Thursday 14 May 2009

Kisah Satu Malam

Alkisah, pada satu malam yang hening, setelah selesai menunaikan solat fardhu maghrib, aku dan beberapa rakan aku bersama2 menikmati twigim(sejenis sotong) di sebuah gerai di Gochok. Kami menikmati juadah ringan tersebut, kami berbual2 dengan riang dan gembira. Lantas keluar sepatah ayat dari rakan ku tadi.

Kauthar (mungkin nama sebenar) : lepak a kisuksa malam ni.

Aku berhenti berfikir seketika. Dalam fikiranku, ada baiknya jugak. Sekali sekala lepak kisuksa(dorm) apa salahnya. Aku pulak duduk kat rumah jarang bersama mereka. Tanpa berkata aku setuju atau tidak, aku turut juga mengikuti jejak mereka ke kisuksa. Tambahan pula, seorang rakanku, Hakim (mungkin nama beliau) mengajakku makan lagi di rumahnya.

Malam tersebut merupakan malam yang agak busy bagi aku. Aku yang tidak semena-mena perlu terlibat dengan persembahan di hadapan duta pada majlis yang akan datang, berhempas- pulas menyelesaikan masalah tersebut. Namun aku tidak panik. Hahahhaha. Aku akhirnya berjaya menyelesaikan masalah aku tersebut atas arahan cik R (bukan nama sebenar). Cik R juga lah yang telah menjemput aku melakukan persembahan tersebut. Namun aku tak dapat mencari orang lain dan akhirnya aku juga yang perlu melakukannya bersama seorang lagi rakan aku, Azurin(mungkin jugala nama sebenar). 

Tamat solat Isyak, aku bergegas ke bilik Ali(nama sebenar?) untuk meminjam komputer riba milik Muhammad(nama betul?) supaya aku dapat join game mistik yang telah lama kutinggalkan. Aku lantas kembali hanyut bersama rakan2 yang lain dalam mengharungi perang mistik dalam menyelamatkan kampung halaman The Scourge ataupun The Sentinal. Perang yang berlarutan selama satu jam setengah pada kebiasaanya itu pada mulanya agak tegang ekoran salah seorang teammate aku yang juga bukan dari kalangan rakan2 yang aku kenali telah leave game tersebut. Ini agak memangkin kemarahan kami. Namun permainan diteruskan. Arakian, dipertengahan game, di saat aku berjaya kill agak ramai dengan ulti macam syett milik Lich King, salah seorang musuh aku pulak leave mungkin kerana komputernya ter'off'. Kini ia menjadi 4vs4. Kami mengharungi peperangan yang drastik hingga akhirnya kami memenangi peperangan tersebut. Yeah.

Aku dipanggil makan ke bilik Hakim. Setelah puas menjamah santapan yang sangat menikam kalbu, aku membuka YM ak. Dengan harapan aku dapat menghubungi keluarga aku. Selang beberapa masa yang agak panjang, aku mendapat mesej pertama daripada rakan aku yang jauh nun di Australia dengan ucapan istimewa yang pertama untuk aku pada malam itu. Terima kasih untuk beliau. Jam menunjukkan tepat jam 12. Mesej seterusnya menyusul. Kini dari SNU pula. Terima kasih lagi. Kemudian berduyun-duyun mesej melalui YM yang keluar. Aku masih tidak dapat menghubungi keluarga aku dengan baik.

Tiba-tiba....cik R menghubungi aku. Bagiku, masalah tadi dah diselesaikan. Namun, beliau masih ingin berbincang dengan aku untuk beberapa perkara. Dalam masa 5 minit, aku keluar dari bilik. Kosong. Gelap. Aku berjalan beberapa langkah dan menekan loceng bilik cik R.

Cik R : Dol, tunggu kejap.

Aku akur. Aku tunggu dengan baik. Aku menanti dengan pasti. Selang beberapa minit, pintu bilik belakang aku berdiri dibuka dengan pantas. Lantas keluar seorang manusia yang buas dan pantas. PEKK. Satu pukulan telur di kepala aku. Lantas keluar lagi balingan telur yang lain yang datang dari tah mana2 tah. Aku cuba mempertahankan diri. Akhirnya aku kena serangan terakhir, serangan tepung. HAPPY BIRTHDAY. Begitulah suara2 yang sayup kedengaran menerusi lubang telingaku. Aku terima dengan hati yang terharu. Ahaha. Aku masuk ke bilik rakan ku untuk membasuh kepalaku yang serba putih dan busuk.

Keluar dari tandas, rakan2 sudah menanti dengan kek aiskrim dan beberapa makanan ringan untuk santapan. Satu sambutan kecilan yang penuh bermakna untuk aku.

Di sini aku mengucapkan terima kasih banyak2 kepada semua rakan2 dan sahabat2 yang menyambut hari lahir aku yang jatuh pada hari ini. Tidak lupa juga kepada keluarga yang tercinta yang begitu menghargai kewujudan anakanda yang sering derhaka ini. Ampunkan saya, mak ayah dan keluarga. Kepada rakan2 yang lain, KORANG MEMANG BEST. hahahhaha.

Tamatlah kesudahan kisah satu malam ini. Moga-moga Allah merahmati kalian dan tempatkan kalian di kalangan orang2 yang disayangi-Nya. Amin.

4 comments:

Anonymous said...

wah~kasih sayang melalui balingan telur dan tepung>>>menarik2.

Atoy said...

idea ak tuh...hahahaha(up diri!!!!)

Abu Abdullah said...

nate si atoi. haha. tq2

gochoek-1-dong b02호 said...

nate atoi.ak n lkman nye idea beb..hahahah....(up diri gak)