Tuesday, 30 December 2008

"Sugo"

Dapatkan Mesej bergambar disini
Dapatkan Mesej bergambar disini


Salam

Selamat Tahun Baru. Tahun Masihi. 2009. Huhu. Aku ingat nak post time tahun baru nanti tapi takpe la aku post yang ni awal sikit. Just nak promote abang aku buat testi ni ha. huhu. Memang smart gak a. Sugo untuk abang aku. Sugo ni maksudnya "telah bekerja dengan keras". Lebih kurang camtu la maksud dia. Sugo ni biasanya guna kat orang yang dah bekerja keras untuk hasilkan sesuatu kerja. Biasanya lepas orang dah siap buat kerja, kita sama ada kutuk or beri pujian. Tapi Sugo ni adalah alternatif lain selain kutukan atau pujian. Anyway, aku stop dulu kat sini. Esok ada exam Toron(debate) pulak. Adusss. Lain hari aku sambung.

형, 수고하셨습니다~!!
(hyeong, sugo hasheoss semnida)
[bro, well done]

keh3

Salam

Saturday, 27 December 2008

My View 1



Salam

Islam. Islam. Islam. Aku bersyukur pada Allah s.w.t atas limpah kurnia-Nya aku masih lagi diberi peluang, dan nikmat yang tak terhingga ni. Nikmat Islam. Islam ni agama aku sejak aku lahir. Kiranya aku ni antara orang yang beruntung la sebab dilahirkan dalam sebuah keluarga yang masih lagi percaya pada kalimah "Lailahaillallah Muhammadurrasulullah", mengerjakan solat lima waktu sehari semalam, membayar zakat, berpuasa di bulan Ramadhan, dan mengerjakan haji jika mampu. Alhamdulillah.

Aku bukannya orang alim ulama yang tahu banyak tentang agama ni. Aku mengaku aku masih lagi jahil. Aku mengaku aku masih lagi tak tahu apa2. Ilmu yang aku ada tentang Islam ni tak banyak. Aku pun bukannya nak bagi ceramah agama kat sini. Tapi apa yang aku cuba nak kongsi and sampaikan, adalah sesuatu yang perlu kita kongsi bersama.

Semua orang sedar. Semua orang perasan. Agama Islam ni makin lama makin lemah. Bukan kerana agama ni tak sempurna. Agama Islam ni memang aku akui, sepanjang aku kaji secara personally tentang agama2 lain jugak, tak diragui agama Islam ni agama yang paling benar dan paling hak dalam dunia ni. Hm. Ok, aku sambung balik. Aku petik sikit kata2 salah seorang pemimpin Melayu bertaraf dunia, Tun Dr. Mahathir Mohammad. Kata dia, "setiap apa2 masalah yang timbul, kita mulakan dengan sejarah. Kita kaji dulu sejarah2 lalu baru kita akan dapat jawapan." Lebih kurang macam ni jugak la beliau berkata. Huhu.

Ok2, kita tengok sejarah balik. Orang kata sejarah ni bosan la, itula ini la, tapi aku tetap suka sejarah. Sebab kita takkan dapat belajar setiap perkara tanpa sejarah. Kalau ikut sejarah Islam, Islam ni merupakan agama yang paling cepat berkembang pesat di dunia. Islam ni berkembang mula dengan penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w dari kota Mekah ke kota Madinah dan mencipta piagam bertulis pertama di dunia. Melalui kerajaan Madinah, Islam berkembang pesat sehinggalah berjaya menguasai 2/3 dunia. Khalifah pertama Islam adalah Rasulullah s.a.w sendiri dan yang terakhir ialah Sultan Mehmed IV iaitu Sultan terakhir kerajaan Turki Uthmaniyyah yang dijatuhkan oleh sistem sekular pimpinan Musteffa Kemal Attarturk.

Selepas itu dunia Islam tidak lagi diketuai oleh seorang khalifah tapi dipecah2kan kepada banyak negara seperti sekarang yang dikenali sebagai negara bangsa. Apa yang aku nak cerita sekarang, Islam ni dulu kuat. Tapi kerana seperti hadith Rasulullah s.a.w, umat Islam mula menjadi lemah dan ditindas.

Sabda Rasulullah s.a.w, "pada suatu masa nanti umatku akan menjadi seperti buih2 di lautan. Bilangan mereka ramai tapi mereka diserang penyakit wahn. Iaitu penyakit cintakan dunia dan takutkan mati."

Aku ringkaskan je hadith ni tapi isinya lebih kurang macam ni jugak. Memang betul, umat Islam sekarang dah lemah. Iman umat Islam sekarang sangat2 lemah. Hanya kerana umat Islam dah tinggalkan kerja2 dan tanggungjawab yang ditugaskan dalam al-Quran iaitu mengamalkan dan menyampaikan agama ini, serta berpesan2 pada kebaikan dan menjauhi kemungkaran, umat Islam kini menjadi umat yang ditindas.

Allah telah berfirman dalam al-Quran bahawa umat ini adalah umat yang terbaik. Tapi sedarkah kita, kita ni umat yang terbaik sedangkan kita ditindas? Kenapa kita ditindas? Sebab kita sendiri tidak mengamalkan agama Islam dalam kehidupan keseluruhannya. Benarkah kita ni umat Islam, umat yang terbaik? Kita sendiri patut fikirkan.

Zaman sekarang bila ada orang nak bercakap tentang agama, ramai yang ambil endah tak endah. Agama Islam sekarang ni seolah2 diyatimkan. Agama Islam dah menjadi yatim. Orang dah mula buang agama. Seolah2 tak ada sesiapa yang nak ambil agama ni sedangkan agama Islam adalah agama yang paling fitrah dan paling sesuai dengan manusia. Yang lebih teruk agama dipermain2kan. Sedih. Pilu. Kita terlalu teruk.

Tapi Alhamdulillah sekarang ni dah ramai mula sedar akan perkara ni. Ramai yang dah mula mengorak langkah perjuangkan agama. Melalui pelbagai cara. Tapi atas tujuan yang sama. Alhamdulillah Islam dah mula meningkat naik semula. Kita sebagai umat Islam, perlulah sedar akan perkara ni. Kita perlu turut serta membangunkan kembali agama ni. Meletakkan kembali agama ni di persada dunia. Ada orang yang cakap orang Islam ni nak menguasai dunia (dengan anggapan orang Islam ni gila kuasa). Betulkah? Memang Islam nak menguasai dunia. Tapi bukan kerana ketamakan. Tapi kerana ini adalah tanggungjawab setiap muslim untuk memakmurkan alam ini, untuk menyampaikan risalah agama Islam.

TANGGUNGJAWAB. Jika umat Islam tak laksanakan tanggungjawab ni, Astaghfirullah, Allah akan soal kita atas apa yang kita dah lakukan. Orang2 kafir akan tuntut kembali hak2 mereka. Kenapa kita tak sampaikan sedangkan kita tahu kebenaran.

Hm. Ada satu kekesalan dalam hati aku. Kebanyakan umat Islam ni sentiasa anggap "alah, muda2 ni kita enjoy la dulu. Dah tua nanti taubat la. "Ramai yang anggap mudah. Tapi sebenarnya aku nak terangkan kat sini;

1. Kat akhirat Allah akan soal kita, apa yang dah kita lakukan masa muda kita. Adakah kita ada tolong agama Islam?

2. Sempat ke kita hidup sampai ke tua? Lagipun bila dah tua cornfirm la kita susah nak belajar balik ilmu2 agama ni. Yela, otak dah karat.

3. Kalau kita mati masa tu dalam keadaan kita buat maksiat macam mana?

4. Masa kita mati, confirm ke kita dapat ucap kalimah Lailahaillallah Muhammadurrasulullah? Kalau kita tak dapat ucap macam mana?

Seharusnya kita sedar perkara ni. Agama ni agama kita. Kita setiap orang yang mengaku Muslim perlu bantu naikkan balik agama ni. Anggap lah agama ni "agama saya". Bila kita anggap macam ni, macam la kita anggap "ini kereta saya". Mesti kita nak jaga betul2. Ada yang anggap bila kawan2 kita dah buat kerja2 agama ni, kita nak letak tanggungjawab tu kat kawan kita je. Sedangkan itu tangunggjawab kita jugak. Ingat, kita semua akan disoal.

Bukannya nak memaksa tapi sekadar untuk mengingatkan. Moga Allah beri kita petunjuk dan hidayah atas kemahuan-Nya. Tapi kita juga perlu berusaha untuk dapat kan hidayah Allah. Insya Allah kita akan terus dipimpin di atas jalan lurus ni. Islam.

Lailahaillallah Muhammadurrasulullah

Friday, 26 December 2008

Cerita Sekolah

Salam

Aku dah agak lama jugak la tak tulis kat blog aku ni. Awal2 memang nampak macam semangat je nak berblogging last2 tah apasal tah jarang update pulak. Ada banyak sebenarnya aku nak cerita kat sini sebenarnya tapi tu la, takde rezeki nak buat macam mana. Haha. Takpe2 la ni aku start la bukak cerita sikit. Aku pun takde idea gak sebenarnya. Huhu.

Aku ada la jugak terbaca blog dari salah sorang member aku. Dia ada kritik2 jugak la kat budak2 batch kitorang ni. Kritik pasal apa? Pasal adab belajar. Bila aku baca, aku sokong jugak la. Haha. Sebab memang betul la apa yang dia cakap tu. Tak salah pun.

Okla, apa yang member aku ni cerita? Sebelum aku bukak cerita, biarla aku cerita dulu situasi yang sebenarnya.

Situasi 1 : "Sonsaengnim (ni panggilan untuk cikgu dalam bahasa korea), boleh habis awal tak hari ni?"

Situasi 2 : "Sonsaengnim, kurangkanla sukje (kerja rumah) hari ni." @ "sukje takde kan hari ni?"

Situasi 3 : "Sonsaengnim, sukje saya tertinggal.." sambil tersengih2

Situasi 4 : "Kena jae(jaesihom/ulang exam) lg.." juga sambil tersengih2

Ikot situasi kat atas ni, ada yang aku cilok dari blog member aku ni. Ada jugak aku tambah sikit2. Kenapa aku nak cakap pasal benda ni? Sebab memang la aku takde idea. Tapi sebab lain, aku pun pernah terfikir gak pasal benda ni. Tambah2 member aku ni dah create dulu topik ni. Aku pun join la sama menyokong kritikan pedas member aku ni.

Dah nama pun kritikan so memangla tujuannya untuk membina. So pandai2 je la terima. Aku bukan nak kata apa. Sebab aku pun pernah gak buat benda2 macam ni..Kira menyesal jugak la bila fikir balik. Tapi yang dah lepas tu kita ambik la jadikan pengajaran. Aku mengaku jugak la maybe ada jugak di antara kita yang rasa benda ni satu gurauan. Tapi kita kena jugak la fikir, cikgu2 kita tu semua orang korea. Macam la diorang faham sangat perangai budak malaysia ni. Kita kena la jugak fikir perasaan diorang.

Okla, aku malas nak kupas pasal benda ni sebab member aku ni dah kupas dah. Tapi aku sebenarnya cukup sabar jugakla bila part tidur dalam kelas ni. Part tidur dalam kelas seriously aku tak suka. Benda ni memang agak lama jugak la aku perhati dan usha. Okla tak semua manusia ni complete kan. Aku pernah jugak sekali dua tertidur dalam kelas. Sebab aku tak tahan sangat, letih sangat. Tu pun sekali dua je la. Sebab apa aku tak tidur time2 lain? Aku pun selalu jugak tidur lambat. Pukul 1,2 pagi camtu. Tapi aku jarang sangatla tidur dalam kelas ni. Aku cukup tak suka. Kalau ada yang nampak aku tertidur dalam kelas tu, tu tandanya aku memang tengah letih gila2 punya la. Sampai aku dah tak mampu nak celik mata.

Aku bukannya nak mendewa or membangga diri. Tapi sebab aku fikir jugakla. Kita ni dah la orang Islam. Dulu pun dah belajar adab2 belajar. Semua orang pun tahu la, kalau nak belajar ni, ada adab2 dia. Tak kisah la Islam ke bukan Islam semua mesti akan kata "HORMAT cikgu". Benda ni kalau kita tak belajar pun dah memang jadi common sense.

Aku pun malas nak hurai panjang lebar. Tapi nak dijadikan cerita, sesiapa pun yang nak menuntut ilmu ni, jaga la adab2. Faham la perasaan cikgu. Cuba korang bayangkan korang jadi cikgu yang mengajar kat depan tu. Dah la tengah penat2 bercakap and mengajar, pastu bila nak mintak respons daripada pelajar je, kebanyakannya akan bagi respons yang tak bermaya. Kebanyakannya tidur dalam kelas, malah ada yang tidur terlalu ekstrem. Aku tengok cikgu2 ni kesian la jugak. Diorang punya la berusaha nak menceriakan kelas, last2 kita buat macam tak hargai pulak usaha diorang tu. Tambahan, cuba bayangkan lagi masa korang tengah mengajar tu, masa tu dalam kelas 80% pelajar tengah buat muka ngantuk, ada yang tersengguk2, lemah tak bermaya je.

Aku mengaku la aku pun muka ngantuk jugak. Tapi seboleh2nya aku tak nak la tidur masa dalam kelas. Aku memang bukan top student tapi kalau kita pandai mana pun, kalau tak beradab, tak guna jugak. Kita semua pun dah besar, dah pandai fikir sendiri. Buat yang selalu tidur dalam kelas tu, cuba2 la baiki diri tu. Kalau tak nak tidur dalam kelas, cuba la tidur awal ke malam tu. Kurangkan duduk depan komputer. Ye la, maybe la komputer ni bg efek jugak. Bagi mata cepat letih kan.

Lastly, kita ni orang Islam selalu nak Islam ni tersebar and orang lain terima agama kita. Tapi kalau kita sendiri pun dah perangai macam ni, nauzubillah. Moga Allah sentiasa tunjukkan kita jalan yang lurus. Amin.

Friday, 12 December 2008

Umar ibn Abd Al-Aziz (Part III)

Masuk hari kedua pentadbiran khalifah Umar bin Abdul Aziz, beliau berucap di hadapan orang ramai.

Umar bin Abdul Aziz : Wahai manusia. Tidak ada kitab selepas al-Quran dan tidak ada nabi selepas Muhammad (s.a.w.). Aku bukan penentu hukum tetapi aku ialah pelaksana hukum Allah. Aku bukan orang bidaah tetapi aku hanyalah orang yang mengikut sunnah. Aku bukanlah orang yang paling baik di kalangan kamu sedangkan aku ialah orang yang paling berat tanggungannya di kalangan kamu. Aku mengucapkan ucapanku ini sedangkan aku tahu aku ialah orang yang paling banyak dosanya di sisi Allah.

Lalu beliau duduk dan menangis. Segala menterinya semua tunggu. Kemudian beliau berkata,

Umar bin Abdul Aziz : Alangkah besarnya ujian Allah kepadaku.

Khalifah Umar pulang ke rumah. Beliau duduk sambil kedua belah tangannya memegang pipinya. Lalu Isterinya bertanya,

Isteri : Apa yang Amirul Mukminin tangiskan?
Umar bin Abdul Aziz : Wahai isteriku. Aku telah diuji oleh Allah dengan jawatan ini dan aku sedang teringat orang2 yang miskin; aku teringat ibu2 yang janda, anaknya ramai tetapi rezekinya sedikit; aku teringat orang2 dalam tawanan; aku teringat para bukharaq kaum Muslimin; aku tahu bahawasanya mereka kesemuanya ini akan berdiri dan akan mendakwaku pada hari kiamat kelak. Dan aku bimbang, aku tak dapat menjawab hujah2 mereka sebagai khalifah, kerana aku tahu yang menjadi pembela bagi pihak mereka adalah Rasulullah (s.a.w.).

Menangis khalifah Amirul Mukminin Umar bin Abdul Aziz, menangis isterinya. 2 tahun 5 bulan beliau memerintah negara Islam, bertukar keseluruhannya sehingga tidak ada orang yang berhak menerima zakat. Sehingga terpaksa duit hasil kutipan zakat tersebut diiklan barangsiapa yang tidak mempunyai duit untuk berkahwin, sila datang ambil duit tersebut untuk melangsungkan perkahwinan.

Ajaib pemerintahannya. Khalifahnya tidak kaya tetapi rakyatnya senang. Diriwayatkan ketika seorang ingin berjumpa dengan khalifah Umar, sewaktu beliau tiba di rumah khalifah Umar, beliau tidak dapat jumpa rumah khalifah kerana sangkaannya rumah khalifah pasti sebuah istana yang besar. Beliau ternampak seorang wanita dan lelaki yang lusuh pakaiannya. Lalu beliau bertanya kepada wanita tersebut.

Si fulan : Assalamualaikum. Di manakah istana khalifah Umar? Bolehkah saya berjumpa dengannya?
Wanita : Di sinilah rumahnya dan lelaki itulah khalifah Umar.

Lelaki tersebut terkejut kerana melihatkan keadaan seorang pemimpin tanah jajahan yang besar berada dalam keadaan yang begitu zuhud.

Namun, pada hari khalifah Umar bin Abdul Aziz hampir pada ajalnya, ketika umurnya baru 36 tahun, pada waktu itu beliau sedang sakit. Harta2nya kesemuanya dikembalikan kepada perbendaharaan negara. Kemudian pembesarnya berkata.

Pembesar : Wahai Amirul Mukminin, tidakkah engkau ingin mewasiatkan sesuatu kepada anak2mu?
Umar bin Abdul Aziz : Apa yang ingin aku wasiatkan? Aku tidak memiliki apa2.
Pembesar : Mengapa engkau tinggalkan anak engkau dalam keadaan anak2 engkau tidak memiliki?
Umar bin Abdul Aziz : Anak2ku, jika mereka orang2 yang soleh, Allahlah yang menguruskan orang2 yang soleh. Jika mereka ini orang2 yang tidak soleh, aku tidak ingin meninggalkan hartaku pada tangan orang2 yang menderhakai Allah. Lalu menggunakan hartaku untuk menderhakai Allah.

Kemudian khalifah Umar memanggil semua anak2nya lalu berkata.

Umar bin Abdul Aziz : Wahai anak2ku, sesungguhnya bapamu telah diberi dua pilihan. Yang pertama menjadikan kamu semua kaya dengan menggunakan wang negara dan bapa kamu masuk ke dalam neraka. Yang kedua kamu semua menjadi miskin seperti sekarang, tetapi bapa kamu masuk ke dalam syurga kerana dia tidak menggunakan wang rakyat. Sesungguhnya wahai anak2ku, aku telah memlih syurga.

Diriwayatkan selepas khalifah Umar bin Abdul Aziz meninggal, anak2 beliau tidak berharta seperti anak2 gabenor yang lain dan khalifah sebelumnya. Tetapi selepas jatuhnya Bani Umaiyah, anak2 Umar bin Abdul Aziz adalah keturunan dan golongan yang kaya raya hasil daripada rezeki yang Allah kurniakan kepada mereka. Dan berlainan pula anak2 setiap khalifah yang diwasiatkan harta selepas kematian ayah mereka, mereka menjadi miskin dan susah kemudiannya.

Umar bin Abdul Aziz dianggap sebagai mujaddid kurun pertama. Diriwayatkan Nabi pernah bersabda kepada Adi ibn Hatim,
"Adi. Barangkali yang menghalang kamu memasuki Islam adalah kerana kemelaratan dan kemiskinan kaum Muslimin. Akan tiba suatu masa nanti di mana tiada kaum Muslimin yg layak menerima zakat kerana kekayaan yang mereka miliki"

Zaman tu adalah zaman pemerintahan Umar ibn Abd Aziz.

Umar ibn Abd Al-Aziz (Part II)

Diriwayatkan pula sewaktu khalifah Sulaiman sedang nazak, ahli keluarga Bani Umaiyah semuanya sedang menunggu siapakah yang akan menjadi khalifah yang seterusnya. Sulaiman bin Abdul Malik, pada hari sakitnya, beliau mempunyai seorang penasihat dan menteri yang baik bernama Roja' ibn Haiwah. Soleh orangnya. Ketika sedang sakit, khalifah Sulaiman bertanya kepada penasihatnya.

Sulaiman bin Abdul Malik : Aku sedang berfikir, bagaimana hendak aku menyerahkan urusan pentadbiran kaum Muslimin selepas ketiadaanku nanti.
Roja' ibn Haiwah : Wahai Amirul Mukminin, antara perkara yang boleh menyebabkan engkau dijaga di dalam kubur, selamat engkau di dalam kubur, dan engkau diberikan syafaat oleh Allah di akhirat; kau tinggalkan untuk orang Islam, khalifah yang adil.
Sulaiman bin Abdul Malik : Siapa?
Roja' ibn Haiwah : Aku nampak Umar bin Abdul Aziz, sepupumu.
Sulaiman bin Abdul Malik : Hulurkan aku surat untuk aku menulis.

Khalifah Sulaiman bin Abdul Malik mewasiatkan Umar bin Abdul Aziz menjadi khalifah dan selepas itu beliau mengumpulkan semua gabenor2, pembesar2 Bani Umaiyah berbaiah kepada beliau, berjanji setia, sebelum beliau mati.

Sulaiman bin Abdul Malik : Kamu akan taat kepada khalifah yang ada dalam surat ini.

Tiada siapa pun tahu. Semua orang terus taat. Selepas meninggal sahaja khalifah Sulaiman bin Abdul Malik, semua berpuluh2 ribu orang berkumpul di dalam masjid untuk mengetahui siapa khalifah seterusnya. Segala anak2 khalifah serta gabenor2 dan pembesar2 juga turut berkumpul. Roja' ibn Haiwah naik dan selepas beliau berucap, beliau pun memanggil Umar bin Abdul Aziz.

Roja' ibn Haiwah : Bangkit wahai Amirul Mukminin. Engkaulah orang yang disebutkan di dalam surat ini.

Semua orang terdiam. Amirul Mukminin Umar bin Abdul Aziz tak dapat nak bangun. Namun beliau gagahkan diri untuk naik dan berdiri di hadapan orang ramai.

Umar bin Abdul Aziz : Wahai manusia. Sesungguhnya jawatan ini diberikan kepadaku tanpa bermesyuarat denganku dan tanpa pernah aku memintanya. Dan juga tidak pernah bermesyuarat dengan kamu semua. Sesungguhnya aku mencabut baiah setia di tengkuk2 kamu. Pilihlah siapa yang kamu mahu.

Orang ramai mula riuh.

Orang ramai : Kami tak mahu, kami mahu engkau. Engkau telah dipilih dan dilantik. Kami baiah engkau.

Lalu Umar pun diangkat menjadi khalifah. Lemah semangat beliau. Takut. Beliau menangis. Kemudian kenderaan khalifah dibawa masuk untuk membawanya pulang. Tetapi beliau menolak. Semua pemberian yang diberikan, semuanya beliau tolak.

Diceritakan semasa beliau pulang ke rumah, Beliau sedang pening memikirkan urusan dunia Islam yang sangat besar pada waktu itu. Beliau berfikir hingga penat kerana keletihan menguruskan jenazah khalifah Sulaiman. Anak beliau yang berumur 15 tahun masuk ketika beliau hendak tidur. Nama anaknya Abdul Malik.

Abdul Malik : Apa yang sedang engkau buat wahai Amirul Mukminin?
Umar bin Abdul Aziz : Wahai anakku, ayahmu terlalu letih menguruskan jenazah bapa saudaramu, Sulaiman. Dan ayahmu tidak pernah merasa keadaan yang mana tubuh berasa begitu penat lebih pada waktu ini dengan jawatan.
Abdul Malik : Jadi apa yang engkau akan buat wahai ayah?
Umar bin Abdul Aziz : Ayah akan tidur sekejap sehingga masuk waktu Zohor. Nanti ayah akan keluar untuk solat bersama orang Islam.
Abdul Malik : Ayah, wahai Amirul Mukminin, siapa yang menjamin untuk Amirul Mukminin hidup sehingga waktu Zohor? Sedangkan sekarang adalah kewajipan Amirul Mukminin untuk pergi mengembalikan hak2 orang2 yang dizalimi. Siapa yang akan menjamin engkau?

Umar bin Abdul Aziz yang baru hendak tidur ketika itu, lantas terbangun.

Abdul Malik : Sesungguhnya Amirul Mukminin, kewajipanmu adalah untuk mengembalikan hak2 orang yang zalim, sedangkan engkau ingin tidur. Siapa yang akan jamin sehingga waktu Zohor jika engkau mati?

Umar bin Abdul Aziz bangun dan duduk. Beliau panggil anaknya dekat padanya dan cium kedua belah mata anaknya.

Umar bin Abdul Aziz : Segala puji bagi Allah yang mengeluarkan daripada zuriat aku orang yang menolong aku di atas ahkam aku.

Mentakbirlah khalifah Umar bin Abdul Aziz negara orang Islam selama 2 tahun 5 bulan 5 hari.


Umar ibn Abd Al-Aziz (Part I)

Salam

Siapa dia Umar bin Abdul Aziz ni? Takpe, try baca kisah bawah ni.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Dikisahkan semasa zaman pemerintahan Khalifah Saidina Umar al-Khattab (r.a.), beliau sering melakukan rondaan pada waktu malam untuk mengetahui hal ehwal rakyatnya. Beliau khuatir jika ada dikalangan rakyatnya yang berada dalam masalah ataupun kesengsaraan. Seperti biasa pada suatu hari sedang beliau melakukan rondaan, beliau tiba di satu rumah dan terdengar dialog antara seorang gadis dengan ibunya. Berikut adalah dialog tersebut.

Ibu : Masukkanlah air ke dalam susu ini sebelum waktu fajar.
Gadis : Tidak ibu, jangan. Bukankah Amirul Mukminin telah melarang akan perkara ini. Supaya jangan dicampurkan air dengan susu.
Ibu : Orang lain juga buat.
Gadis : Tapi kita tak boleh buat.
Ibu : Jika kita buat pun, bukannya semua perkara Amirul Mukminin boleh tahu.

Dan kata-kata yang masyhur keluar dari mulut gadis tersebut. Katanya,

Gadis : Jika Amirul Mukminin tak nampak, Tuhan Amirul Mukminin nampak.

Umar al-Khattab yang telah mendengar dialog ini, beliau menangis. Beliau menangis kerana mengenangkan baiknya gadis ini. Lantas Umar memangkah pintu rumah tersebut bukan untuk menghukum ibu tersebut kerana berhajat melakukan kesalahan tetapi untuk datang semula keesokkan harinya. Lalu Khalifah Umar pun pulang ke rumah beliau. Diriwayatkan bahawa Khalifah Umar al-Khattab mempunyai seorang anak lelaki yang bernama Asim. Beliau pulang ke rumah dan berkata kepada anaknya.

Umar : Wahai Asim, kau pergilah ke rumah (sekian2) dan berkahwinlah dengan anak gadis dari dalam rumah tersebut. Aku mengharapkan Allah mengeluarkan daripada gadis ini, satu orang tokoh yang akan memimpin orang2 Arab dan orang2 Islam.

Asim merupakan anak yang taat lalu beliau pun pergilah berkahwin dengan gadis tersebut. Lalu mereka berkahwin dan dikurniakan seorang anak perempuan yang diberi nama Laila. Setelah dewasa, Laila berkahwin pula dengan seorang bangsawan daripada kalangan keluarga Bani Umaiyah yang bernama Abdul Aziz, seorang gabenor Mesir. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan pula seorang anak yang diberi nama Umar.

Umar bin Abdul Aziz dibesarkan dalam suasana yang mewah. Bapanya seorang gabenor. Bapa saudaranya pula seorang khalifah Bani Umaiyah yang memimpin ketika itu. Tetapi kecenderungan beliau lebih pada ilmu fikh, ilmu hadith dan beliau memohon daripadanya untuk belajar ilmu tersebut dengan ulama2 di Madinah. Beliau menetap di Madinah dan dilantik menjadi gabenor di situ. Orang2 Madinah juga sayang akan beliau.

Diriwayatkan Umar bin Abdul Aziz merupakan seorang yang sangat tawakkal kepada Allah. Beliau tidak pernah mengharapkan untuk menjadi seorang khalifah. Semasa zaman Sulaiman bin Abdul Malik, sepupu beliau, Umar sangat rapat dengan khalifah Sulaiman. Ke mana2 sahaja Umar pergi akan ajak Sulaiman bin Abdul Malik. Kerajaan Bani Umaiyah pada waktu itu juga sangat kuat. Diceritakan pada waktu itu, 1/4 dunia sudah menjadi jajahan orang2 Islam.

Pada suatu hari, Umar dibawa oleh khalifah Sulaiman ke markas tentera. Tentera Bani Umaiyah pada waktu itu sangat ramai, hebat dan mengagumkan. Pada waktu itu khalifah berjalan di hadapan tenteranya yang hebat lalu beliau bertanya kepada Umar bin Abdul Aziz atas niat supaya beliau melihat kehebatan kerajaan keluarga mereka, Bani Umaiyah.

Sulaiman bin Abdul Malik : Apa yang sedang engkau lihat wahai Ibnu Abdul Aziz?
Umar bin Abdul Aziz : Aku sedang lihat dunia itu sedang memakan antara satu sama lain. Dan engkaulah orang yang dipertanggungjawabkan yang akan disoal oleh Allah mengenainya.
Sulaiman bin Abdul Malik : Kau tidak kagumkah dengan pemerintahan kita ini?
Umar bin Abdul Aziz : Bahkan yang paling hebat dan mengagumkan ialah orang yang mengenali Allah kemudian menderhakainya, mengenali syaitan kemudian mengikutnya, mengenali dunia kemudian ia condong kepada dunia.

Mungkin jika kita berkata begitu tidak menyenangkan hati seorang pemimpin. Tetapi khalifah Sulaiman bin Abdul Malik sangat kagum dengan kata2 Umar bin Abdul Aziz.

Letter from Umar Bin Abdul Aziz to Hasan Al-Basri

From Omar to Hassan Al Basri.
Summarize for me what is Life and what is the Hereafter.
life is a dream (Mirage)
The hereafter is the real life (eternity )
Death is something is between( transition)
And we are in a deep dream
whoever questions himself is a winner
and Whoever neglects questioning himself loses.
And whoever foresees the consequences before they happen escapes harmimg himself.
Whoever led by his evil desire goes ashtray(misleads himself).
Who deep thinks about things wins.
Whoever does not jump into harm way save does not get hurt.
Whoever anticipates and read the future foresees where he will end up.
When you will be able to read the future ,you will understand the meaning of life..and when you understand life you become knowledgeable and when you become knowledgeable and you will know what to do.
If you do some mistakes ,easily you can correct yourself.
And if you regret doing things you wished not doing them.Stop doing them in the future.
If you stumble into something you don't know ,then just ask.
And if you get angry do not act emotionally and control yourself.


I hope this will help you.

This letter was sent from the Judge Hassan Al Basri to the king Omar Ibn Aziz who was looking for advice.


Mathematics of Hazrat Ali (R.A)

One Day a person came to Ali (R.A),
thinking that since Ali thinks he is too
smart, I'll ask him such a tough
question that he won't be able to answer
it and I'll have the chance to embarrass
him in front of all the Arabs. He asked
'Ali, tell me a number, that if we
divide it by any number from 1-10 the
answer will always come in the form of a
whole number and not as a fraction.'
Hazrat Ali Looked back at him and said,
'Take the number of days in a year and
multiply it with the number of days in a
week and you will have your answer.'
The person got astonished but as he was
a Mushrik he still didn't believe Ali
(R.A). He calculated the answer Ali
(Razi Allaho Taala) gave him. To his
amazement he came across the following
results:
The number of Days in a Year = 360 (in
Arabic Calendar)
The Number of Days in a Week = 7
The product of the two numbers = 2520
2520 divide by 1 = 2520
2520 divide by 2 = 1260
2520 divide by 3 = 840
2520 divide by 4 = 630
2520 divide by 5 = 504
2520 divide by 6 = 420
2520 divide by 7 = 360
2520 divide by 8 = 315
2520 divide by 9 = 280
2520 divide by 10= 252

One day a person came to Ali (R.A). He
was planning to ask Ali (R.A) such a
question which would take Ali (R.A) a
long time to answer and because of that
his Maghrib Prayers would be delayed. He
asked, 'Ali you say you know everything
in the world, then tell me which animals
lay eggs and which animals give birth to
their young ones Hazrat Ali (R.A) looked
back at him smiled and said, 'The
animals who have their 'EARS' outside
their body give birth to their young
ones and the animals who have their
'EARS' inside their body lay eggs.'

A person was about to die, and before
dying he wrote his Will which went as
follows 'I have 17 Camels, and I have
three sons. Divide my Camels in such a
way that My eldest son gets half of
them, the second one gets 1/3rd of the
total and my youngest son gets 1/9th of
the total number of Camels' After his
death when the relatives read his will
they got extremely perplexed and said to
each other that how can we divide 17
camels like this? So after a long hard
thought they decided that there was only
one man in Arabia who could help them:
'Ali Ibne Abi Taalib.' So they all came
to the door of Ali (R.A) and put forward
their problem.
Hazrat Ali (R.A) said, 'Ok. I will
divide the camels as per the man's will.'
He said, 'I will lend one of my camels
to the total which makes it 18
(17+1=18), now lets divide as per his will'
The Eldest gets 1/2 of 18 = 9
The second one gets 1/3 of 18 = 6
and The Youngest gets 1/9 of 18 = 2
Now the total number of camels = 17
Then Hazrat Ali (R.A) said, 'Now I will
take my Camel back.'
This was the genius that Hazrat Ali(R.A)
was in his time.

Wednesday, 10 December 2008

Aku dan Cuti

Salam

Aku ni baru balik sebenarnya. Baru balik dari macam2 tempat yang aku pergi. Bila cuti sampai je, biasanya orang akan plan macam2 nak pergi sana pergi sini. Macam biasa lah. Aku pun ada plan aku yang tersendiri. So dah 4,5 hari aku melalui cuti lepas exam ni, aku nak kongsi la apa sebenarnya yang aku buat sepanjang hari tu.

Jumaat, 5 Disember 2008

Hari Jumaat ni hari kitorang grad level 5. Class aku ada la buat persembahan. Nyanyi sikit2 pastu makan2. Kitorang sambut sekali majlis perpisahan dengan Kim Sonsaengnim (cikgu) sebab dia nak stop mengajar kejap. Aku dapat result Bahasa Korea aku sekali dengan Kelas Math & Science aku. Bahasa Korea aku macam biasa la result macam tu je. Tak naik tak turun. Cukup untuk aku lepas hidup kat Korea ni. Alhamdulillah. Tapi result kelas petang aku agak memberangsangkan. Huhu. Aku memang awal2 dah target nak concentrate kat kelas petang ni lagi2 Fizik sebab Bahasa Korea memang aku dah malas dah asalnya. Haha. Alhamdulillah akhirnya aku dapat 2A 2B+. Fizik dan Math1 aku dapat A, Math2 dan Kimia aku alhamdulillah dapat B+. Bahasa Korea, lain cerita. Haha.

Petang lepas Solat Jumaat aku pergi Jongno teman budak Chinese nak beli gitar. Aku teman Yan je. Mahaguru gitar batch kitorang. Haha. Lepas tu malam sikit kitorang semua sama2 gerak pergi Teokpukki Town. Agak sedap gak la rasa Rapokki diorang. Kira berbaloi la walaupun menempuh cuaca yang sangat sejuk. Huhu.

Aku lupa sesuatu tentang hari Jumaat ni. Tarikh 5 Disember sebenarnya tarikh ulangtahun perkahwinan Parents aku. So di kesempatan ini sekali lagi aku nak ucapkan Selamat menyambut ulangtahun perkahwinan yang ke-35, mak ayah..

Sabtu, 6 Disember 2008

Pagi Sabtu yang sejuk membuatkan aku malas nak bangun pagi. Tapi aku paksa diri jugak la untuk bangun. Sebab hari ni aku nak pergi keluar 3 hari. Apadia keluar 3 hari ni? Lain kali la aku terangkan. Tapi aku masa ni tidur kat rumah Yan. Aku dengan Yan pagi2 lagi dah gerak pergi masjid kat Itaewon. Rasa malas mula2 tu tak payah cakap la. Orang semua tengah nyenyak tidur pagi2 tu. Lagi2 sejuk macam ni memang sedap tidur. Pekena kopi pulak apatah lagi. Memang sedap. Tapi macam biasa paksa diri je la. Masa aku sampai kat sana dah ada Matki, Keri, Lukman Hakim dengan Aminnur. Alhamdulillah campur kitorang dua orang dah jadi 6 orang. Kira ok la tu. Lepas Zohor kitorang buat Bayan then terus gerak pergi subway. Kitorang gerak ke masjid kat Machondong. Milik orang Sri Lanka.

Dalam sejam perjalanan naik subway, mulanya kitorang tak dapat cari jalan ke masjid tu. Las2 lepas call balik orang masjid alhamdulillah akhirnya dapat jugak kitorang tiba ke destinasi. Kitorang letak beg kemas sikit2 pastu mulakan aktiviti kitorang kat masjid. Biasanya kitorang buat ziarah rumah orang Islam tiap2 hari dalam program ni. Nanti ada masa aku cerita la pulak apa benda sebenarnya keluar 3 hari ni. And sebab aku pilih ikut program ni.

Ahad, 7 Disember 2008

Hari ni baru sehari aku melalui program ni. Hari jugak merupakan hari Wukuf. Sepatutnya kalau boleh kita puasa hari ni. Tapi aku lupa. Huhu. Lepas masuk waktu Israk, aku dengan budak lain tidur balik. Huhu. Tapi dalam syok2 tidur sementara tunggu program seterusnya tu, satu perkara terjadi. Masya Allah, subhanallah, memang kuasa Allah. Hari Wukuf ni turun pulak salji pertama kat Korea. Hari tu ada turun sekali salji tapi salji kejap and kecik2 je. Aku rasa tu tak dikira salji pertama. Haha. Tapi memang kuasa Allah salji turun hari ni. Aku hanya terpegun memikirkan perkara ni. Tengok kecantikan salji turun. Ada jugak sekali aku keluar kejap dengan member2 tengok sendiri and alami sendiri salji tu turun. Agak seronok jugak. Tapi bila aku fikir balik masuk ni kali kedua aku nampak kebesaran Allah ka Korea ni. Hari ni Allah turunkan salji masa hari Wukuf. Kali pertama masa bulan Ramadhan hari tu.

Aku cerita sikit. Masa bulan Ramadhan hari tu, aku ingat lagi. Aku rancang nak pergi Qiamullail kat masjid masa malam 27. Sebab Rasulullah S.A.W pernah bersabda (bunyi lebih kurang macam ni la) kalau kita tak mampu nak cari malam lailatulqadar dalam setiap hari bulan Ramadhan, cari lah dalam hari yang ganjil. Kalau tak mampu jugak, carik dalam sepuluh malam terakhir. Kalau tak mampu jugak cari dalam malam ke-27. So aku buat apa yang aku mampu aku cari dalam malam ke-27. Malam lailatulqadar ni memang kita tak tahu bila terjadi. Tapi wallahualam aku pun tak sure betul ke tak malam 27 hari tu betul2 terjadi tapi masa malam 27 nak dijadikan cerita, suhu kat Seoul tiba2 jadi sejuk. Tak macam malam2 yang lain mahupun malam sebelumnya. Allahuakbar, aku bersyukur dapat melihat kebesaran Allah. Moga Allah tak tarik nikmat yang aku dapat ni. Amin.

Isnin, 8 Disember 2008

Hari Raya Qurban. Aku still ada lagi kat Masjid Dongam ni. Sambut raya kat sini. Bersama dengan orang2 dari Sri Lanka. Aku sempat hantar mesej kat ayah tapi reply mesej yang ayah balas kat aku tu aku dapat just mesej tu kosong. Maybe sebab panjang sangat so mesej tu tak keluar. Aku pun tak dapala mesej tu. Hampa jugak la tapi nak buat macam mana. Kitorang semua takbir raya sama2 and kitorang harungi satu hari tu macam biasa. Tak ada apa yang special melainkan hari tu Hari Raya Qurban.

Selasa, 9 Disember 2008

Hari last kitorang untuk program 3 hari ni. Banyak yang aku belajar. Selain daripada tu benda ni merapatkan lagi ukhwah antara kitorang. Alhamdulillah. Lepas Zohor kitorang berkemas and bertolak pulang ke kampung halaman. Haha. tapi dalam perjalanan pulang tu timbul pulak idea dari benak salah seorang daripada kami untuk melawat Seoul Olimpik Park. Sebab dalam perjalanan pulang tu subway yang kitorang naik lalu Stesen Seoul Olimpik Park. So kitorang pon on je la.

Sampai kat Olimpik Park tu, tak banyak yang kitorang dapat lawat. Tempat tu dibuka masa Seoul anjurkan Sukan Olimpik 1988. So sekarang dah dijadikan Park untuk orang awam bersenam semua la. Fasiliti kat situ memang terbaik jugak la. Aku memang kagum dengan orang Korea ni sebab diorang dapat maju macam ni walaupun diorang merdeka awal sikit je daripada negara kita Malaysia. Kitorang jalan2 kejap kat situ. Agak cantik jugak tapi takde kamera pulak so dapat tengok2 je la.

Balik tu kitorang pergi Sillim untuk sambut birthday Yan. Yan belanja kitorang Krispy Krim then lepas tu aku grak rumah Yan. Lepas solat Maghrib aku tertidur sebab letih sangat. Aku tak sempat balik sebab aku bangun pun pukul 12 malam. Tak sempat aku pergi open house Daerim. Huhu.

Rabu, 10 Disember 2008

Aku bergerak pulang ke rumah. Hari ni takde apa2 and memang aku rancang nak rehat2 je. Kalau orang ajak pun aku malas keluar. Haha. Tapi bila aku bukak Fantasy aku je aku terkesima (haha) sebab point aku agak tinggi minggu ni. Nasib aku letak Vidic captain aku. Huhu. Gerrard pulak score. Memang nasib aku baik la. Haha.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Cukup takat ni. Insya Allah kalau ada apa2 lagi yang menarik aku kongsi lagi. Huhu.

Salam, peace.

Thursday, 4 December 2008

Haha..entahla..entahla..

entahla..entahla..aku pun tak tahu nak cakap apa. bukan bermaksud aku tak boleh bercakap tapi sebab aku memang nak jadi bloggers dari awal tp disebabkan kemalasan yang terlampau so aku baru buat satu komen je. hahahaha. tapi takpe. aku pun baru je habis exam pagi tadi. exam level 5 bahasa korea. sebab apa aku start lepas level 5 habis. kenapa tak start masa level 3 ke 4 ke? sebab JPA punya pointer ambik sampai level 5 je. so level 6 nanti boleh a aku lepak2 sikit. so insya Allah start hari ni aku akan start berblogging. huhu. anyway, good luck untuk aku and sesape je la yg sudi lawat page aku ni. haha. peace.