Friday 12 December 2008

Umar ibn Abd Al-Aziz (Part I)

Salam

Siapa dia Umar bin Abdul Aziz ni? Takpe, try baca kisah bawah ni.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Dikisahkan semasa zaman pemerintahan Khalifah Saidina Umar al-Khattab (r.a.), beliau sering melakukan rondaan pada waktu malam untuk mengetahui hal ehwal rakyatnya. Beliau khuatir jika ada dikalangan rakyatnya yang berada dalam masalah ataupun kesengsaraan. Seperti biasa pada suatu hari sedang beliau melakukan rondaan, beliau tiba di satu rumah dan terdengar dialog antara seorang gadis dengan ibunya. Berikut adalah dialog tersebut.

Ibu : Masukkanlah air ke dalam susu ini sebelum waktu fajar.
Gadis : Tidak ibu, jangan. Bukankah Amirul Mukminin telah melarang akan perkara ini. Supaya jangan dicampurkan air dengan susu.
Ibu : Orang lain juga buat.
Gadis : Tapi kita tak boleh buat.
Ibu : Jika kita buat pun, bukannya semua perkara Amirul Mukminin boleh tahu.

Dan kata-kata yang masyhur keluar dari mulut gadis tersebut. Katanya,

Gadis : Jika Amirul Mukminin tak nampak, Tuhan Amirul Mukminin nampak.

Umar al-Khattab yang telah mendengar dialog ini, beliau menangis. Beliau menangis kerana mengenangkan baiknya gadis ini. Lantas Umar memangkah pintu rumah tersebut bukan untuk menghukum ibu tersebut kerana berhajat melakukan kesalahan tetapi untuk datang semula keesokkan harinya. Lalu Khalifah Umar pun pulang ke rumah beliau. Diriwayatkan bahawa Khalifah Umar al-Khattab mempunyai seorang anak lelaki yang bernama Asim. Beliau pulang ke rumah dan berkata kepada anaknya.

Umar : Wahai Asim, kau pergilah ke rumah (sekian2) dan berkahwinlah dengan anak gadis dari dalam rumah tersebut. Aku mengharapkan Allah mengeluarkan daripada gadis ini, satu orang tokoh yang akan memimpin orang2 Arab dan orang2 Islam.

Asim merupakan anak yang taat lalu beliau pun pergilah berkahwin dengan gadis tersebut. Lalu mereka berkahwin dan dikurniakan seorang anak perempuan yang diberi nama Laila. Setelah dewasa, Laila berkahwin pula dengan seorang bangsawan daripada kalangan keluarga Bani Umaiyah yang bernama Abdul Aziz, seorang gabenor Mesir. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan pula seorang anak yang diberi nama Umar.

Umar bin Abdul Aziz dibesarkan dalam suasana yang mewah. Bapanya seorang gabenor. Bapa saudaranya pula seorang khalifah Bani Umaiyah yang memimpin ketika itu. Tetapi kecenderungan beliau lebih pada ilmu fikh, ilmu hadith dan beliau memohon daripadanya untuk belajar ilmu tersebut dengan ulama2 di Madinah. Beliau menetap di Madinah dan dilantik menjadi gabenor di situ. Orang2 Madinah juga sayang akan beliau.

Diriwayatkan Umar bin Abdul Aziz merupakan seorang yang sangat tawakkal kepada Allah. Beliau tidak pernah mengharapkan untuk menjadi seorang khalifah. Semasa zaman Sulaiman bin Abdul Malik, sepupu beliau, Umar sangat rapat dengan khalifah Sulaiman. Ke mana2 sahaja Umar pergi akan ajak Sulaiman bin Abdul Malik. Kerajaan Bani Umaiyah pada waktu itu juga sangat kuat. Diceritakan pada waktu itu, 1/4 dunia sudah menjadi jajahan orang2 Islam.

Pada suatu hari, Umar dibawa oleh khalifah Sulaiman ke markas tentera. Tentera Bani Umaiyah pada waktu itu sangat ramai, hebat dan mengagumkan. Pada waktu itu khalifah berjalan di hadapan tenteranya yang hebat lalu beliau bertanya kepada Umar bin Abdul Aziz atas niat supaya beliau melihat kehebatan kerajaan keluarga mereka, Bani Umaiyah.

Sulaiman bin Abdul Malik : Apa yang sedang engkau lihat wahai Ibnu Abdul Aziz?
Umar bin Abdul Aziz : Aku sedang lihat dunia itu sedang memakan antara satu sama lain. Dan engkaulah orang yang dipertanggungjawabkan yang akan disoal oleh Allah mengenainya.
Sulaiman bin Abdul Malik : Kau tidak kagumkah dengan pemerintahan kita ini?
Umar bin Abdul Aziz : Bahkan yang paling hebat dan mengagumkan ialah orang yang mengenali Allah kemudian menderhakainya, mengenali syaitan kemudian mengikutnya, mengenali dunia kemudian ia condong kepada dunia.

Mungkin jika kita berkata begitu tidak menyenangkan hati seorang pemimpin. Tetapi khalifah Sulaiman bin Abdul Malik sangat kagum dengan kata2 Umar bin Abdul Aziz.

No comments: