Diriwayatkan pula sewaktu khalifah Sulaiman sedang nazak, ahli keluarga Bani Umaiyah semuanya sedang menunggu siapakah yang akan menjadi khalifah yang seterusnya. Sulaiman bin Abdul Malik, pada hari sakitnya, beliau mempunyai seorang penasihat dan menteri yang baik bernama Roja' ibn Haiwah. Soleh orangnya. Ketika sedang sakit, khalifah Sulaiman bertanya kepada penasihatnya.
Sulaiman bin Abdul Malik : Aku sedang berfikir, bagaimana hendak aku menyerahkan urusan pentadbiran kaum Muslimin selepas ketiadaanku nanti.
Roja' ibn Haiwah : Wahai Amirul Mukminin, antara perkara yang boleh menyebabkan engkau dijaga di dalam kubur, selamat engkau di dalam kubur, dan engkau diberikan syafaat oleh Allah di akhirat; kau tinggalkan untuk orang Islam, khalifah yang adil.
Sulaiman bin Abdul Malik : Siapa?
Roja' ibn Haiwah : Aku nampak Umar bin Abdul Aziz, sepupumu.
Sulaiman bin Abdul Malik : Hulurkan aku surat untuk aku menulis.

Khalifah Sulaiman bin Abdul Malik mewasiatkan Umar bin Abdul Aziz menjadi khalifah dan selepas itu beliau mengumpulkan semua gabenor2, pembesar2 Bani Umaiyah berbaiah kepada beliau, berjanji setia, sebelum beliau mati.
Sulaiman bin Abdul Malik : Kamu akan taat kepada khalifah yang ada dalam surat ini.
Tiada siapa pun tahu. Semua orang terus taat. Selepas meninggal sahaja khalifah Sulaiman bin Abdul Malik, semua berpuluh2 ribu orang berkumpul di dalam masjid untuk mengetahui siapa khalifah seterusnya. Segala anak2 khalifah serta gabenor2 dan pembesar2 juga turut berkumpul. Roja' ibn Haiwah naik dan selepas beliau berucap, beliau pun memanggil Umar bin Abdul Aziz.
Roja' ibn Haiwah : Bangkit wahai Amirul Mukminin. Engkaulah orang yang disebutkan di dalam surat ini.
Umar bin Abdul Aziz : Wahai manusia. Sesungguhnya jawatan ini diberikan kepadaku tanpa bermesyuarat denganku dan tanpa pernah aku memintanya. Dan juga tidak pernah bermesyuarat dengan kamu semua. Sesungguhnya aku mencabut baiah setia di tengkuk2 kamu. Pilihlah siapa yang kamu mahu.
Semua orang terdiam. Amirul Mukminin Umar bin Abdul Aziz tak dapat nak bangun. Namun beliau gagahkan diri untuk naik dan berdiri di hadapan orang ramai.
Umar bin Abdul Aziz : Wahai manusia. Sesungguhnya jawatan ini diberikan kepadaku tanpa bermesyuarat denganku dan tanpa pernah aku memintanya. Dan juga tidak pernah bermesyuarat dengan kamu semua. Sesungguhnya aku mencabut baiah setia di tengkuk2 kamu. Pilihlah siapa yang kamu mahu.
Orang ramai mula riuh.
Orang ramai : Kami tak mahu, kami mahu engkau. Engkau telah dipilih dan dilantik. Kami baiah engkau.
Lalu Umar pun diangkat menjadi khalifah. Lemah semangat beliau. Takut. Beliau menangis. Kemudian kenderaan khalifah dibawa masuk untuk membawanya pulang. Tetapi beliau menolak. Semua pemberian yang diberikan, semuanya beliau tolak.
Diceritakan semasa beliau pulang ke rumah, Beliau sedang pening memikirkan urusan dunia Islam yang sangat besar pada waktu itu. Beliau berfikir hingga penat kerana keletihan menguruskan jenazah khalifah Sulaiman. Anak beliau yang berumur 15 tahun masuk ketika beliau hendak tidur. Nama anaknya Abdul Malik.

Abdul Malik : Apa yang sedang engkau buat wahai Amirul Mukminin?
Umar bin Abdul Aziz : Wahai anakku, ayahmu terlalu letih menguruskan jenazah bapa saudaramu, Sulaiman. Dan ayahmu tidak pernah merasa keadaan yang mana tubuh berasa begitu penat lebih pada waktu ini dengan jawatan.
Abdul Malik : Jadi apa yang engkau akan buat wahai ayah?
Umar bin Abdul Aziz : Ayah akan tidur sekejap sehingga masuk waktu Zohor. Nanti ayah akan keluar untuk solat bersama orang Islam.
Abdul Malik : Ayah, wahai Amirul Mukminin, siapa yang menjamin untuk Amirul Mukminin hidup sehingga waktu Zohor? Sedangkan sekarang adalah kewajipan Amirul Mukminin untuk pergi mengembalikan hak2 orang2 yang dizalimi. Siapa yang akan menjamin engkau?

Umar bin Abdul Aziz yang baru hendak tidur ketika itu, lantas terbangun.
Abdul Malik : Sesungguhnya Amirul Mukminin, kewajipanmu adalah untuk mengembalikan hak2 orang yang zalim, sedangkan engkau ingin tidur. Siapa yang akan jamin sehingga waktu Zohor jika engkau mati?
Umar bin Abdul Aziz bangun dan duduk. Beliau panggil anaknya dekat padanya dan cium kedua belah mata anaknya.
Umar bin Abdul Aziz : Segala puji bagi Allah yang mengeluarkan daripada zuriat aku orang yang menolong aku di atas ahkam aku.
Mentakbirlah khalifah Umar bin Abdul Aziz negara orang Islam selama 2 tahun 5 bulan 5 hari.
No comments:
Post a Comment