha

hanif said...

semoga dol akan jadi mcm khalifah umar abdul aziz...