Pada air mata yang mengalir
Pada titisan darah yang memercik
Pada tangisan yang mendayu
Masih ada semangat dan harapan
Dalam jiwa insani
Demi segumpal tanah
Demi secebis keadilan
dan juga erti kehidupan
Yang menjadi taruhan
Dalam satu perjuangan
Setengah abad bukannya singkat
Malah menyakitkan
Bagi seorang Bani Adam
Menyelusuri sebuah kehidupan
Tanpa ada kebebasan
Di manakah letaknya hak-hak manusia ini?
Umpama haiwan diperlakukan
Bapanya dikurung
Ibunya dibunuh
Kakaknya dirogol
Abangya dibom
Sedangkan adik kecilnya hanya mampu menangis
Menyaksikan kekejaman dan kerakusan
Si Israel laknat
Meratah bangsanya
Apakah masih tiada wujudnya simpati?
Apakah tiada nilai kemanusiaan dalam secebis hati?
Di manakah saudaramu wahai anak Palestin?
Apakah umat Islam masih nyenyak tidur?
Dan terus lalai ditelan arus dunia?
Mengejar pangkat, harta dan kuasa
Melupakan tanggungjawab dan amanah
Bangkitlah wahai umat yang satu
Bebaskan saudara-saudaramu
Hancurkan musuh-musuhmu
Pertahankan hak-hak agamamu
Dan kembalikan hak-hak dunia
Untuk kekal aman dan makmur
Dipimpin khalifah mulia
Yang taat pada Penciptanya
Doaku buat pejuang Palestin
Teruskan perjuanganmu
Kekalkan jihadmu
Kembalikan kebebasanmu
Moga anak-anak ini terus cekal dan tabah
Menentang kekejaman sang penjajah
Ingatlah saudara Palestinku
Jangan putuskan harapanmu
Kerana
Ada Syurga
Buat Penghuni Neraka Dunia
* Sajak yang aku reka masa event Demi Al-Aqsa
2 comments:
tahniah fidzuan skali lagi..
saya berbangga dengan awak..
adik aku ni..berbakat betoll...sobsob
Post a Comment