Thursday, 14 January 2010

Simbol Yang Ada Di Mana-Mana

Baru-baru ini, pada hari khamis yang lepas, bersamaan 7 Januari 2010, aku dan beberapa orang rakan aku telah pergi menyaksikan konsert kumpulan Muse di Stadium Olimpik Seoul. Bagi aku, ini merupakan pengalaman pertama aku pergi menonton sebuah konsert daripada kumpulan muzik yang terkenal. Selama ini aku tidak dapat pergi menyaksikan konsert-konsert seperti ini atas beberapa sebab:
  • halangan ibu bapa
  • duit
  • masa
  • tidak berminat
Oleh itu, konsert Muse ini merupakan konsert pertama yang akan aku saksikan sepanjang hidup aku. Lebih-lebih lagi, aku cukup meminati lagu-lagu daripada kumpulan muzik ini seperti lagu Uprising, The Resistance dan juga Unnatural Selection menerusi album terbaru mereka The Resistance. Juga lagu-lagu yang pernah berkumandang di corong-corong radio tanah air seperti Time Is Running Out, Plug In Baby, Starlight dan lain-lain.

Konsert ini yang dikenali sebagai Muse - Resistance Tour dibanjiri dengan bilangan penonton yang sangat banyak sehinggakan ketika dalam perjalanan pergi juga kereta api bawah tanah (subway) yang berhenti di kawasan yang jarang dikunjungi turut tiba-tiba dipenuhi penumpang. Aku tiba agak lewat pada hari itu (sejam lewat) kerana baru pulang dari tempat praktikal terus ke situ. Aku tidak sempat membeli cenderahati seperti baju dan lain-lain kerana sampai-sampai sahaja aku terus masuk.

Tujuan aku menghadiri konsert ini bukanlah atas sebab tujuan yang bukan-bukan tetapi hanya sekadar aku ingin mengetahui sendiri suasana dalam sesebuah konsert yang sering dihadiri oleh anak-anak muda di seluruh dunia. Tambahan, lagu-lagu daripada kumpulan Muse merupakan antara lagu yang diminatiku. Aku seringkali berkata dalam hati, ini sememangnya konsert yang pertama dan juga yang terakhir bagiku. Aku tahu suasana yang pelik akan menguasai apabila konsert dimulakan.

Setibanya aku di sana, aku mula mencari rakan-rakan aku yang lain. Namun, mereka sudah jauh ke hadapan membuatkan aku malas untuk ke hadapan kerana mereka di kelilingi ramai anak muda berbangsa Korea. Jadi seperti biasa, sementara menunggu konsert bermula, aku memerhatikan keadaan sekeliling - sifat yang aku miliki (seperti suatu tabiat, p/s: aku lebih banyak memerhati daripada berkata-kata!).

Aku memerhatikan tindak-tanduk orang-orang Korea. Kemudian aku memerhati keadaan pentas. Sehinggalah mata aku berhenti di satu tempat kerana aku kaget dengan apa yang aku lihat. Aku tahu ia merupakan sesuatu yang melanda dunia malah dipelopori oleh artis-artis. Aku sering mendengar cerita daripada orang-orang sekeliling dan pada waktu itu tiba masanya aku sendiri menyaksikannya. Ia sesuatu yang tidak disangka-sangka. Apa yang aku nampak?



EYE OF HORUS!

Eye of Horus, simbol mata bagi Tuhan orang Mesir Purba. Merupakan simbol mata sebelah yang boleh dijumpai di seluruh pelusuk dunia dari mana-mana tamadun purba tetapi nama yang berlainan. Dalam dunia akhir zaman ini, simbol mata satu digunakan dengan lebih meluas dan yang paling terkenal sekali apa yang kita dapat lihat di belakang note 1USD.




One eye at the top of unfinished pyramid at the back of 1USD bill

Aku nampak simbol ini melekat pada papan keyboard kepunyaan kumpulan Muse ini. Aku seolah-olah terkejut kerana aku tidak menyangka dalam mereka mendapat duit mempersembahkan lagu mereka, dalam masa sama mereka mendoktrin pemikiran orang-orang Korea yang TIDAK TAHU APA-APA dengan simbol ini dengan tujuan ia bakal menjadi kebiasaan! Aku mula mengerti, sehebat-hebat  pemuzik di seluruh dunia, mereka sebenarnya merupakan agen-agen konspirator ini yang ingin meracuni pemikiran anak-anak muda. Walaupun artis-artis ini tidak menyedari ataupun mereka juga sebenarnya mengetahuinya. Lihat sahaja di Anugerah Juara lagu (AJL) di Malaysia baru-baru ini. Aku tidak pasti artis-artis ini perasan atau tidak tetapi sebenarnya mereka sedang melakukan ritual Masonic di malam AJL!

 
all seeing eye di AJL

Kita sekarang berada di dunia yang penuh fitnah. Sampai masanya nanti Raja Fitnah akan keluar selepas fitnah-fitnah ini kekal berleluasa di seluruh dunia. Kita sememangnya sedang ditipu dan semakin seronok ditipu! Sehingga kita juga terlibat sama dalam ritual Masonic ini tanpa kita sedari. Nauzubillah. Bersedialah kita dengan kedatangan Raja laknat tersebut yang mungkin sedang menanti masanya untuk memunculkan dirinya.

Siapa pula Raja ini dan apa pula kaitan dengan all-seeing eye si mata satu ini? Kita hayati hadith Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

Hadis riwayat Anas bin Malik ra. ia berkata:
Rasulullah saw. bersabda: Tidak seorang nabi kecuali ia telah memperingatkan kaumnya terhadap sang pendusta yang buta sebelah mata. Ketahuilah bahwa Dajjal itu buta sebelah matanya sedangkan Tuhanmu tidak buta sebelah mata dan di antara kedua matanya tertulis “kaaf”, “faa”, “raa”

p/s: aku tidak mempercayai kiamat akan berlaku pada 2012 seperti yang diwar-warkan oleh pengikut dajjal ini. Tetapi aku merasakan akan ada sesuatu yang berlaku pada tahun 2012 ini. Kalau tidak kenapa mereka begitu teruja mempopularkan 2012 ini ke seluruh dunia? Pasti akan ada sesuatu yang ingin mereka lakukan. Jangan terkejut kerana tragedi 9/11 juga merupakan ritual masonic yang kita tidak sangkakan perkara seperti itu akan berlaku langsung sebelum ia benar-benar berlaku. Sekurang-kurangnya kita lakukan persediaan dari sekarang untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang mendatang!

Moga Allah sentiasa melindungi kita semua. Amin.

4 comments:

cokobong said...

fuh...
mistik.

Abu Abdullah said...

fufufuufu

Pieja said...

gile.aku terpana seketika.post mu sungguh bermakna.

Abu Abdullah said...

terpana? haha