Saturday 2 May 2009

The Return

Salam.

Aku dah lama tak post kat blog aku ni. Bila aku tengok2 balik, rupa-rupanya dah sebulan lebih aku tak post kat sini. Post aku untuk bulan April langsung kosong. Ahaha. Antara beberapa sebab yang menyebabkan aku dah lama tak post ni antaranya adalah :

1. Malas
2. Tak ada masa
3. Busy
4. Ada Exam
5. Main Facebook (aku delete dah. Ahaha)

Ahaha. "malas". Memang dah sinonim betul la dengan orang Melayu ni. Nak buat macam mana, memang dah rasa malas. Tapi niat di hati memang nak post lagi kat blog ni. Tapi rasanya lebih kepada tak ada masa. Banyak sebenarnya yang aku nak ceritakan kepada umum. Cerita yang nak aku kongsikan. Tapi apakan daya, masa yang terhad serta kemalasan menaip papan kekunci komputer ribaku ini membuatkankan ianya tergendala selama sebulan! Wow. 

So, sekembalinya aku di arena blog ini, insyaAllah, aku akan kembali berkongsi cerita apa yang tersembunyi dalam hati aku, apa pandangan aku, dan macam2 lagi yang boleh dikongsi. Aku bukannya orang yang bijak pandai. Aku hanyalah manusia yang suka berfikir. Dan insyaAllah aku akan post kat blog aku lagi tentang apa yang aku selalu fikirkan. Bagi mereka2 yang mengikuti blog aku ni, aku minta sangat2 pertolongan dari saudara2 sekalian untuk menegur aku sekiranya aku berada di luar batasan. Terima Kasih.

Sebelum aku mengakhiri post aku yang ni, aku nak cerita sikitla apa yang aku buat sepanjang bulan April ni. Rasanya aku banyak buang masa kot. Aku mulakan dengan minggu pertama dan kedua. Entah kenapa masa ni aku banyak dapat link2 yang menarik. And aku banyak tonton video2 di youtube. Antara link yang aku dapat adalah blog tentang kajian asal usul Melayu. Mungkin setiap apa yang diceritakan oleh penulis blog tentang kajiannya tidak dapat diterima kerana tiada bukti yang sahih. Namun ianya sudah memadai untuk kita sendiri memikirkan tentang asal usul kita. Tentang sejarah kita. Moga2 sejarah kita yang baik boleh dijadikan semangat untuk kita teruskan hidup kita dengan baik. Di sini aku sertakan link blog tersebut. Sila klik sini. Seterusnya, mengenai satu link video yang di'rekemen'kan oleh rakan2 aku. Video tersebut yang sebanyak 52episod semuanya menceritakan mengenai propaganda yahudi dan kedatangan Dajjal. Video tersebut dibuat oleh Muslim dan videonya kini sedang hangat tersebar ke seluruh dunia. Kalau sesiapa yang nak tengok, boleh try cari kat youtube. Tajuk video tersebut ialah "The Arrivals". Nama pena pembuat video adalah noreaga. Sangat2 menarik. Berbaloi untuk ditonton. Tapi tak semua boleh ditonton di youtube. Anda boleh agak sebabnya. Aku syor kat sini korang digalakkan tengok video ni. Supaya kita sedar dan kembali berfikir. Sila klik sini or sini. Ataupun korang boleh minta kat aku video tersebut. Sebab aku dah download full episod. Ahaha. Kat bawah ni aku sertakan Part 1. 



Okay. Kita ke minggu ketiga bulan April aku lak. Tak banyak nak cerita pun. Sebab ni minggu exam midterm aku. Ahahah. Aku punya exam hari tu boleh tahanla. Tapi tetap tak memuaskan hati aku. Sebab aku tak dapat jawab betul2. Arghh. Takpela. Dah lepas tu lepas la. Target score end of sem lak. Go go la encik Fidzuan. Minggu last bulan April aku lak, aku gunakan hujung minggu aku dengan keluar sehari kat Incheon. Alhamdulillah semuanya okay. Balik2 je aku delete account Facebook aku. Ahaha. Aku nak baiki hidup aku balik. Banyak yang korup dalam hidup aku ni. Takpe2. Kita baiki sikit2. Lama2 ok la tu insya Allah. 

Sekarang pun dah masuk bulan May. Maknanya bulan depan aku balik Malaysia. Aahaha. Kejap je masa berlalu. LoL.  Anyway, kepada sesiapa pun yang tengah baca post aku ni, aku akhiri post aku dengan selamat sejahtera ke atas anda sekalian.

Assalamualaikum.

3 comments:

Pieja said...

aah laa.tup tup ko dh nk balik mesia bulan depan...xsangke~

xsabar nk jemput adik aku nih...

dillataib said...

knape delete facebook???
huhu..
welcome to the club!ㅠ..ㅠ

Abu Abdullah said...

welcome to the club? =.=