Saturday 27 December 2008

My View 1



Salam

Islam. Islam. Islam. Aku bersyukur pada Allah s.w.t atas limpah kurnia-Nya aku masih lagi diberi peluang, dan nikmat yang tak terhingga ni. Nikmat Islam. Islam ni agama aku sejak aku lahir. Kiranya aku ni antara orang yang beruntung la sebab dilahirkan dalam sebuah keluarga yang masih lagi percaya pada kalimah "Lailahaillallah Muhammadurrasulullah", mengerjakan solat lima waktu sehari semalam, membayar zakat, berpuasa di bulan Ramadhan, dan mengerjakan haji jika mampu. Alhamdulillah.

Aku bukannya orang alim ulama yang tahu banyak tentang agama ni. Aku mengaku aku masih lagi jahil. Aku mengaku aku masih lagi tak tahu apa2. Ilmu yang aku ada tentang Islam ni tak banyak. Aku pun bukannya nak bagi ceramah agama kat sini. Tapi apa yang aku cuba nak kongsi and sampaikan, adalah sesuatu yang perlu kita kongsi bersama.

Semua orang sedar. Semua orang perasan. Agama Islam ni makin lama makin lemah. Bukan kerana agama ni tak sempurna. Agama Islam ni memang aku akui, sepanjang aku kaji secara personally tentang agama2 lain jugak, tak diragui agama Islam ni agama yang paling benar dan paling hak dalam dunia ni. Hm. Ok, aku sambung balik. Aku petik sikit kata2 salah seorang pemimpin Melayu bertaraf dunia, Tun Dr. Mahathir Mohammad. Kata dia, "setiap apa2 masalah yang timbul, kita mulakan dengan sejarah. Kita kaji dulu sejarah2 lalu baru kita akan dapat jawapan." Lebih kurang macam ni jugak la beliau berkata. Huhu.

Ok2, kita tengok sejarah balik. Orang kata sejarah ni bosan la, itula ini la, tapi aku tetap suka sejarah. Sebab kita takkan dapat belajar setiap perkara tanpa sejarah. Kalau ikut sejarah Islam, Islam ni merupakan agama yang paling cepat berkembang pesat di dunia. Islam ni berkembang mula dengan penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w dari kota Mekah ke kota Madinah dan mencipta piagam bertulis pertama di dunia. Melalui kerajaan Madinah, Islam berkembang pesat sehinggalah berjaya menguasai 2/3 dunia. Khalifah pertama Islam adalah Rasulullah s.a.w sendiri dan yang terakhir ialah Sultan Mehmed IV iaitu Sultan terakhir kerajaan Turki Uthmaniyyah yang dijatuhkan oleh sistem sekular pimpinan Musteffa Kemal Attarturk.

Selepas itu dunia Islam tidak lagi diketuai oleh seorang khalifah tapi dipecah2kan kepada banyak negara seperti sekarang yang dikenali sebagai negara bangsa. Apa yang aku nak cerita sekarang, Islam ni dulu kuat. Tapi kerana seperti hadith Rasulullah s.a.w, umat Islam mula menjadi lemah dan ditindas.

Sabda Rasulullah s.a.w, "pada suatu masa nanti umatku akan menjadi seperti buih2 di lautan. Bilangan mereka ramai tapi mereka diserang penyakit wahn. Iaitu penyakit cintakan dunia dan takutkan mati."

Aku ringkaskan je hadith ni tapi isinya lebih kurang macam ni jugak. Memang betul, umat Islam sekarang dah lemah. Iman umat Islam sekarang sangat2 lemah. Hanya kerana umat Islam dah tinggalkan kerja2 dan tanggungjawab yang ditugaskan dalam al-Quran iaitu mengamalkan dan menyampaikan agama ini, serta berpesan2 pada kebaikan dan menjauhi kemungkaran, umat Islam kini menjadi umat yang ditindas.

Allah telah berfirman dalam al-Quran bahawa umat ini adalah umat yang terbaik. Tapi sedarkah kita, kita ni umat yang terbaik sedangkan kita ditindas? Kenapa kita ditindas? Sebab kita sendiri tidak mengamalkan agama Islam dalam kehidupan keseluruhannya. Benarkah kita ni umat Islam, umat yang terbaik? Kita sendiri patut fikirkan.

Zaman sekarang bila ada orang nak bercakap tentang agama, ramai yang ambil endah tak endah. Agama Islam sekarang ni seolah2 diyatimkan. Agama Islam dah menjadi yatim. Orang dah mula buang agama. Seolah2 tak ada sesiapa yang nak ambil agama ni sedangkan agama Islam adalah agama yang paling fitrah dan paling sesuai dengan manusia. Yang lebih teruk agama dipermain2kan. Sedih. Pilu. Kita terlalu teruk.

Tapi Alhamdulillah sekarang ni dah ramai mula sedar akan perkara ni. Ramai yang dah mula mengorak langkah perjuangkan agama. Melalui pelbagai cara. Tapi atas tujuan yang sama. Alhamdulillah Islam dah mula meningkat naik semula. Kita sebagai umat Islam, perlulah sedar akan perkara ni. Kita perlu turut serta membangunkan kembali agama ni. Meletakkan kembali agama ni di persada dunia. Ada orang yang cakap orang Islam ni nak menguasai dunia (dengan anggapan orang Islam ni gila kuasa). Betulkah? Memang Islam nak menguasai dunia. Tapi bukan kerana ketamakan. Tapi kerana ini adalah tanggungjawab setiap muslim untuk memakmurkan alam ini, untuk menyampaikan risalah agama Islam.

TANGGUNGJAWAB. Jika umat Islam tak laksanakan tanggungjawab ni, Astaghfirullah, Allah akan soal kita atas apa yang kita dah lakukan. Orang2 kafir akan tuntut kembali hak2 mereka. Kenapa kita tak sampaikan sedangkan kita tahu kebenaran.

Hm. Ada satu kekesalan dalam hati aku. Kebanyakan umat Islam ni sentiasa anggap "alah, muda2 ni kita enjoy la dulu. Dah tua nanti taubat la. "Ramai yang anggap mudah. Tapi sebenarnya aku nak terangkan kat sini;

1. Kat akhirat Allah akan soal kita, apa yang dah kita lakukan masa muda kita. Adakah kita ada tolong agama Islam?

2. Sempat ke kita hidup sampai ke tua? Lagipun bila dah tua cornfirm la kita susah nak belajar balik ilmu2 agama ni. Yela, otak dah karat.

3. Kalau kita mati masa tu dalam keadaan kita buat maksiat macam mana?

4. Masa kita mati, confirm ke kita dapat ucap kalimah Lailahaillallah Muhammadurrasulullah? Kalau kita tak dapat ucap macam mana?

Seharusnya kita sedar perkara ni. Agama ni agama kita. Kita setiap orang yang mengaku Muslim perlu bantu naikkan balik agama ni. Anggap lah agama ni "agama saya". Bila kita anggap macam ni, macam la kita anggap "ini kereta saya". Mesti kita nak jaga betul2. Ada yang anggap bila kawan2 kita dah buat kerja2 agama ni, kita nak letak tanggungjawab tu kat kawan kita je. Sedangkan itu tangunggjawab kita jugak. Ingat, kita semua akan disoal.

Bukannya nak memaksa tapi sekadar untuk mengingatkan. Moga Allah beri kita petunjuk dan hidayah atas kemahuan-Nya. Tapi kita juga perlu berusaha untuk dapat kan hidayah Allah. Insya Allah kita akan terus dipimpin di atas jalan lurus ni. Islam.

Lailahaillallah Muhammadurrasulullah

2 comments:

Anonymous said...

moga kita termasuk dalam golongan yang berusaha memenangkan islam kembali..

Abu Abdullah said...

Insya Allah.. x)