Thursday 31 December 2009

Bukan Cinta Biasa

Cinta luar biasa..
Cinta seorang Kekasih kepada umatnya..
Hingga pada hembusan nafasnya yang terakhir..
Lidah Rasulullah menuturkan tanpa henti..
Ummati.. ummati.. ummati..

Cinta luar biasa..
Kisah cinta Handzalah..
Meninggalkan isteri di malam pernikahan..
Lantaran menyahut seruan jihad..
Akhirnya syahid di medan perjuangan..

Cinta luar biasa..

Seteguh kasih Khadijah Radiallahu'an (ha)..
Tak pernah jemu memberikan sokongan..
Rela mengorbankan segala kemewahan..
Di saat Rasulullah dan Islam dipinggirkan. .

Cinta luar biasa..
Kisah kesetiaan Abu Bakar Radiallahu'an (hu)..
Kasih seorang sahabat yg tiada tandingan..
Insan yang sentiasa membenarkan. .
Sewaktu kata-kata Rasulullah dipersendakan. .

Cinta luar biasa..
Kisah ketabahan Hajar..
Ditinggalkan di tanah yang gersang bersama Ismail..
Bukti kasih seorang ibu yg berlarian mencari air..
Tatkala mendengar tangisan si anak kecil..

Cinta luar biasa..
Umpama keberanian Ali..
Di malam penghijrahan Nabi..
Menggantikan Rasulullah di tempat tidurnya..
Walaupun jiwa menjadi taruhannya..

Cinta luar biasa..
Cinta Asiah, Masyitah dan Sumaiyyah..
Menggadaikan nyawa demi mempertahankan aqidah..
Iman di dada tak sedikit pun goyah..
Kerana keyakinan yang teguh atas segala janjiNya..

Kisah cinta luar biasa..
Insan pilihan yg berada di atas jalanNya..
Betapa tulusnya kasih, teguhnya jiwa..
Redha dan sabar menempuh segala ujian..
Merekalah insan yg memahami erti kemanisan iman..

Mampukah diri ini meraih cinta luar biasa?

*Di copy dari blog lain.

p/s: Baru-baru ni aku ada pergi rehlah dengan kawan-kawan. Boleh tengok di link sini.

Wednesday 30 December 2009

Orang Tabligh..

Orang Tabligh,
Ntah sape la yg bagi nama,
Sedangkan kita sumer kan sama,
Umat Nabi SAW semuanye,
Kerja dakwah kan tanggungjawab bersama,
Nabi dah xde, kalau kita tak buat, sape pula,
x kan la keje ustaz dan ulama saja,
Yg kita nih, xkan nak goyang kaki saje2?

(menurut laporan berita Astro & mufti Perak seratus ribu Melayu
murtad di Malaysia)
........tersebut dengn permohonan kepada Jabatan Pendaftaran Negara.
untuk rekod; sebanyak lebih daripada 250,000 kes yang sama
menanti di JPN untuk menukar agama, kenyataan & kajian Muti Perak.
Permohonan sejak tahun 2000 untuk buang perkatan Islam tetapi tidak
dibenarkan oleh JPN disebabkan tidak ada kebenaran dari Mahkamah
Syariah yang membenarkan.)

Orang Tabligh,
Lari!!Larii! Orang Tabligh dtg,
Yg tadi ramai,sekelip mata je dah ilang,
Yg td segar bugar dah tido terlentang,
Yg sakit kaki pun bleh terjun tingkap lari lintang pukang,
Heh..betul la kata orang,
Nak ajak manusia pada Allah bukannya keje senang.

Orang Tabligh,
Ajak keluar khuruj, bukannya nanti x pulang,
Yg baru dapat gaji pun kata xde duit,nak bayar hutang,
Yg tadi sihat pun tiba2 migrain plak datang,
Yg menganggur pun buat2 sibuk bukan kepalang,
Heh, dakwah ni takat cakap je mmg la senang,
Cuba buat, mmg nak kena sabar,nak kena tenang,
Lain la kalau ajak pada dunia, bondong2 org dtg.

Orang Tabligh,
Lorong ke lorong, hati ke hati, pintu ke pintu,
Jumpe sumer orang tak pilih bulu,
Dari ustaz sampai le kutu,
Sume nak ditemu,
Nak diajak pd Allah yg satu.

Orang Tabligh,
Jalan bawak periuk belanga,
Dipandang org takat sebelah mata,
Dituduh jahil,tinggal dunia perkara biasa,
Walaupun kekadang pedih gak telinga,
Nabi dulu2 pun kan selalu kena,
Dituduh dusta, dipanggil gila,
Itu Nabi, apatah lagi kita,
Yg banyak salah,yg banyak dosa,
Takpe2, Allah kan ada,
Yg Maha Mengetahui,yg mana intan, yg mana kaca.

Orang Tabligh,
Kekadang buat silap...adat la manusia,
Mmg tgh nak belajar2 tiru sahabat(r. anhum) yg dah terbukti berjaya,
Terpancung, terlaser..sori, bukannya sengaja,
Nak dapat hikmah dlm berdakwah mmg amik masa,
Kena keluar lagi dan lagi la nampaknya.

Orang Tabligh,
Ada kat mana2,
Kat US, Afrika, kat Israel pun ada,
Dari petani, engineer, sampai la Raja,
Pelbagai adat, perangai beza2,
Tapi bleh makan dlm dulang yg sama,
Bila keluar jemaah sumer dilayan serupa,
Bila nak berpisah..isk2. .kluar plak air mata.

Orang Tabligh,
Nak hidupkan sunnah Nabi,
Janggut, jubah,seluar atas buku lali,
Kalau nak diikutkan, mmg ader byk lagi,
Kekadang tu kena gak perli,
"Kita skang kan di zaman IT"
"Tak main la sunnah2 nih!"
Jgn la mcm tu bang, kita kan nanti mati,
Kang menyesal esok, sapa yg rugi?
Kan diri sendiri..

Orang Tabligh,
Manusia biasa, ada hati,
Sedih bila diperli,sakit bila dimaki,
Bila tinggalkan rumah, rindukan famili,
Kalau nak ikutkan hati, mmg nak dok rumah, bergurau dgn bini,
Or ajak anak main lari2,
Or layan PS2 sampai pagi,
Tapi untuk mengejar kebahagiaan abadi,
Kena korban lagi dan lagi,
Yela..hidup ni kan cuma sekali,
Kalau sekang tak buat jyunbi(persiapan) , bila lagi?

Orang Tabligh,
Malam2 doa hidayat,
Fikir risau,camne nak selamatkan umat,
Supaya di akhirat suk semua selamat,
Orang skang ingat hidayat bleh senang2 dapat,
Tak perlu susah2,tak perlu keringat,
N tak mau plak jumpe masyarakat,
Just bz buat ibadat,
Kalau camtu xde la kita ni "The Best Ummat".

Orang Tabligh,
"Apsal la ulama India yg jadik ikutan??"
Mmmm...kan Nabi dulu dah pesan,
Sape saja yg bawak kebenaran,
Tak kisah la orang Arab ke bukan,
Sume kena bagi sokongan,
Yg Allah pandang bukan luaran tapi kan Iman,
Bab mazhab jgn bimbang still sendiri punye pegangan,
So x jadik masalah la kan?

Orang Tabligh,
Ajak keluar 3 hari,
"I can't go..sorry!"
Yg dah kawin tak nak berenggang dgn isteri,
Yg si isteri mati2 tak nak suami dia pergi,
Berderai2 air mata keluar mcm air pili,
"Kalau abg nak gi jugak, antar saya blik kampung esok pagi!!"
Heh, org laki mmg lemah bab air mata nih,
Si suami pun letak balik beg,tak jadik pergi,
Yg td josh(bersemangat) tak ingat pon, jadik lemah seluruh sendi,
Kes2 camni mmg byk terjadi,
Bleh tgk dgn mata kepala sendiri,
Tp kalau bab dunia(cth:kursus naik pangkat),""no prob.,anytime kami
ready!"
Si isteri lambai pemergian suami dgn wajah berseri2,
Hey, of course la, nanti husband I dpt naik gaji,
Wife mana la yg tak happy,
Heh..ni la realiti,
Bab dunia, tak yah diajak pun semua pakat2 reti,
Bab akhirat, masing2 buat x kesah,x amik peduli,
Ya Allah selamatkan lah kami!

Orang Tabligh,
Bukan nak takhta, harta, ataupun kuasa,
Atau nak berlagak mcm dah tera,
Tak jugak nak kafirkan sape2,
Atau sibuk2 pergi mintak derma,
Cuma nak amalkan agama yg sempurna,
Dgn korbankan sendiri punya diri,duit dan masa,
Nak selamatkan manusia kesemuanya,
Dari kena masuk neraka,
Nak supaya Allah redha,masukkan kita dlm syurgaNya,
Itu saja...

Orang tabligh,
Seluruh dunia...naik kapalterbang. ..
pakai selipar jepun sahaje...
Ikhlas,..no sponsor....no subsidy.....
passport penuh cop many countries..
Ade yang kerja tukang kebun sahaja...
nak tanya nafkah batin?
Balik dari keluar, macam pengantin baru...
sama seperti balik dari fardhu haji........ ..
Sayangkan bini tingal-tinggalkan. ..
sayangkan anak...rotan digantungkan. .....sunnah nabi...
bukan untuk mendera...speed limit sahaja...
kenapa sibuk dakwah orang..keluarga, anak isteri belum betul lagi..
Nabi Nuh A.S. , anak isteri tak mau ikut...kalau Nabi Nuh ikut teori
tersebut, tak naik bahteralah jadiknye...
Abu Jahal bapa saudara Nabi Muhammad SAW tak mau ikut..
Kalau Nabi Muhammad SAW ikut teori tersebut...
tak buat dakwahlah Nabi....tak sampailah Islam ke M'sia ni...

Orang Tabligh,
Selekehkah, tak de ilmu,compang camping kah, berbaulah..
itu mungkin segelintir & cerita lama agaknya.
You can't blame the teachers. You have to blame the distortions and
ignorance of their followers.
Balighuanni walau ayah...Saidina Abu Bakar
received the first kalimat terus buat dakwah...if he waits tunggu complete
ilmu, he will not be top performers after Nabi Muhammad SAW.
Global politic & economy with no borders & chauvinism,
M'sian, New Yorkers & Palestinians
duduk makan satu talam in Nizamuddin.. ...

(tidak tahu siapa penulis-penulis asal, semoga beliau dirahmati Allah.)

Tuesday 29 December 2009

Fitnah

Masa demi masa,
Hari demi hari,
Setiap jam dan minit,
Tentang dunia apakah yang aku duduki?
Tentang hakikat apakah yang aku kejar?
Masa yang berlalu,
Fitnah demi fitnah,
Penipuan dan pengkhianatan,
Aku jadi keliru,
Pada kebenaran yang hakiki.

Dosa apakah yang aku tanggungkan?
Hidup dalam penipuan,
Hidup dalam alam fitnah,
Hidup dalam pengkhianatan.
Manusia yang berbondong-bondong mengejar kehidupan,
Sedangkan aku yang sangsi pada realiti kehidupan,
Benarkah apa yang aku alami?
Apa yang aku saksikan?
Dunia sedang memakan isi-isinya,
Raja menipu rakyat,
Rakyat memfitnah raja,
Kertas membuat cerita,
Cerita menjadi hakikat,
Lelaki permainkan sahabat,
Wanita meratah daging saudaranya,
Ini adalah fitnah yang nyata,
Fitnah yang menjadi fitrah,
Fitnah yang bagaikan penyakit,
Menjadi barah dalam masyarakat.

Dan fitnah apakah yang terdahsyat sekali?
Fitnah apakah yang terbesar sekali?
Itulah fitnah yang mencemar kesucian agama yang dibawa Muhammad,
Fitnah yang memecah-belahkan ummat,
Mereka menyebarkan fitnah,
Manusia mengiyakan, Muslim mendapat musibah.
Sedar tidak sedar,
Kita bukan sahaja difitnah, malah ditipu hidup-hidup.
Ilmu yang menjadi milik khalifah bumi yang berhak,
Dipelopori dan dituliskan semula pula oleh anjing dajal yang berteriak,
Tunjukkan pada aku,
Sejarah mana yang harus aku percaya,
Sejarah mana yang perlu aku rujukkan,
Jika kitab-kitab Allah yang terdahulu juga sanggup difitnahkan,
Inikan pula buku-buku teks sejarah yang tiada apa-apa.

Demi Allah,
Tuhan yang nyawaku dalam kekuasaan-Nya,
Tunjukkan aku jalan yang lurus,
Sebagaimana yang telah Engkau ajarkan kepada kami dalam ummul kitab,
Aku hanya yakin pada agamamu ya Allah,
Pada kesucian kitab al-Quran,
Dan pada kehidupan cara hidup kekasihmu Muhammad sallahualaiwasallam,

"Dan ingatlah, ketika orang-orang kafir musyrik menjalankan tipu daya terhadapmu untuk menahanmu, atau membunuhmu, atau mengusirmu. Mereka menjalankan tipu daya dan Allah menggagalkan tipu daya (mereka), kerana Allah sebaik-baik yang menggagalkan tipu daya."

Al Anfal 30


Pimpinkan aku yang lemah ke arah kebenaran yang hakiki,
Jauh dari fitnah-fitnah yang batil,
Dan lindungilah aku,
Dari fitnah-fitnah al-masihiddajjal.


 “Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari azab neraka, aku berlindung kepadaMu dari azab neraka jahannam, aku berlindung kepadaMu dari fitnah kehidupan dunia dan kematian dan berlindung kepadaMu dari Al-Masih Dajjal”

Monday 28 December 2009

Adakah Cinta Memerlukan Sebab?

Dalam satu kisah percintaan yang menarik. Sepasang suami isteri berjalan
di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah
bangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya kepada si
suami. Ini dialog mereka

Isteri : Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?

Suami : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang
menyayangi dan mencintai Sayang!

Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan
abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya.

Suami : Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa
abang memang cintakan Sayang!

Isteri : Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada
saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman
lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk
puisi dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya

Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata
"Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang
merdu, penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis
dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama Sayang!"

Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminya tadi.
Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma.

Si suami amat bersedih dan menulis sepucuk
surat kepada isterinya yang
disayangi.
Surat itu diletakkan di sebelah katil isterinya di hospital.
Surat tersebut berbunyi begini :

"Sayang!Jika disebabkan suara aku mencintai mu... sekarang bolehkah
engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika disebabkan
kasih sayang dan ingatan aku mencintai mu...sekarang bolehkah engkau
menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika
disebabkan senyuman aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau
tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika disebabkan
setiap langkah aku mencintai mu.... sekarang bolehkah engkau melangkah?
Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika cinta memerlukan
sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab mencintai mu lagi.
Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak! Aku masih mencintai mu dulu, kini,
selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab. Kadangkala perkara tercantik
dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu... ia
boleh dirasai dalam hati."

Tuesday 22 December 2009

Saya Hanya Penjual Tempe...

Cinta adalah
kekuatan yang mampu mengubah duri jadi mawar,
mengubah cuka jadi anggur,
mengubah malang jadi untung,
mengubah sedih jadi riang,
mengubah setan jadi nabi,
mengubah iblis jadi malaikat,
mengubah sakit jadi sehat,
mengubah kikir jadi dermawan,
mengubah kandang jadi taman,
mengubah penjara jadi istana,
mengubah amarah jadi ramah,
mengubah musibah jadi muhibah,
itulah cinta

Sekalipun cinta telah kuuraikan
dan kujelaskan panjang lebar.
Namun jika cinta kudatangi
aku jadi malu pada keteranganku sendiri.
Meskipun lidahku telah mampu menguraikan dengan terang.
Namun tanpa lidah, cinta ternyata lebih terang.
Sementara
pena begitu tergesa-gesa menuliskannya
Kata-kata pecah berkeping-keping
begitu sampai kepada cinta.
Dalam menguraikan cinta,
akal terbaring tak berdaya,
Bagaikan keledai terbaring dalam lumpur,
Cinta sendirilah yang menerangkan cinta,
Dan percintaan!

p/s: quote from Ketika Cinta Bertasbih. lolz

Wednesday 16 December 2009

Genius

Sempena musim peperiksaan ini, macho juga rasanya jika saya ceritakan tentang sesuatu yang kadangkala dibicarakan oleh kebanyakan pelajar. Anda pernah dengar ayat-ayat seperti di bawah ini?:
  • "gempak giler si A tu, aritu aku tengok dia main game je. Last-last keluar result je dapat A"
  • "kau tengok si B tu, dah la dalam kelas tidur je. Cikgu bengang jugak. Tapi result exam gempak pulak."
  • "wes, kau tak study ke? oh, lupa pulak, genius tak payah study. Haha." <-- apabila soalan diajukan kepada si C yang dianggap genius.
Pernah dengar bukan? Jika bukan ayat yang betul-betul sama pun, mungkin ada sedikit kelainan. Saya hanya beri tiga contoh, mungkin ada banyak lagi ayat-ayat yang lebih kurang sama terpacul dari mulut. Tetapi apa yang penting di sini, kesemuanya membicarakan perihal yang sama: "Genius".

Sebelum saya meneruskan penulisan saya, saya lebih suka mengikut cara Dr Mahathir Mohammad iaitu bagi setiap apa jua masalah yang timbul, kaitkan atau mulakannya dengan sejarah. Kerana dengan sejarah kita dapat memperbetulkan kesilapan kita. Mungkin topik yang saya tuliskan ini bukan suatu permasalahan bagi sesiapa. Tetapi tidak salah juga jika kita mulakan dengan sejarahnya bukan?

Jadi, mari kita selongkar sedikit sebanyak tentang "Genius". Apa itu "Genius"?
  1. A genius (plural genii or geniuses,[1] adjective ingenious) is a person, a body of work, or a singular achievement of surpassing excellence. More than just originality, creativity, or intelligence, genius is associated with achievement of insight which has transformational power. A work of genius fundamentally alters the expectations of its audience. Genius may be generalized, or be particular to a discrete field such as sports, statesmanship, science, or art. (http://en.wikipedia.org/wiki/Genius)
  2. someone who has exceptional intellectual ability and originality (http://lastblogger.com/archives/618)
  3. i think of genius as a frantic state of creativity. what genius is is a polyphonic kind of continual expression and combination of intelligences. an individual possessed of (by) genius has a desperate need to make something happen in a way that combines things that are not obvious to the outside observer. genius always draws on a big pool of knowledge but does so in a way that makes its expression appear spontaneous. a genius develops a cross-functional vocabulary through a galaxy of shortcuts. genius is about the energetic orchestration of rapidly assimilated concepts. genius reinvents a domain in its own idiom, and thus genius defies translations. intellect parses genius one step at a time trying to understand the modus operandi. (Penn Jillette)
  4. genius is hungry and predatory. its talent doesn't save until it is manifest universally. the genius aims for the globe. (Napoleon)
Baik, empat contoh di atas adalah antara maksud-maksud untuk genius sama ada melalui kamus ataupun pendapat sesetengah manusia. Saya lebih suka ambil maksud melalui wikipedia kerana maksud yang diberikannya di sini agak tepat dan seperti ayat di kamus (walaupun ada sesetengah artikel di wikipedia tidak boleh diterima kerana ada unsur-unsur yang salah dan berlainan daripada fakta serta SESIAPA PUN BOLEH MENULIS WIKIPEDIA, tetapi, tidak semua artikel di wikipedia tersebut salah bukan? Terpulang pada kebijaksanaan kita memilih).

Sebenarnya term untuk genius ni mula-mula sekali diperkenalkan pada awal abad ke-20 iaitu sekitar tahun 1920-an melalui penulisan report oleh dua orang pelajar Stanford University iaitu Lewis Terman dan Jessie Chase yang bertajuk The Psychology, Biology and Pedadogy of Genius dengan memberi kesimpulan tentang penulisan-penulisan baru berkenaan subjek tersebut. Boleh baca dengan lanjut di sini. Tetapi kajian tentang kegeniusan telah bermula lebih awal lagi. Mungkin seawal abad ke-19 iaitu lebih kurang sekitar tahun 1869 apabila kuiz IQ (IQ Test) yang pada waktu itu dikenali sebagai Intelligence Testing diperkenalkan.

Jika diteliti apa yang telah saya postkan di atas (ayat dari wikipedia tersebut), mungkin anda perasan, saya telah highlightkan sebaris ayat. Tidak perlu saya mengulanginya lagi. Anda juga pasti faham akan maksudnya. Ia bermaksud seseorang genius itu pasti akan melakukan sesuatu kerja genius yang sememangnya akan menukar ekspresi bagi sesiapa yang melihatnya (maksudnya di sini, seseorang akan kagum!). Jadi, kenapa saya highlightkan ayat tersebut?

Sekarang, kaitkan pula dengan dialog-dialog contoh yang telah saya letakkan. Apa kaitannya? Baik, di sini, saya hanya ingin menghujahkan PENDAPAT saya. Ingat, pendapat saya. Bagi saya, dialog-dialog yang dikemukakan tidak boleh diterima akal fikiran saya. Kenapa? Kerana sesiapa pun yang diberikan title genius oleh anda pada waktu itu, mereka bagi saya masih tidak boleh dikira sebagai genius.

Genius bagi saya ialah seorang yang berkebolehan dalam semua lapangan yang dilakukannya atau yang diceburinya. TIDAK HANYA DALAM SATU ATAU BEBERAPA LAPANGAN SAHAJA. Genius adalah satu title yang tidak boleh didecidekan ke atas seseorang dengan sewenang-wenangnya. Genius is a gift. Sebagai contoh, bintang bola sepak seperti Ronaldinho Gaucho ialah seorang pemain yang boleh dikatakan sebagai genius kerana kelincahan beliau di atas padang, bertindak sebagai seorang playmaker dalam pasukannya. Beliau boleh dikatakan sebagai genius kerana semua peminat bola sepak telah melihat dengan sendiri kelincahan beliau, bagaimana beliau mengatur serangan pasukannya dengan bijak, memanipulasi kelemahan pihak lawan dengan cekap dan beliau sendiri telah menerima pelbagai anugerah di peringkat antarabangsa. Beliau saya boleh katakan sebagai seorang pemain bola sepak yang genius. Mungkin juga kita boleh mengambil contoh cendikiawan-cendikiawan Islam pada zaman dahulu. Cendikiawan seperti Al-Khwarizmi, Al-Biruni, Ibnu Sina dan sebagainya, bukan sahaja hebat dalam satu bidang, malah mereka juga hebat dalam bidang-bidang yang lain seperti Matematik, Fizik, Astronomi, Fekah dan sebagainya. Ya, saya anggap mereka sebagai genius.

Bagaimana pula dengan situasi kita sekarang? Dengan hanya melihat seorang rakan yang selalu tidur di dalam kelas, kemudian boleh mendapat A dalam sesuatu subjek tersebut tidak semestinya kita boleh katakan mereka sebagai genius. Memang sebelum ini saya juga menganggap mereka sebagai genius selepas terdengar kata-kata orang. Tetapi setelah mengalami sendiri pengalaman yang berbagai-bagai, saya akui konsep genius yang sering digunakan oleh rakan-rakan kita agak menyimpang daripada maksud sebenar. Contoh, saya mempunyai seorang rakan yang sering dilabel genius sehingga saya juga menganggap mereka begitu. Namun hendak dijadikan cerita, beliau juga seorang gamers seperti saya. Saya memandang tinggi beliau sebagai seorang genius yang boleh menggunakan kegeniusan beliau untuk owning dalam game tersebut kerana game tersebut banyak menggunakan kebijaksanaan otak anda memikir untuk memanipulasi strategi permainan. Ini sama seperti anda bermain chess bukan? Lebih menggunakan otak untuk berfikir. Diakui juga game ini turut memerlukan skill yang mantap tetapi jika betul anda seorang yang bijak (sekurang-kurangnya), adalah sangat mudah bagi anda untuk owning. Tetapi setelah sekian lama bermain, saya tidak pernah nampak kegeniusan beliau diterbitkan ke dalam game tersebut. Malah, saya tidak ingin berkasar tetapi secara realitinya saya juga boleh katakan beliau adalah seorang pemain yang noob.

Jadi apa kesimpulannya? Anda sudah nampak bukan? Secara logiknya, jika benar ada pelajar yang genius pun, pasti mereka sudah mendapat pointer 4.5 dalam setiap matapelajaran bukan? Ataupun beliau boleh mengawal pointer beliau untuk mendapat A+ atau hanya A! Ini baru boleh dikatakan seorang genius yang hebat bukan?

Namun begitu, saya tidak mengatakan pula rakan-rakan kita semua ini seorang yang tidak pandai. Bagi saya, cukuplah saya menganggap mereka sebagai seorang yang bijak dan berbakat dalam bidang yang diceburi ini. Bukannya sebagai seorang yang overestimated sebagai seorang yang genius. Kesimpulannya, don't judge books by its cover. Beliau mungkin tidur di dalam kelas tetapi siapa tahu beliau sebenarnya study pada malam hari di saat kita sedang nyenyak tidur?

Dan seperkara lagi, saya tidak pernah menganggap diri saya sebagai seorang yang genius. Cukuplah setiap apa yang saya dapat ini, hanyalah rezeki yang dikurniakan oleh Allah s.w.t. Ada hikmah di setiap apa yang berlaku. Mungkin kehadiran saya di bumi Korea ini sebenarnya atas sebab-sebab lain. Segala-galanya dalam perancangan Allah.

Hanya Dia yang Maha Mengetahui.
Allah, GENIUS YANG MAHA AGUNG.

Monday 7 December 2009

Malam Ini...


*Sajak yang berikut bukan sajak yang aku reka, tapi sajak yang aku jumpa dari blog orang lain. Memandangkan aku suka dengan pengolahan sajak tersebut, maka aku abadikan dalam blog usang aku ni. Hahaha. Credit to Mistisfiles.

Malam ini...

jika kau berkata bintang-bintang itu pegun
aku akan berkata bintang-bintang itu bergerak

semakin menjauhi kita


Malam ini....

jika kau berkata graviti bumi menarik kita
aku akan berkata kita juga menarik bumi

dengan jumlah graviti yang sama


Malam ini....

jika bibirmu mulusmu berbisik
bumi berputar mengelilingi mentari
aku akan berbisik di telingamu

mentari juga berputar mengelilingi mentari yang lain


Malam ini....

jika kau berpegang pada hukum fizik newtonmu
aku akan berkata

"malam ini sayang...aku berpegang pada hukum fizik kuantum"
tetapi malam esok aku tidak pasti

pada hukum mana aku akan berpegang
kerana dunia ini masih
tidak aku fahami
terang dan gelap
putih hitam mataku
kepada siapa aku merujuk

hanya cinta kita
sayang.....

yang kekal
pada malam-malam

berikutnya

P/S : Jiwang tak jiwang. Tapi memang macho sajak ni. Huhu.

Saturday 5 December 2009

Happy Anniversary!

Happy Anniversary? Ini bukan ucapan sambutan ulangtahun untuk diri aku seperti 'couple-couple' yang lain yang menyambutnya setiap tahun. Sedangkan aku kini masih 'single', masakan aku mempunyai seorang 'girlfriend'? Tetapi ucapan ini hanyalah ditujukan khas buat kedua-dua ibu bapa aku yang menyambut ulangtahun perkahwinan mereka pada hari ini.


Buat mak dan ayah,
Tahniah kerana berjaya mengekalkan perkahwinan hingga ke anak cucu. Saya sebagai anak turut menumpang rasa gembira kerana dilahirkan dalam keluarga yang tidak bercerai-berai. Perkahwinan merupakan sesuatu yang istimewa. Melalui perkahwinanlah, wujudnya kasih sayang dan tali persaudaraan. Sememangnya, manusia tidak akan dapat hidup berseorangan. Manusia memerlukan teman. Malah Bapa kepada seluruh umat manusia iaitu Nabi Adam a.s juga memerlukan teman dan Allah mencipta Hawa melalui tulang rusuk baginda sendiri.


Ayah,
Terima kasih kerana menjadi seorang ayah dan pemimpin yang baik. Sebagai anak yang paling bongsu, saya juga tidak kurangnya pernah dimarahi oleh ayah. Mungkin sewaktu kecil, saya tidak pernah faham kenapa ayah perlu terlalu tegas dan marah begitu sekali. Tetapi dengan ketegasan yang ayah tunjukkan telah berjaya mengajar anak ini erti kehidupan. Saya mula faham betapa besarnya tanggungjawab seorang ayah. Semakin saya meningkat remaja, semakin saya meronta-ronta untuk berdikari. Semakin banyak juga kesilapan yang saya lakukan. Namun tanpa sokongan dan dorongan melalui ketegasan dan kasih-sayang ayah, tidak mungkin anak ini akan berjaya melanjut pelajaran ke sini. Kini saya semakin menghampiri usia dewasa. Sudah lebih 20 tahun ayah mengerah keringat untuk membesarkan saya. Dan kini saya sendiri mula terfikir, apakah saya juga dapat menjadi seorang ayah yang baik? Seorang ayah yang dapat mendidik anaknya menjadi insan yang berjaya di dunia dan akhirat? Ternyata pengorbanan menjadi seorang ayah bukanlah kecil. Sebagai anak, saya menyesal kerana banyak melakukan dosa kepada ayah. Saya pernah menipu, malah membenci ayah. Sedangkan ayah tidak pernah berhenti menghulurkan wang saku kepada saya. Bodohnya saya pada waktu itu. Saya sering merasakan ayah tidak mempunyai 'concern' terhadap saya. Mungkin kerana ayah sangat busy dan pulang dari kerja, saya hanya mampu mendengar ayah membebel. Dan mungkin sebab itu saya sangat gembira dihantar ke sekolah asrama. Seperti orang lain, ingin bebas dari kongkongan. Tetapi dalam masa sama, sebenarnya saya masih inginkan perhatian. Saya cuba buat yang terbaik dan berjaya dengan cemerlang dalam PMR. Saya mengharapkan ayah melahirkan perasaan bangga ketika itu, tetapi tiada apa. Sejak itu saya sering berfikir. Mungkin begitu caranya ayah cuba mengajar saya. Dan saya teringat, ayah tidak merasai kehadiran seorang bapa di zaman sekolah. Sedangkan saya beruntung masih mempunyai seorang bapa. Sejak itu, mungkin pelajaran saya terumbang-ambing kerana beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan. Tetapi mungkin dah namanya rezeki, saya masih mampu berjaya dalam SPM. Saya sudah tidak kisah sekiranya saya tidak dengar sendiri ayah ucapkan bahawa ayah berbangga dengan saya - mungkin masih belum tiba masanya. Tetapi melaui air muka dan raut wajah ayah, saya dapat nampak betapa ayah sangat gembira dan berbangga dengan kejayaan saya!


Emak,
Menjadi seorang ibu, merupakan tugas yang saya tidak akan faham sepenuhnya kerana saya seorang lelaki. Tetapi cukuplah saya memahami betapa pentingnya seorang ibu kepada anak-anak. Saya membesar sebagai anak bongsu yang sememangnya mempunyai perasaan sangat manja kepada emak. Mungkin setiap anak bongsu mempunyai perasaan yang sama. Tetapi semanja-manja saya, tidaklah sehingga saya di awal remaja. Pada waktu remaja saya, saya sudah mula jauh daripada emak, mahupun ayah. Maksudnya, usia remaja saya kebanyakannya dilalui tanpa bimbingan penuh daripada emak dan ayah. Tetapi mungkin berkat daripada doa emak dan ayah, saya masih diberi hidayah oleh Allah untuk terus berbakti kepada ibu bapa. Saya akui, saya tidak akan jadi saya yang sekarang, tanpa pengalaman-pengalaman yang telah saya lalui sepanjang hidup saya ini. Dan antara yang menjadi nadi utamanya ialah, didikan dan kasih sayang, serta keikhlasan emak mengasuh saya sejak kecil, berjaya menjadikan saya seorang yang lembut hatinya sejak kecil. Mungkin kadangkala saya degil dan tidak mahu mendengar kata. Malah saya sering menipu emak sewaktu kecil. Tetapi emak tidak pernah berhenti mengasuh saya. Saya selalu ingkar kata-kata emak. Saya tinggalkan solat dan tidak mengaji. Saya menipu. Emak pula hanya terus tidak putus-putus mencurahkan kasih-sayang. Memasak makanan yang sedap-sedap setiap hari. Malah perkara yang saya tidak pernah dapat lupa, emak sanggup datang ke sekolah setiap tengah hari untuk menghantar makanan tengah hari ketika saya darjah enam. Hanya kerana saya mempunyai kelas petang demi persediaan menjelang UPSR. Dahulu, saya tidak pernah rasa menghargai apa yang emak lakukan pada waktu itu. Tetapi menjelang umur dewasa ini, saya sering hampir menangis mengenangkan emak. Betapa bernasib baiknya saya dapat mengucapkan terima kasih kepada emak dengan keputusan UPSR saya yang baik pada waktu itu. Namun saya mula melupakan emak dan ayah sewaktu di sekolah menengah. Saya jarang menghubungi emak. Sedangkan emak sangat merindui saya. Betapa berdosanya saya. Tetapi kini saya tidak lagi seperti dahulu. Jika dahulu saya tidak menghubungi emak dan dalam masa yang sama jarang teringatkan emak. Kini mungkin saya jarang menghubungi emak, tetapi dalam hati saya, saya sering teringatkan emak dan ayah. Gambar emak dan ayah dalam dompet saya yang menjadi pengganti emak dan ayah. Saya tidak pernah lupakan mak dan ayah. Saya juga masih ingat, emak pulang dari pasar dan menghadiahkan saya sepucuk pistol koboi dan peluru. Mungkin saya memintanya dari emak pada waktu itu, saya tidak ingat. Tetapi memori yang saya simpan dalam hati ini, walaupun ianya memori yang sudah berbelas-belas tahun lamanya, masih lagi saya simpan dan tidak akan luput biarpun sehingga rambut saya beruban!


Buat emak dan ayah,
Saya tidak pernah mengucapkannya. Apatah lagi menulisnya dalam ucapan-ucapan hari jadi saya kepada emak dan ayah. Saya hanya menyimpannya dalam hati. Tetapi hari ini, saya ingin sekali mengucapkannya.

Bahawa saya, sangat sayangkan emak dan ayah.

Hanya kata-kata ini yang saya dapat ucapkan, bagi membalas segala jasa dan pengorbanan emak dan ayah kepada saya. Saya tidak akan dapat membalasnya. Terima kasih kerana masih mengekalkan perkahwinan ini, supaya kami adik-beradik terus mendapat bimbingan yang sempurna dari kedua-duanya, ibu dan bapa kami.

Friday 4 December 2009

Penghuni Neraka Dunia

Pada air mata yang mengalir

Pada titisan darah yang memercik

Pada tangisan yang mendayu

Masih ada semangat dan harapan

Dalam jiwa insani

Demi segumpal tanah

Demi secebis keadilan

dan juga erti kehidupan

Yang menjadi taruhan

Dalam satu perjuangan

Setengah abad bukannya singkat

Malah menyakitkan

Bagi seorang Bani Adam

Menyelusuri sebuah kehidupan

Tanpa ada kebebasan

Di manakah letaknya hak-hak manusia ini?

Umpama haiwan diperlakukan

Bapanya dikurung

Ibunya dibunuh

Kakaknya dirogol

Abangya dibom

Sedangkan adik kecilnya hanya mampu menangis

Menyaksikan kekejaman dan kerakusan

Si Israel laknat

Meratah bangsanya

Apakah masih tiada wujudnya simpati?

Apakah tiada nilai kemanusiaan dalam secebis hati?

Di manakah saudaramu wahai anak Palestin?

Apakah umat Islam masih nyenyak tidur?

Dan terus lalai ditelan arus dunia?

Mengejar pangkat, harta dan kuasa

Melupakan tanggungjawab dan amanah

Bangkitlah wahai umat yang satu

Bebaskan saudara-saudaramu

Hancurkan musuh-musuhmu

Pertahankan hak-hak agamamu

Dan kembalikan hak-hak dunia

Untuk kekal aman dan makmur

Dipimpin khalifah mulia

Yang taat pada Penciptanya

Doaku buat pejuang Palestin

Teruskan perjuanganmu

Kekalkan jihadmu

Kembalikan kebebasanmu

Moga anak-anak ini terus cekal dan tabah

Menentang kekejaman sang penjajah

Ingatlah saudara Palestinku

Jangan putuskan harapanmu

Kerana

Ada Syurga

Buat Penghuni Neraka Dunia

* Sajak yang aku reka masa event Demi Al-Aqsa

Thursday 3 December 2009

Korban?

Nampaknya esok genaplah seminggu yang lalu kita menyambut Hari Raya Aidiladha. Hari Raya Aidiladha juga boleh dikenali sebagai Hari Raya Qurban. Boleh dikatakan setiap tahun, Orang Islam akan menyambut dua perayaan yang besar iaitu Hari Raya Aidilfitri dan juga Hari Raya Aidiladha.

Di Malaysia, kedua-dua perayaan ini merupakan antara dua hari perayaan yang terbesar di negara tersebut. Sebagai umat Islam, aku juga tidak ketinggalan untuk menyambut perayaan ini setiap tahun terutama bersama keluarga dan rakan-rakan. Namun, sejak aku meninggalkan tanah air untuk melanjutkan pelajaran ke bandar Seoul ini, sudah empat perayaan aku menyambut raya di negara bukan Islam ini.

Secara ringkas, Hari Raya Qurban merupakan simbolik kepada pengorbanan Nabi Ibrahim a.s yang cuba untuk menurut perintah Allah s.w.t supaya menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s. Pada waktu itu baginda mendapat mimpi supaya anaknya tersebut disembelih. Akhirnya di saat baginda ingin menyembelih anaknya sendiri, Allah memerintahkan supaya baginda berhenti dan kemudian seekor kibas dari langit dijadikan sebagai ganti.

Kisah ini merupakan kisah yang menarik untuk didengar mahupun diceritakan kepada anak-anak sejak mereka kecil lagi supaya mereka sedar akan maksud pengorbanan yang sebenar sejak mereka masih lagi setahun jagung. Bukankah lebih elok sekiranya mereka disajikan dengan kisah-kisah Nabi-Nabi dan para Rasul yang juga mempunyai mukjizat berbanding membiarkan mereka hanyut dengan kisah-kisah dongeng moden seperti power rangers dan ultraman yang juga mempunyai kuasa tetapi secara amnya langsung tidak munasabah untuk diterima akal.

Baik, berbalik pada cerita asal. Aku bukannya seorang yang sangat berilmu dalam agama untuk bercerita tentang kisah-kisah seperti di atas yang banyak terkandung di dalam kitab Al-Quran. Namun aku juga punya kisah dan pengalaman aku sendiri yang berkaitan dengan pengorbanan. Sejak aku kecil, mungkin sama seperti semua orang, aku tidak pernah cuba untuk mendalami sendiri apa itu maksud pengorbanan. Malah aku seperti orang lain hanya tahu menurut dan fikiran aku seperti telah ditetapkan bahawa setiap tahun pasti akan ada perayaan besar yang akan disambut bersama-sama dengan keluarga. Tidaklah sehingga aku semakin meningkat remaja dan kini hampir dewasa. Aku sudah hampir mengerti apa itu maksud kehidupan. Semakin banyak yang aku pelajari tentang kehidupan di dunia ini yang penuh dengan fitnah. Namun pada usia yang sebegini muda, bukan bererti aku sudah cukup berpengalaman. Tetapi aku hanyalah pemuda yang ingin belajar lebih banyak lagi dengan pengalaman.

Al-kisah, pada minggu lepas iaitu di saat kebanyakan Muslim menyambut Aidiladha di masjid-masjid. Aku dan beberapa orang rakan hanyalah menunaikan solat sunat aidiladha di Bilik Malaysia di kolej aku, Dong Yang Technical College (DYTC). Pagi itu, jemaah yang hadir di bilik tersebut boleh dikira dengan jari. Rakan-rakan aku yang lain semuanya dapat cuti dari pensyarah mereka, tinggallah kami yang tidak bercuti ini. Ada rakan aku yang memang tidak dapat cuti. Sedangkan aku sememangnya tidak ingin bercuti kerana aku tidak mahu ketinggalan dalam pelajaran. Dua kelas aku pada hari itu merupakan dua subjek yang susah untuk aku fahamkan. Bagi aku, seeloknya aku mengorbankan kelebihan aku untuk mendapat cuti dengan terus masuk ke kelas seperti biasa.

Dan pada hari itu, pertama kalinya aku beraya sambil belajar di dalam kelas, bersama rakan-rakanku yang berbangsa Korea. Ia bukan sesuatu yang aku boleh banggakan. Tetapi aku bersyukur kepada Allah s.w.t kerana ternyata pengorbanan yang aku lakukan tidak sia-sia. Pada hari tersebut, kedua-dua kelas yang aku lalui, kedua-duanya sangat berguna. Pensyarah kami rupanya akan memberitahu bab-bab yang akan keluar dalam peperiksaan akhir semester yang akan datang. Aku hanya mampu tersenyum dalam hatiku. Andaikata aku turut memohon cuti (kemungkinan besar juga akan diterima), pasti akan menjadi lebih payah buat aku untuk mengulangkaji kedua-dua subjek tersebut.

Aku bersyukur. Nampaknya aku sendiri sudah mula menghargai erti pengorbanan. Tahniah Encik Fidzuan Kassim.