Wednesday 10 December 2008

Aku dan Cuti

Salam

Aku ni baru balik sebenarnya. Baru balik dari macam2 tempat yang aku pergi. Bila cuti sampai je, biasanya orang akan plan macam2 nak pergi sana pergi sini. Macam biasa lah. Aku pun ada plan aku yang tersendiri. So dah 4,5 hari aku melalui cuti lepas exam ni, aku nak kongsi la apa sebenarnya yang aku buat sepanjang hari tu.

Jumaat, 5 Disember 2008

Hari Jumaat ni hari kitorang grad level 5. Class aku ada la buat persembahan. Nyanyi sikit2 pastu makan2. Kitorang sambut sekali majlis perpisahan dengan Kim Sonsaengnim (cikgu) sebab dia nak stop mengajar kejap. Aku dapat result Bahasa Korea aku sekali dengan Kelas Math & Science aku. Bahasa Korea aku macam biasa la result macam tu je. Tak naik tak turun. Cukup untuk aku lepas hidup kat Korea ni. Alhamdulillah. Tapi result kelas petang aku agak memberangsangkan. Huhu. Aku memang awal2 dah target nak concentrate kat kelas petang ni lagi2 Fizik sebab Bahasa Korea memang aku dah malas dah asalnya. Haha. Alhamdulillah akhirnya aku dapat 2A 2B+. Fizik dan Math1 aku dapat A, Math2 dan Kimia aku alhamdulillah dapat B+. Bahasa Korea, lain cerita. Haha.

Petang lepas Solat Jumaat aku pergi Jongno teman budak Chinese nak beli gitar. Aku teman Yan je. Mahaguru gitar batch kitorang. Haha. Lepas tu malam sikit kitorang semua sama2 gerak pergi Teokpukki Town. Agak sedap gak la rasa Rapokki diorang. Kira berbaloi la walaupun menempuh cuaca yang sangat sejuk. Huhu.

Aku lupa sesuatu tentang hari Jumaat ni. Tarikh 5 Disember sebenarnya tarikh ulangtahun perkahwinan Parents aku. So di kesempatan ini sekali lagi aku nak ucapkan Selamat menyambut ulangtahun perkahwinan yang ke-35, mak ayah..

Sabtu, 6 Disember 2008

Pagi Sabtu yang sejuk membuatkan aku malas nak bangun pagi. Tapi aku paksa diri jugak la untuk bangun. Sebab hari ni aku nak pergi keluar 3 hari. Apadia keluar 3 hari ni? Lain kali la aku terangkan. Tapi aku masa ni tidur kat rumah Yan. Aku dengan Yan pagi2 lagi dah gerak pergi masjid kat Itaewon. Rasa malas mula2 tu tak payah cakap la. Orang semua tengah nyenyak tidur pagi2 tu. Lagi2 sejuk macam ni memang sedap tidur. Pekena kopi pulak apatah lagi. Memang sedap. Tapi macam biasa paksa diri je la. Masa aku sampai kat sana dah ada Matki, Keri, Lukman Hakim dengan Aminnur. Alhamdulillah campur kitorang dua orang dah jadi 6 orang. Kira ok la tu. Lepas Zohor kitorang buat Bayan then terus gerak pergi subway. Kitorang gerak ke masjid kat Machondong. Milik orang Sri Lanka.

Dalam sejam perjalanan naik subway, mulanya kitorang tak dapat cari jalan ke masjid tu. Las2 lepas call balik orang masjid alhamdulillah akhirnya dapat jugak kitorang tiba ke destinasi. Kitorang letak beg kemas sikit2 pastu mulakan aktiviti kitorang kat masjid. Biasanya kitorang buat ziarah rumah orang Islam tiap2 hari dalam program ni. Nanti ada masa aku cerita la pulak apa benda sebenarnya keluar 3 hari ni. And sebab aku pilih ikut program ni.

Ahad, 7 Disember 2008

Hari ni baru sehari aku melalui program ni. Hari jugak merupakan hari Wukuf. Sepatutnya kalau boleh kita puasa hari ni. Tapi aku lupa. Huhu. Lepas masuk waktu Israk, aku dengan budak lain tidur balik. Huhu. Tapi dalam syok2 tidur sementara tunggu program seterusnya tu, satu perkara terjadi. Masya Allah, subhanallah, memang kuasa Allah. Hari Wukuf ni turun pulak salji pertama kat Korea. Hari tu ada turun sekali salji tapi salji kejap and kecik2 je. Aku rasa tu tak dikira salji pertama. Haha. Tapi memang kuasa Allah salji turun hari ni. Aku hanya terpegun memikirkan perkara ni. Tengok kecantikan salji turun. Ada jugak sekali aku keluar kejap dengan member2 tengok sendiri and alami sendiri salji tu turun. Agak seronok jugak. Tapi bila aku fikir balik masuk ni kali kedua aku nampak kebesaran Allah ka Korea ni. Hari ni Allah turunkan salji masa hari Wukuf. Kali pertama masa bulan Ramadhan hari tu.

Aku cerita sikit. Masa bulan Ramadhan hari tu, aku ingat lagi. Aku rancang nak pergi Qiamullail kat masjid masa malam 27. Sebab Rasulullah S.A.W pernah bersabda (bunyi lebih kurang macam ni la) kalau kita tak mampu nak cari malam lailatulqadar dalam setiap hari bulan Ramadhan, cari lah dalam hari yang ganjil. Kalau tak mampu jugak, carik dalam sepuluh malam terakhir. Kalau tak mampu jugak cari dalam malam ke-27. So aku buat apa yang aku mampu aku cari dalam malam ke-27. Malam lailatulqadar ni memang kita tak tahu bila terjadi. Tapi wallahualam aku pun tak sure betul ke tak malam 27 hari tu betul2 terjadi tapi masa malam 27 nak dijadikan cerita, suhu kat Seoul tiba2 jadi sejuk. Tak macam malam2 yang lain mahupun malam sebelumnya. Allahuakbar, aku bersyukur dapat melihat kebesaran Allah. Moga Allah tak tarik nikmat yang aku dapat ni. Amin.

Isnin, 8 Disember 2008

Hari Raya Qurban. Aku still ada lagi kat Masjid Dongam ni. Sambut raya kat sini. Bersama dengan orang2 dari Sri Lanka. Aku sempat hantar mesej kat ayah tapi reply mesej yang ayah balas kat aku tu aku dapat just mesej tu kosong. Maybe sebab panjang sangat so mesej tu tak keluar. Aku pun tak dapala mesej tu. Hampa jugak la tapi nak buat macam mana. Kitorang semua takbir raya sama2 and kitorang harungi satu hari tu macam biasa. Tak ada apa yang special melainkan hari tu Hari Raya Qurban.

Selasa, 9 Disember 2008

Hari last kitorang untuk program 3 hari ni. Banyak yang aku belajar. Selain daripada tu benda ni merapatkan lagi ukhwah antara kitorang. Alhamdulillah. Lepas Zohor kitorang berkemas and bertolak pulang ke kampung halaman. Haha. tapi dalam perjalanan pulang tu timbul pulak idea dari benak salah seorang daripada kami untuk melawat Seoul Olimpik Park. Sebab dalam perjalanan pulang tu subway yang kitorang naik lalu Stesen Seoul Olimpik Park. So kitorang pon on je la.

Sampai kat Olimpik Park tu, tak banyak yang kitorang dapat lawat. Tempat tu dibuka masa Seoul anjurkan Sukan Olimpik 1988. So sekarang dah dijadikan Park untuk orang awam bersenam semua la. Fasiliti kat situ memang terbaik jugak la. Aku memang kagum dengan orang Korea ni sebab diorang dapat maju macam ni walaupun diorang merdeka awal sikit je daripada negara kita Malaysia. Kitorang jalan2 kejap kat situ. Agak cantik jugak tapi takde kamera pulak so dapat tengok2 je la.

Balik tu kitorang pergi Sillim untuk sambut birthday Yan. Yan belanja kitorang Krispy Krim then lepas tu aku grak rumah Yan. Lepas solat Maghrib aku tertidur sebab letih sangat. Aku tak sempat balik sebab aku bangun pun pukul 12 malam. Tak sempat aku pergi open house Daerim. Huhu.

Rabu, 10 Disember 2008

Aku bergerak pulang ke rumah. Hari ni takde apa2 and memang aku rancang nak rehat2 je. Kalau orang ajak pun aku malas keluar. Haha. Tapi bila aku bukak Fantasy aku je aku terkesima (haha) sebab point aku agak tinggi minggu ni. Nasib aku letak Vidic captain aku. Huhu. Gerrard pulak score. Memang nasib aku baik la. Haha.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Cukup takat ni. Insya Allah kalau ada apa2 lagi yang menarik aku kongsi lagi. Huhu.

Salam, peace.

No comments: