Wednesday 27 January 2010

Hakikat Hidup di Matriks Dunia

Salam. Post ini di ambil dari blog mistisfiles menerusi kolum tazkirah. Ada link di sebelah kanan blog ini iaitu Tazkirah 2. Jazakallah.





Kita hidup di dunia ini sementara.Tiada manusia yang hidup kekal abadi dalam dunia ini.Malah dunia ini pun akan musnah.Jika ada manusia yang hidup melebihi usia dunia ini,maka apabila bumi ini musnah,orang tadi akan jatuh melayang-layang di alam semesta kerana tiada lagi bumi yang dapat menampung tubuhnya dan segala nafsu serakahnya.

Setiap manusia di dunia telah Allah s.w.t tentukan soal rezeki,jodoh dan mautnya.Semuanya di dalam pengetahuan Allah Yang Maha Mengetahui.Setiap pergerakan makhluknya berada dalam ilmu Allah s.w.t.Apa yang makhluknya mahu dan fikirkan,semua itu telah diketahui dahulu oleh Allah Azza Wa Jalla.Walaupun makhluknya tadi tinggal di dalam batu yang diselimuti rumpai tebal di dasar laut yang kelam di waktu malam gelap yang mendung tiada berbintang,semua itu masih berada di dalam pengetahuan Allah s.w.t.Begitu juga soal rezeki,Allah telah tetapkan seluruh urusan rezeki kepada semua makhluk-makhluknya.Tiada berlebih atau berkurang sedikit pun,semuanya telah tertulis di Lauh Mahfuz.Kita masih bernafas dan bernyawa kerana masih ada lagi rezeki Allah yang kita tidak makan,jika sudah habis rezeki Allah telah diedarkan kepada kita,maka ketika itulah sampainya ajal kita.Walaupun seseorang itu sudah jatuh dari bangunan tinggi,ditembak berulang kali,ditetak dan terbakar,jika masih ada nasi atau gandum yang menjadi rezekinya masih belum dinikmatinya lagi,maka belumlah lagi saat kematian baginya dan tidak layak dia mati sebelum habis rezeki Allah yang ditentukan kepadanya dimakan olehnya.

Setiap hari Allah telah tentukan rezeki manusia,tidak kira yang Islam atau yang kafir.Jika hari ini seseorang itu rezekinya nasi dagang,mungkin besok rezekinya nasi minyak kenduri kahwin.Jika seseorang itu selalu diberi makan makanan yang mewah-mewah,di dalam hotel mewah dan ditemani rakan-rakan,mungkin besok dia hanya makan nasi dengan sedikit kuah dan dua biji telur rebus di dalam penjara yang sunyi sepi.Walaupun orang tadi mengomel-ngomel,mengutuk dan mencerca makanan tadi sebagai makanan anjing sebagai contoh,itulah rezekinya yang ditentukan padanya pada saat itu dan tidak boleh manusia selemah dia untuk menukarnya.Semuanya adalah ketentuan Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Bijaksana.Jika orang tadi tahu betapa bernilainya rezeki Allah itu maka sudah tentu dia akan memakan makanan itu dengan lahap dan berselera.Bayangkan jika Allah menetapkan dia tidak layak diberi sebarang makanan pun pada saat itu,sudah tentu perutnya akan berkeroncong kelaparan.Kemungkinan dia akan menyumpah-nyumpah makhluk lain yang membiarkan dirinya kelaparan.Kemudian setelah tiada daya dan kekuatan lagi,mungkin hatinya merintih kepada Tuhan.



"Tuhan,berikan aku sedikit makanan,aku lapar..."


Di kepalanya mungkin tiada lagi berfikir tentang makanan yang mewah-mewah seperti lamb chop,Italian Cuisine dan sebagainya tetapi sedikit makanan...ya...sedikit makanan untuk menghapuskan penderitaan kelaparan yang mencucuk-cucuk perutnya saat itu.Ketika itu jika disuakan nasi tanpa kuah dan sebiji sahaja telur rebus...sudah pasti dia akan memilih untuk memakannya tanpa segan silu lagi kerana kepedihan yang dasyat melanda dirinya akibat kebuluran.



Begitu lemahnya manusia ini.Manusia yang tiada berkuasa sedikit pun.Rezeki yang Allah tetapkan tiada kaitan dengan status pekerjaan manusia itu.Pekerjaan manusia hanya asbab untuk rezekinya.Adakah seorang peguam hanya layak makan daging,seorang pencuci lantai hospital hanya layak makan ikan masin?Fikirkan seorang ahli politik yang mewah pada suatu hari hanya layak makan sepinggan nasi berkuah berlaukkan dua biji telur rebus,namun pada masa yang sama seorang pemungut sampah layak makan ayam goreng berempah masala,kentang putar Deluxe,burger Double XL dan nugget ikan.Begitu berkuasa dan agungnya Allah menetapkan rezeki kepada semua makhluknya hatta ulat dalam batu pun masih mempunyai rezekinya sendiri.


Pekerjaan tidak boleh memberi rezeki kepada manusia.Kilang tidak boleh beri rezeki kepada manusia.Pejabat bukan punca rezeki kepada manusia.Tetapi Allah s.w.t lah yang memberi rezeki kepada manusia.Allah s.w.t lah punca rezeki manusia.Ada orang bekerja di kilang tetapi 3 bulan tidak dapat gaji kerana kemelesatan ekonomi.Ada orang bekerja di pejabat,berpendapatan besar tetapi yang sempat singgah ditekaknya tiap-tiap bulan hanyalah tidak sampai suku pun dari gajinya kerana hutang keliling pinggang.Ada orang yang kerjanya tukang kebun sahaja tetapi hari-hari makan mewah kerana bekerja di kawasan istana Sultan.Pekerjaan bukanlah tujuan kita untuk hidup.Begitu juga rezeki.Kita bukan diciptakan untuk 24 jam siang dan malam untuk mencari rezeki.Hari ini orang sudah salah sangka bahawa pekerjaanlah yang memberi dia rezeki.Hari ini orang sudah silap menyangka bahawa tanpa bekerja,maka tiada rezeki baginya.Pekerjaan bukan pemberi rezeki kepada manusia.Tetapi Allah lah yang memberi rezeki kepada manusia.Jika Allah tidak benarkan Obama,Presiden Amerika minum setitis air pun pada hari ini,maka tiadalah daya dan kekuatan pun dapat mendatangkan walau setitis air pun walaupun air longkang,air parit mahupun air kumbahan untuk diberi kepada ketua negara Amerika itu.Walaupun dikumpulkan seluruh tentera Marin,Komando,intelligen,seluruh balatentera Amerika di seluruh pengkalannya di serata dunia,ditambah pula tentera-tentera sekutunya seperti NATO,Israel,Britain,malah dipanggil pula tentera-tentera pencacainya seperti Turki dan negara-negara Arab yang bersekutu dengannya akhirnya ditolong pula dengan Zionis Timur Singapura...semua itu masih belum mampu untuk mencarikan setitis air pun untuk Barrack 'Hussein' Obama,malah jika dikumpulkan seluruh jin dan manusia serta alien-alien yang ada (jika ada) untuk membantu Obama yang kehausan tadi,itupun sangat jauh untuk layak menggerakkan kekuatan memasukkan setitis air untuk diteguk oleh Obama jika Allah tidak mengizinkannya berbuat demikian.Allahuakbar....



Manusia tidak akan mati jika tidak bekerja.Allah lah yang mematikan dan menghidupkan manusia.Nasi yang dimakan tiap-tiap hari dan air minum yang diteguk tiap-tiap hari bukanlah datang dari pekerjaan.Semua itu datang dari Allah.Hari ini manusia sudah sombong dengan pekerjaan masing-masing.Seorang ahli perniagaan bila melihat seorang buruh kasar sedang meratakan tar di jalan sudah mula mencebik dan sombong.Seorang jurutera bila melihat seorang pencuci tandas pasaraya mula bangga dengan nasib dirinya yang lebih baik dari si pencuci tandas tadi.Seorang wakil rakyat melihat rakyat marhaen yang miskin mula menuduh rakyat hanya mahu subsidi kerajaan,pemalas,dasar meminta-minta dan suka yang percuma sahaja.Dalam hatinya bangga dengan pencapaian dia hari ini yang menjadi seorang yang berkedudukan hasil usaha gigihnya belajar atas usaha sendiri,tidak seperti orang kampung miskin yang suka meminta-minta.Padahal apa yang didapatinya berpunca dari belas ihsan Allah Yang Maha Pemurah,bukan dari pelajarannya dan pekerjaannya.Sampai masa,apabila Allah s.w.t turunkan kepadanya pelbagai jenis penyakit seperti kencing manis,darah tinggi dan sebagainya,sehinggakan hanya bubur sahaja yang mampu ditelannya maka hanya itulah rezeki baginya walaupun pendapatannya boleh membeli makanan yang mahal-mahal.


Apa jua yang kita buat,sebagai pensyarah,guru,kakitangan kerajaan,jurutera,juruteknik,wireman,menteri,raja,tukang gunting rambut,pekerja majlis bandaran,profesor dan sebagainya bukanlah kerja yang sepatutnya dibuat.Itu hanya KEPERLUAN kita sahaja.Kerja yang SEBENARNYA sepatut kita buat di dunia ini adalah BERIMAN dan mentaati Allah s.w.t serta nasihat-menasihati dengan kebenaran dan kesabaran (dakwah atau menyampaikan kebenaran).Firman Allah s.w.t:



"Demi masa
Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian
kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati dengan kebenaran dan nasihat menasihati dengan kesabaran"

(Surah Al-'Ashr ayat 1-3)


Itulah kerja sebenar kita di dunia.Hari ini orang sudah menjadikan keperluan hidupnya sebagai kerja sepanjang hayat.Hidupnya 24jam berpenat-lelah untuk memastikan perutnya sentiasa kenyang.Hidupnya semata-mata menjadi hamba perut,hamba nafsu dan hamba orang lain.Sibuk menjadi hamba dan kuli sampai tanggungjawab dia kepada Tuhan pun diabaikan.Manusia yakin bahawa jika tidak bekerja maka dia tidak dapat makan.Makanan datang dari pendapatan atau gaji yang didapatinya.Ini adalah YAKIN yang salah.Bahkan Allah lah yang mendatangkan rezeki baginya.Bukan pekerjaan,bukan gaji dan bukan pendapatan.Hari ini manusia yakin jika aku tidak dapat belajar di universiti,maka hidup aku tidak terjamin dan aku tidak dapat pekerjaan yang bagus.Ini juga YAKIN yang salah.Siti Nurhaliza misalnya,dengan keputusan SPM yang tidak berapa cemerlang,kemahiran bahasa Inggerisnya yang sederhana,tidak pernah belajar di universiti namun masih mampu hidup mewah dan bersuamikan orang kenamaan.Hari ini berapa ribu siswazah yang terpaksa menanam anggur di rumah?


PERINTAH


Jadi apa perlunya aku bekerja?Baik aku duduk goyang kaki menunggu rezeki datang dari Allah.Rezeki aku sudah ditetapkan oleh Allah.Jadi apa perlu aku risau.Baik aku duduk di masjid atau pergi berdakwah sahaja tanpa bekerja.Rezeki aku sudah tertulis di Lauh Mahfuz.Jadi kerja atau tidak tak penting.Lebih baik aku tidak payah belajar di sekolah dan hanya tanam anggur sahaja di rumah.Nanti rezeki datang dari langit atau datang ke riba aku.

INI JUGA ADALAH YAKIN YANG SALAH.

Sebenarnya kita bekerja kerana ia adalah PERINTAH DARI ALLAH S.W.T.Kita bekerja bukan kerana ia adalah sumber rezeki atau ia adalah tujuan hidup kita,tetapi ia adalah PERINTAH Allah Azza Wa Jalla.Firman Allah s.w.t:

” …bertebaranlah kamu di muka bumi dan carilah kurnia (rezeki) Allah dan ingatlah akan Allah sebanyak-banyaknya, mudah-mudahan kamu menang.”

(Surah Al-Jumu’ah:10)

Ini adalah ayat perintah dari Allah s.w.t supaya kita tidak duduk diam mengharapkan rezeki semata tetapi bertebaran mencari rezeki Allah yang Allah telah letakkan di segenap penjuru dunia.Allah PERINTAH KITA BEKERJA TETAPI ALLAH TAK SURUH KITA YAKIN PEKERJAAN ITU BAGI REZEKI PADA KITA.

Rezeki datang dari Allah s.w.t.Rezeki bukan datang dari pekerjaan kita.Begitu juga makan.Kekenyangan datang dari Allah dan bukan datang dari apa yang kita makan.Ada orang yang makan 2-3 pinggan nasi tapi masih tidak kenyang-kenyang.Ada yang hanya makan 3 biji kurma dan seteguk air tetapi Allah beri dia kenyang.Jadi kenapa aku makan?Baik aku duduk diam sahaja dan harap Allah bagi aku kenyang.Tidaklah perlu aku bersusah-payah memasak atau pergi ke kedai mamak untuk membeli makanan.Tidak payahlah aku bersusah-payah mengunyah dan menelan untuk makan kerana Allah lah yang bagi aku kenyang bukan makan atau makanan.

INI JUGA MASIH YAKIN YANG SALAH.

Sebenarnya kita makan kerana Allah PERINTAH kita untuk makan.Kita makan bukan kerana dengan makan kita boleh kenyang tetapi kerana ia adalah PERINTAH dari Allah.Firman Allah s.w.t:

"Hai orang-orang yang beriman, makanlah di antara rezeki yang baik-baik yang Kami berikan kepadamu dan bersyukurlah kepada Allah, jika benar-benar kepada-Nya kamu menyembah"

(AlBaqarah ayat 172)

"Hai sekalian manusia, makanlah yang halal lagi baik dari apa yang terdapat di bumi, dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan; karena sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagimu"

(AlBaqarah ayat 168)


Kekenyangan datang dari Allah.Kekenyangan bukan datang dari apa yang kita makan.ALLAH PERINTAH KITA MAKAN TAPI ALLAH TAK SURUH KITA YAKIN BAHAWA DENGAN MAKAN KITA BOLEH KENYANG.

Begitu juga yang lain-lain.Allah perintahkan kita berusaha dan bertawakkal kepada Allah.Bila kita sakit kita akan makan ubat.Eh,Allah yang kasi aku sembuh bukan ubat.Ya,Allah yang kasi sembuh tapi Allah perintah kita makan ubat TAPI ALLAH TAK SURUH KITA YAKIN UBAT BOLEH KASI KITA SIHAT.

Firman Allah s.w.t:

"dan bertawakkallah kepada Allah. Dan cukuplah Allah sebagai Pemelihara"

(AlAhzab ayat 33)


Jika kita memahami maksud AlQuran,kita akan dapati perintah Allah itu memang sesuai dengan fitrah manusia.Hari ini ada orang memandang AlQuran hanya sinonim dengan perintah HUdud potong tangan.Perintah jihad pergi berperang bunuh orang.Ini bukan sahaja yakin yang salah tetapi bodoh dan tidak berpelajaran sama sekali.Padahal AlQuran bukan sahaja perintah kita menjalankan undang-undang-Nya tetapi Allah perintah kita untuk makan,minum,bekerja malah tidur juga.Tetapi siapa yang bagi kita ngantuk?Allah...


ALLAH PERINTAH KITA TIDUR TETAPI ALLAH TAK SURUH KITA YAKIN BAHAWA TIDUR ITU BAGI KITA MENGANTUK.


Setiap perintah Allah s.w.t di dalam AlQuran mengandungi erti yang mendalam sekali.Allah perintah semua ini kerana ia adalah fitrah manusia.Sepertimana seseorang yang membeli satu mesin atau kenderaan,sudah pasti mesin atau kenderaan tadi dilengkapi manual cara menggunakan atau penjagaannya dari si pembuat mesin atau kenderaan tadi.Begitu juga manusia.Allah Azza Wa Jalla yang menciptakan manusia dan hanya Allah lah yang faham fitrah manusia.Jadi apakah dia manual bagi manusia tadi.

ITULAH ALQURAN.

AlQuran adalah panduan bagi manusia.Sebagaimana mesin yang mempunyai panduan menggunakannya maka AlQuran menjadi panduan atau petunjuk (guide book) bagi manusia 'menggunakan' dirinya sendiri dengan betul.Firman Allah s.w.t:

"Kitab (Al Quran) ini tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertaqwa"

(AlBaqarah ayat 2)

Tetapi hari ini orang menyalahgunakan dirinya atau tidak 'menggunakan' dirinya dengan betul.Manusia yang benar-benar faham akan menggunakan AlQuran untuk menyelesaikan masalah kehidupannya.Hari ini segala jenis kaedah ciptaan manusia tidak berjaya dan gagal.Segala faham ciptaan manusia tidak sempurna.Komunisme tidak dapat menyelesaikan masalah ekonomi dan sosial,Kapitalisme juga tidak seluruhnya berjaya.Hari ini kita lihat China dan Jepun umumnya sebagai gergasi ekonomi sebelah Timur tetapi kita tidak tahu berapa ramai rakyat China yang terpaksa makan bayi sendiri kerana kelaparan.Kekayaan hanya bertumpu di zon-zon ekonomi utama sahaja daripada seluruh China yang besar itu.Di Jepun berapa ramai yang gila dan bunuh diri kerana tekanan kerja yang tinggi.

Inilah akibat kerana tidak menggunakan manual yang diberi oleh pencipta manusia itu sendiri.Kita yakin Allah perintah kita makan,minum,tidur dan bekerja tetapi kita tidak yakin dengan sistem ekonomi dan undang-undang dari-Nya?Betapa pelik sikap manusia hari ini.

Kita juga makan,minum,tidur dan bekerja tetapi kita tidak melakukan dengan cara yang betul.Apakah cara yang betul itu?IAITU DENGAN CARA NABI S.A.W.

Ada orang pada hari ini tidak sukakan nabi s.a.w.Mereka tolak hadis-hadisnya.Ada orang mempertikaikan kalimah syahadah dengan menolak lafaz 'MuhammadurrasullUllah',kerana bagi mereka kita bersyahadah dengan Allah sahaja,berguru dengan Allah sahaja.Hanya AlQuran yang patut diikuti bukan hadis-hadis.Padahal kalau mereka ikut AlQuran mereka juga kena ikut cara nabi Muhammad s.a.w.Firman Allah s.w.t:

"Katakanlah: "Ta'atilah Allah dan Rasul-Nya; jika kamu berpaling, maka sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang kafir."

(Ali Imran ayat 32)


Lihat,di dalam AlQuran sendiri Allah PERINTAH supaya kita taat pada-Nya dan juga kepada Rasul-Nya iaitu Nabi Muhammad s.a.w.


LAILAHAILLALLAH,MUHAMMADURRASULULLAH.Kita taat PERINTAH Allah,tetapi taat dengan cara bagaimana?DENGAN CARA YANG DITUNJUKKAN NABI MUHAMMAD S.A.W.Bukan cara syariat Nabi Ibrahim,Nabi Isa atau Nabi Musa.Apatah lagi syariat Komunis,Kapitalis,Zionis dan Iblis.Tetapi dengan syariat Nabi Muhammad s.a.w.

Jika kita faham rahsia di sebalik semua ini,kita akan faham bahawa semua perintah Allah jika dilakukan dengan cara Nabi s.a.w maka inilah KERJA kita yang sebenar hidup di dunia ini.

Makan cara nabi,minum cara nabi,tidur cara nabi,bekerja cara nabi...Inilah yang dinamakan sunnah nabi s.a.w.

Seterusnya jika kita lakukan apa saja dalam dunia mengikut sunnah nabi s.a.w maka apa yang kita buat adalah dikira sebagai ibadah;membuahkan pahala ganjaran di sisi Allah...

Ibadah bukan sahaja solat,puasa,zikir dan sebagainya.Hidup berpandukan sunnah Rasulullah s.a.w juga dikira ibadah.Tidur berdengkur melepek pun dikira ibadah!Bagaimana?Tidur dengan niat i'tikaf di dalam masjid.Tambah-tambah jika adab tidur dijaga,dimulakan dengan doa dan diakhiri dengan syukur sepertimana yang nabi buat.Bukan itu saja,berak bersembur najis busuk dan duduk termenung dalam tandas juga dikira ibadah!Eh,pulak...bagaimana?Membuang air besar yang disertai dengan adab-adab masuk tandas sebagaimana yang nabi ajarkan.Lihat,betapa indahnya Islam.Betapa lengkapnya Islam.Islam adalah manual kehidupan lengkap seorang manusia.Dari manual cara-cara membuang najis sehinggalah manual cara menguruskan ekonomi dan negara,semuanya termaktub dalam Islam.

Solat dan puasa adalah PERINTAH Allah sebagaimana makan,minum dan tidur.Bezanya solat,puasa dan undang-undang Islam bertentangan dengan nafsu kita tetapi makan,minum dan tidur sesuai dengan nafsu serakah kita.Jika solat,puasa serta hukum Allah akan mendatangkan dosa dan hukuman Allah jika tidak melaksanakannya,bagaimana pula dengan perintah makan,minum dan tidur jika kita tidak melaksanakannya?Ah,setahun ni aku tak nak makan dan minum.Ah,3 bulan aku tak nak tidur,aku nak bertapa, aku nak zuhud kononnya.

Juga berdosa kerana Allah s.w.t melarang kita sengaja mencampakkan diri ke dalam kebinasaan.Firman Allah s.w.t:

"Dan belanjakanlah (harta bendamu) di jalan Allah, dan janganlah kamu menjatuhkan dirimu sendiri ke dalam kebinasaan, dan berbuat baiklah, karena sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik"

(AlBaqarah ayat 195)

Solat dan puasa misalnya sudahlah memang ibadah tetapi jika hidup kita seluruhnya berpandukan Allah dan Rasul-Nya maka,

Makan jadi ibadah,minum jadi ibadah,tidur jadi ibadah,bekerja jadi ibadah...semuanya dalam rangka mengabdikan diri pada Allah s.w.t.

Maka inilah yang menjadi sebab musababnya mengapa Allah Azza Wa Jalla menciptakan manusia malah jin juga,


"Tidak Aku (Allah) jadikan jin dan manusia melainkan untuk mengabdikan diri kepada-Ku."

(Surah az-Zariyat ayat 56)







INILAH TUJUAN KITA DICIPTAKAN ALLAH,IAITU MENGABDIKAN DIRI KEPADA-NYA...INILAH TUJUAN HIDUP KITA,INILAH KERJA SEBENAR KITA DI DUNIA.


















SUBHANALLAH.

Saturday 23 January 2010

La Tas'aluni



La Tas'aluni (Translated)
Jangan Tanyakan Aku

Jangan tanyakan aku tentang hidupku
Ia adalah sebuah rahsia kehidupan
Ia adalah anugerah
Ia adalah ujian
Ia adalah dunia yang penuh cita-cita
Aku telah menjualnya kepada Allah kemudian aku berjalan dalam barisan pembawa petunjuk

Jangan tanyakan aku tentang hidupku
Ia adalah sebuah rahsia kehidupan
Ia adalah anugerah
Ia adalah ujian
Ia adalah dunia yang penuh cita-cita
Aku telah menjualnya kepada Allah kemudian aku berjalan dalam barisan pembawa petunjuk

Jalan hidupku adalah Al-Quran, pedang dan ujian
Allah telah memberkatinya dan para Nabi terdahulu telah mendahuluinya
Para Syuhada telah membasahi jalan ini dengan darah mereka
Maka jadilah ia taman indah yang dikelilingi cahaya

Jalan hidupku adalah Al-Quran, pedang dan ujian
Allah telah memberkatinya dan para Nabi terdahulu telah mendahuluinya
Para Syuhada telah membasahi jalan ini dengan darah mereka
Maka jadilah ia taman indah yang dikelilingi cahaya

Jangan tanyakan aku tentang hidupku
Ia adalah sebuah rahsia kehidupan
Ia adalah anugerah
Ia adalah ujian
Ia adalah dunia yang penuh cita-cita
Aku telah menjualnya kepada Allah kemudian aku berjalan dalam barisan pembawa petunjuk

Jangan tanyakan aku tentang hidupku
Ia adalah sebuah rahsia kehidupan
Ia adalah anugerah
Ia adalah ujian
Ia adalah dunia yang penuh cita-cita
Aku telah menjualnya kepada Allah kemudian aku berjalan dalam barisan pembawa petunjuk

Sedangkan penghujung perjalananku adalah apa yang meredhakan Allah dan apa yang diinginkan-Nya
Keuntungan dengan kemenangan nyata atau kesyahidan dan keabadian
Jika engkau telah berada di muka bumi dan engkau tahu umurmu terbatas
Maka jadilah pahlawan dan pembawa petunjuk
Jika tidak alangkah buruknya kewujudanmu

Sedangkan penghujung perjalananku adalah apa yang meredhakan Allah dan apa yang diinginkan-Nya
Keuntungan dengan kemenangan nyata atau kesyahidan dan keabadian
Jika engkau telah berada di muka bumi dan engkau tahu umurmu terbatas
Maka jadilah pahlawan dan pembawa petunjuk
Jika tidak alangkah buruknya kewujudanmu


Jangan tanyakan aku tentang hidupku
Ia adalah sebuah rahsia kehidupan
Ia adalah anugerah
Ia adalah ujian
Ia adalah dunia yang penuh cita-cita
Aku telah menjualnya kepada Allah kemudian aku berjalan dalam barisan pembawa petunjuk

Jangan tanyakan aku tentang hidupku
Ia adalah sebuah rahsia kehidupan
Ia adalah anugerah
Ia adalah ujian
Ia adalah dunia yang penuh cita-cita
Aku telah menjualnya kepada Allah kemudian aku berjalan dalam barisan pembawa petunjuk

P/S : Lagu yang membuatkan aku menangis luar dan dalam. Ya Allah aku ingin menjadi pejuang agama-Mu ya Allah. Jadikanlah aku seorang pejuang yang sentiasa berusaha menegakkan kalimah-Mu di atas muka bumi ini ya Allah. Kuatkanlah imanku, hatiku dan fizikalku mudah-mudahan aku dapat menyertai mana-mana siri perjuangan para pencinta syahid. Dan matikanlah aku sebagai syuhada, dalam keimanan sedangkan inilah jalan hidup yang ingin aku pilih. Ya Allah ampunkan kelemahanku dan tunjukkan aku jalan mudah-mudahan cita-cita ku menjadi syuhada tercapai. Jika bukan aku ya Allah, jadikanlah zuriat-zuriatku sebagai pejuang Islam, andainya Kau panjangkan umurku di dunia ini..Amin. T_T

Thursday 21 January 2010

Gurindam Hikmat Melayu

Bangsa Melayu pernah kuat,
Buka tanah guna tulang empat kerat,
Masih sempat berbini empat,
Tongkat Ali jamu khasiat.

Bangsa Melayu pernah digentar,
Ular, harimau ditepuk tampar,
Kerisnya bisa, silatnya gempar,
Amuk Melayu, bumi bergegar.
Orang Melayu pernah gagah,
Berkaki ayam, hutan diredah,
Pernah cuba diganyang penjajah,
Melayu mengamuk, jihad sabilillah!!

Bangsa Melayu pernah berdaulat,
Terbilang merata, kesultanannya hebat,
Tujuh bangsa penjajah cuba menempat,
Dengan kudrat semua dihambat!!

Bangsa Melayu bangsa keramat,
Nabi (saw) pernah beri amanat,
Buat dakwah, nun di bumi berekat,
Di akhir masa, ramai wali hebat.

Bangsa Melayu bangsa hikmat,
Sejarah Melayu tertera riwayat,
Nabi (saw) pernah beri alamat,
Raja Melaka mendapat hidayat.

Bangsa Melayu tak makan saman,
Agama dijunjung zaman-berzaman,
Wali Melayu penuh kehebatan,
Karamah, barakah, jadi pakaian.

Bangsa Melayu penuh daulah,
Halusi sahaja kisah sejarah,
‘Wa’ad’ Melayu jangan disanggah,
Sanggah wa’ad, mendapat ‘tulah’.

Tanah Melayu pernah berekat,
Raja dan rakyat sentiasa muafakat,
Alim-ulamak mendapat tempat,
Bumi bertuah, terbilang sejagat.

Bumi Melayu pernah berekat,
Tempat tumpuan ulamak sejagat,
Madrasah & pondok merata tempat,
Menjana insan unggul dan hikmat.

Tanah Melayu intinya hebat,
Bumi zuriat Nabi, itulah kudrat,
Kesultanan Melayu hampir padat,
Pancaran Nabi (saw), penuh keramat.

Bumi Melayu pernah terbilang,
Sejarah rajanya penuh gemilang,
Turunan penjajah, entah mana menghilang,
Turunan Raja Melaka, tetap ditatang.

Melayu pernah berilmu dan berbudaya,
Beribu manuskripnya tersimpan merata,
Dikaji selidik sarjana sedunia,
Kalau sangsi, tanyalah Arkib Negara.

Bangsa Melayu halus seninya,
Hayati warisan persuratannya,
Syair seloka sungguh indahnya,
Pertukangan, sulaman, tiada taranya.

Berkurun Melayu junjung agama,
Adat dijaga bersama-sama,
Bangsa Melayu harum namanya,
Rahmat Allah dimana jua.

Bangsa Melayu usah alpa,
Warisan bangsa bukan sehari dua,
Pusaka Melayu enam kurun lamanya,
Menyimpan sejarah nenek moyang kita.

Orang Melayu usah goyah,
Propaganda bohong supaya kita melatah,
Ungkapan ‘Melayu lemah’ semata tohmah,
Strategi musuh menebar fitnah.

Sejarah Melayu sebenarnya hebat,
Namun dicemar Inggeris keparat,
Propaganda bohong itulah hakikat,
Namun Melayu termasuk jerat.

Jatidiri Melayu sebenarnya kuat,
Bangsa Melayu sebenarnya berdaulat,
Silap Melayu membuang adat,
Silap rajanya membuang muafakat.

Bukan baru musibah Melayu,
Telah bermula sekurun nan lalu,
Serangan musuhnya bertalu-talu,
Sehingga bangsa menjadi terkedu.

Melayu mula ditimpa musibah,
Pabila Inggeris datang menjajah,
Adat dibuang, agama disanggah,
Akhirnya Melayu, mendapat ‘tulah’.

Sekian lama Melayu jadi sasaran,
Sejarah, jatidirinya jadi serangan,
Musuh luar dan musuh dalaman,
Mungkinkah tersirat suatu ramalan?

Melayu kini resah gelisah,
Namun jelas hakikat sejarah,
Mungkinkah tersirat, sebalik musibah,
Melayu pencetus kebangkitan ummah?

Ingatlah pesanan junjungan Rasulullah (saw),
Panji hitam dari timur, bumi karamah,
Bangsa Melayu usah menyerah,
Cari kekuatan dari sejarah.

Sejarah Melayu sebenarnya hebat,
Jatidiri Melayu sebenarnya kuat,
Bumi ahlul-bait itulah kudrat,
Umarak ulamak kuncinya terletak!

Laksamana Hang Tuah gagah orangnya,
Berguru, bertarikat, berisi dirinya,
Jangan perlekeh riwayat firasatnya
‘Takkan Melayu hilang didunia’!!

P/S : copy paste dari komen di blog Sangtawal.

Tuesday 19 January 2010

Kisah Presiden Iran


Dipetik dari forum Umum MPPAS.com
14 Januari 2008

"Diterbitkan dengan niat supaya pembaca terbuka untuk berfikir dan merenung. Beringatlah, tiada pemimpin sehebat Rasulullah. Apapun pujian melambung yang anda berikan kepada Presiden Iran ini, beliau merupakan seorang pemimpin Syiah. Semoga Allah mengizinkan lebih ramai pemimpin-pemimpin Sunnah untuk mencontohi nilai kepimpinan beliau. Antara pemimpin yang boleh kita contohi adalah seorang ulama' agung di negara kita sendiri iaitu Tuan Guru Nik Abd Aziz Nik Mat" -hi_j87


Fox News TV (Amerika Syarikat) di dalam temuramahnya bertanya kepada Presiden Iran, Dr Mahmoud Ahmadinejad "Apabila anda melihat ke cermin Venetian pagi, apa yang anda perkatakan kepada diri sendiri ?" Beliau menjawab : Saya melihat kepada insan yang berada dalam cermin tersebut dan berkata kepadanya, "Ingatlah, anda adalah tidak lebih daripada seorang hamba yang lemah, menanti di hadapan anda hari ini adalah sebuah tanggungjawab yang amat berat dan ianya adalah berkhidmat kepada negara dan rakyat Iran.

Ahmadinejad, Presiden Iran yang mengejutkan ramai sewaktu mula-mula tiba di pejabat Presiden apabila beliau mendermakan segala permaidani Iran yang berharga kepada sebuah masjid di Tehran dan menggantikannya dengan permaidani murah yang biasa.


 Tidak berjabat tangan

 Beliau mendapati bahawa terdapat sebuah bilik istirahat yang besar lagi mewah yang berfungsi untuk menerima dan menyambut kehadiran tetamu VIP, lalu beliau telah mengarahkan agar bilik itu ditutup dan meminta pejabat protokol untuk menyediakan sebuah bilik lain yang sederhana serta hanya dilengkapi dengan kerusi-kerusi kayu.

Beliau juga telah banyak kali turut bersama-sama dengan pekerja-pekerja majlis perbandaran untuk membersihkan jalan-jalan yang berada di sekitar kawasan rumah serta pejabatnya.

Di bawah pentadbirannya, setiap kali beliau melantik mana-mana individu untuk memegang jawatan menteri, beliau akan mengarahkan individu tersebut untuk menandatangani sebuah dokumen yang menggariskan pelbagai syarat-syarat yang perlu dipatuhi, terutamanya yang menekankan bahawa individu tersebut harus sentiasa kekal dalam kesederhanaan dan akaun-akaun persendirian serta milik ahli keluarganya akan sentiasa diperhatikan dan perlu meninggalkan pejabatnya kelak dalam keadaan yang bermaruah. Oleh itu, adalah satu kesalahan yang besar untuk individu tersebut dan ahli keluarganya mengambil kesempatan ke atas jawatan yang dipegangnya itu.

Perkara pertama yang beliau isytiharkan selepas memegang jawatan Presiden adalah pemilikan hartanya yang 'Besar' iaitu sebuah kereta Peugeot 504 model tahun 1977, sebuah rumah lama yang kecil yang diwarisi daripada bapanya 40 tahun yang lalu di salah sebuah kawasan yang termiskin di Tehran, akaun simpanannya yang tidak berbaki dan sumber kewangan yang masuk ke dalam akaunnya hanyalah daripada gaji yang diterimanya sebagai seorang pensyarah di Universiti yang berjumlah hanya 250 Dolar Amerika sebulan.


Beliau masih lagi tinggal di rumahnya yang lama itu. Itulah sahaja harta yang dimilikinya. Beginilah kehidupan seorang Presiden kepada salah sebuah negara yang terpenting di dunia ini, dari sudut lokasinya yang strategik, ekonomi, politik serta pemilikan sumber minyak dan sistem pertahanannya.

Beliau malah langsung tidak mengusik gaji Presidennya dengan sebuah hujjah bahawa segala kekayaan adalah menjadi hak milik negaranya dan beliau mempunyai amanah untuk memeliharanya.

Salah satu perkara yang amat menakjubkan buat kakitangan-kakitangan di pejabatnya adalah sebuah beg yang sentiasa dibawa setiap hari. Di dalamnya mengandungi makanan sarapan paginya, sedikit roti sandwic atau roti biasa dengan minyak zaitun dan keju yang disediakan oleh isterinya. Beliau menikmati makanan-makanan tersebut dengan begitu ceria sekali.


Makanan yang biasa dan tidak mewah

Perubahan lain yang dilakukannya adalah menukar jet peribadinya sebagai seorang Presiden menjadi kapal terbang kargo untuk menjimatkan perbelanjaan daripada hasil wang rakyat dan beliau menegaskan bahawa beliau akan terbang menggunakan pesawat awam biasa pada kelas ekonomi.

Beliau kerap mengadakan mesyuarat dengan semua para menteri untuk mengetahui segala aktiviti mereka dan keberkesanan pelaksanaannya.

Di samping itu, beliau juga telah menutup pejabat pengurus Presiden demi untuk memudahkan para menteri untuk berjumpa dengannya tanpa perlu meminta keizinan terlebih dahulu.

Beliau telah membubarkan beberapa acara seperti majlis karpet merah untuk menyambut tetamu, sesi fotografi serta segala bentuk pengiklanan atau promosi peribadi sewaktu mengadakan lawatan ke pelbagai tempat di dalam negaranya.

Setiap kali beliau perlu untuk menginap di hotel, beliau akan memastikan bahawa beliau hanya akan diberikan bilik tanpa katil yang besar kerana tidak gemar untuk tidur di atas katil sebaliknya lebih suka untuk tidur di atas lantai dengan sebuah tilam sederhana dan sehelai kain selimut.


 Tidur di atas lantai beralaskan tikar

Dalam salah sebuah gambar berikut menunjukkan beliau sedang tidur di dalam bilik tetamu di rumahnya tanpa ditemani oleh para pengawal peribadinya yang sentiasa bersama dengannya ke mana sahaja beliau pergi. Gambar tersebut telah diambil oleh adiknya, menurut laporan akhbar Wifaq yang kemudian menyiarkannya di dalam ruangan akhbar mereka. Pada keesokan harinya, gambar tersebut telah disiarkan di dalam kebanyakan akhbar-akhbar di seluruh dunia termasuklah di Amerika Syarikat.

Sewaktu ingin menunaikan solat, anda boleh lihat yang beliau tidak duduk di barisan pertama. Gambar yang lain pula menunjukkan beliau sedang menikmati hidangan makanannya yang amat sederhana.

Hidup Kebenaran! 



link 1 : http://www.tranungkite.net/v7/modules.php?name=News&file=article&sid=4664
link 2 : http://hilfi87.multiply.com/journal/item/1


P/S : Aku meletakkan artikel ini di sini bukan bermaksud aku juga ingin mendokong ideologi yang di bawa oleh syiah. Tetapi aku hanya ingin membuka mata manusia bagaimana caranya pemimpin yang dicari. Yang amanah dan bertanggungjawab. Yang menunjukkan perasaan cinta pada agama, bangsa dan negaranya dengan mengorbankan kepuasan diri. Supaya peribadinya menjadi pemangkin kepada kita untuk menjadi pemimpin yang amanah dan bertanggungjawab serta tulus dan tidak menyalahgunakan amanah. Sekali lagi aku menafikan artikel ini adalah untuk menyokong ideologi syiah.

Friday 15 January 2010

Awas Perogol!!

Penting untuk semua wanita, gadis2, makcik2, adik2 pompuan. Sentiasa berjaga2 dengan taktik perogol.

Menurut laporan Polis seorang wanita telah dirogol oleh 5 lelaki disebuah kelab malam di Singapura pada malam Sabtu sebelum ditinggalkan. Wanita tersebut tidak berupaya untuk mengingati kejadian malam tersebut, namun ujian mengesahkan bahawa beliau telah dirogol berulang kali dengan kesan rohypnol di dalam darahnya dan progestrex, sejenis pil "mencuci" yang kecil.

 
Dadah tersebut kini digunakan oleh perogol-perogol dan kemudian "mencuci" mereka. Progesterex dibekalkan kepada para Doktor haiwan untuk"mencuci" haiwan besar. Khabarnya Progesterex digunakan bersama Rohypnol,
sebagai dadah "Dating" dan rogol.

Apa yang mereka perlu lakukan ialah menitiskan Rohypnol ke dalam minuman si gadis, mangsa tersebut tidak akan ingat apa-apa pun esok paginya, apa yang berlaku kepadanya sepanjang malam tersebut.

Progesterex amat senang larut dalam minuman, akan "mencuci" agar simangsa tidak akan mengandung akibat dari perkosaan tersebut dan siperogol tidak bimbang untuk perlu menjalani ujian air mani dan DNA kemudian. Kesan dadah ini adalah K*E*K*A*L terhadap si mangsa.

Prodesterex asalnya adalahuntuk memandulkan kuda, Mana-mana wanita yang mengambilnya TIDAK AKAN MENGANDUNG SAMPAI BILA-BILA.

Si durjana boleh memperolehi dadah ini boleh mendapatkan dadah ini dari pusat haiwan atau mana-mana univer siti , dan ia diramalkan akan digunakan dengan berleluasa di kampus-kampus.


P/S : Ini hanya sebahagian daripada seluruh artikel. Boleh terus membaca di sini.

Gambaran Alam Mahsyar

1. Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yg lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yg tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

2. Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa”. Ini menunjukkan kebesaran keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

3. Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a. s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

4. Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yg kembang membesar dari biji benih.

5. Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

6. Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

7. Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

8. Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah Ta’ala. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

9. Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

10. Terdapat satu kolam kepunyaan Nabi Muhammad s.a.w. bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

11. Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

i. Pemimpin yang adil.

ii. Orang muda yang taat kepada perintah Allah.

iii. Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.

iv. Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.

v. Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata “Aku takut pada Allah”.

vi. Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).

vii. Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.

12. Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara “pergilah berjumpa dengan para Nabi”. Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s. menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah Ta’ala. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a. s., Nabi Ibrahim a. s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah s.a.w. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

13. Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad s. a. w. ke hadrat Allah Ta’ala. Lalu diperkenankan doa baginda.

14. Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi.

15. ‘Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

16. Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

17. Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin.

18. Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing-masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

19. Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad s. a. w., dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

20. Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

21. Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

22. Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad s. a. w. dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

23. Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

24. Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan diadili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.

25. Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

26. Syafaat Nabi Muhammad s.a.w. di akhirat :

a. Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.

b. Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.

c. Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.

Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah Ta’ala.

27. Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70,000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70,000 orang yang lain.

28. Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

29. Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15,,000 tahun. 5,000 tahun menaik, 5,000 tahun mendatar dan 5,000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

30. Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1,000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.

Rujukan:
Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al-Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.

Dalam sepotong ayat dan hadis ada menerangkan:

“Sesungguhnya yang mengada-adakan kebohongan itu hanyalah orang-orang yang tidak beriman dengan ayat-ayat Allah dan merekalah pembohong-pembohong .” (An-Nahl ayat 105)

“Barangsiapa mengatakan dariku apa yang aku tidak katakan, maka hendaklah Ia bersedia mengambil tempatnya dari Neraka.”(HR: Az-Zahabi dlm Al-Kabair.)

 
-Berpesan-pesan sesama insan-


Sumber : Isuhangat.net

Thursday 14 January 2010

Simbol Yang Ada Di Mana-Mana

Baru-baru ini, pada hari khamis yang lepas, bersamaan 7 Januari 2010, aku dan beberapa orang rakan aku telah pergi menyaksikan konsert kumpulan Muse di Stadium Olimpik Seoul. Bagi aku, ini merupakan pengalaman pertama aku pergi menonton sebuah konsert daripada kumpulan muzik yang terkenal. Selama ini aku tidak dapat pergi menyaksikan konsert-konsert seperti ini atas beberapa sebab:
  • halangan ibu bapa
  • duit
  • masa
  • tidak berminat
Oleh itu, konsert Muse ini merupakan konsert pertama yang akan aku saksikan sepanjang hidup aku. Lebih-lebih lagi, aku cukup meminati lagu-lagu daripada kumpulan muzik ini seperti lagu Uprising, The Resistance dan juga Unnatural Selection menerusi album terbaru mereka The Resistance. Juga lagu-lagu yang pernah berkumandang di corong-corong radio tanah air seperti Time Is Running Out, Plug In Baby, Starlight dan lain-lain.

Konsert ini yang dikenali sebagai Muse - Resistance Tour dibanjiri dengan bilangan penonton yang sangat banyak sehinggakan ketika dalam perjalanan pergi juga kereta api bawah tanah (subway) yang berhenti di kawasan yang jarang dikunjungi turut tiba-tiba dipenuhi penumpang. Aku tiba agak lewat pada hari itu (sejam lewat) kerana baru pulang dari tempat praktikal terus ke situ. Aku tidak sempat membeli cenderahati seperti baju dan lain-lain kerana sampai-sampai sahaja aku terus masuk.

Tujuan aku menghadiri konsert ini bukanlah atas sebab tujuan yang bukan-bukan tetapi hanya sekadar aku ingin mengetahui sendiri suasana dalam sesebuah konsert yang sering dihadiri oleh anak-anak muda di seluruh dunia. Tambahan, lagu-lagu daripada kumpulan Muse merupakan antara lagu yang diminatiku. Aku seringkali berkata dalam hati, ini sememangnya konsert yang pertama dan juga yang terakhir bagiku. Aku tahu suasana yang pelik akan menguasai apabila konsert dimulakan.

Setibanya aku di sana, aku mula mencari rakan-rakan aku yang lain. Namun, mereka sudah jauh ke hadapan membuatkan aku malas untuk ke hadapan kerana mereka di kelilingi ramai anak muda berbangsa Korea. Jadi seperti biasa, sementara menunggu konsert bermula, aku memerhatikan keadaan sekeliling - sifat yang aku miliki (seperti suatu tabiat, p/s: aku lebih banyak memerhati daripada berkata-kata!).

Aku memerhatikan tindak-tanduk orang-orang Korea. Kemudian aku memerhati keadaan pentas. Sehinggalah mata aku berhenti di satu tempat kerana aku kaget dengan apa yang aku lihat. Aku tahu ia merupakan sesuatu yang melanda dunia malah dipelopori oleh artis-artis. Aku sering mendengar cerita daripada orang-orang sekeliling dan pada waktu itu tiba masanya aku sendiri menyaksikannya. Ia sesuatu yang tidak disangka-sangka. Apa yang aku nampak?



EYE OF HORUS!

Eye of Horus, simbol mata bagi Tuhan orang Mesir Purba. Merupakan simbol mata sebelah yang boleh dijumpai di seluruh pelusuk dunia dari mana-mana tamadun purba tetapi nama yang berlainan. Dalam dunia akhir zaman ini, simbol mata satu digunakan dengan lebih meluas dan yang paling terkenal sekali apa yang kita dapat lihat di belakang note 1USD.




One eye at the top of unfinished pyramid at the back of 1USD bill

Aku nampak simbol ini melekat pada papan keyboard kepunyaan kumpulan Muse ini. Aku seolah-olah terkejut kerana aku tidak menyangka dalam mereka mendapat duit mempersembahkan lagu mereka, dalam masa sama mereka mendoktrin pemikiran orang-orang Korea yang TIDAK TAHU APA-APA dengan simbol ini dengan tujuan ia bakal menjadi kebiasaan! Aku mula mengerti, sehebat-hebat  pemuzik di seluruh dunia, mereka sebenarnya merupakan agen-agen konspirator ini yang ingin meracuni pemikiran anak-anak muda. Walaupun artis-artis ini tidak menyedari ataupun mereka juga sebenarnya mengetahuinya. Lihat sahaja di Anugerah Juara lagu (AJL) di Malaysia baru-baru ini. Aku tidak pasti artis-artis ini perasan atau tidak tetapi sebenarnya mereka sedang melakukan ritual Masonic di malam AJL!

 
all seeing eye di AJL

Kita sekarang berada di dunia yang penuh fitnah. Sampai masanya nanti Raja Fitnah akan keluar selepas fitnah-fitnah ini kekal berleluasa di seluruh dunia. Kita sememangnya sedang ditipu dan semakin seronok ditipu! Sehingga kita juga terlibat sama dalam ritual Masonic ini tanpa kita sedari. Nauzubillah. Bersedialah kita dengan kedatangan Raja laknat tersebut yang mungkin sedang menanti masanya untuk memunculkan dirinya.

Siapa pula Raja ini dan apa pula kaitan dengan all-seeing eye si mata satu ini? Kita hayati hadith Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

Hadis riwayat Anas bin Malik ra. ia berkata:
Rasulullah saw. bersabda: Tidak seorang nabi kecuali ia telah memperingatkan kaumnya terhadap sang pendusta yang buta sebelah mata. Ketahuilah bahwa Dajjal itu buta sebelah matanya sedangkan Tuhanmu tidak buta sebelah mata dan di antara kedua matanya tertulis “kaaf”, “faa”, “raa”

p/s: aku tidak mempercayai kiamat akan berlaku pada 2012 seperti yang diwar-warkan oleh pengikut dajjal ini. Tetapi aku merasakan akan ada sesuatu yang berlaku pada tahun 2012 ini. Kalau tidak kenapa mereka begitu teruja mempopularkan 2012 ini ke seluruh dunia? Pasti akan ada sesuatu yang ingin mereka lakukan. Jangan terkejut kerana tragedi 9/11 juga merupakan ritual masonic yang kita tidak sangkakan perkara seperti itu akan berlaku langsung sebelum ia benar-benar berlaku. Sekurang-kurangnya kita lakukan persediaan dari sekarang untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang mendatang!

Moga Allah sentiasa melindungi kita semua. Amin.

Sunday 3 January 2010

Tahun-Tahun yang Menipu

*Quote dari blog seorang ustaz di saifulislam.com*

“Beranikah kita berkata bahawa kehidupan anak-anak hari ini jauh lebih mudah daripada kehidupan ibu bapa, jika kita sedar bahawa setiap hari kita semakin menghampiri detik-detik fitnah Dajjal?” saya melontarkan soalan kepada seorang teman.
Wajahnya berubah sedikit.
Fitnah Dajjal itu bukan pada kekuatan fizikalnya memusnahkan kehidupan seperti Yakjuj dan Makjuj.
Fitnah Dajjal adalah fitnah intelektual. Sesuatu yang sangat abstrak pada menukar baik menjadi buruk dan buruk menjadi baik.

Daripada Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah saw. bersabda. “Akan datang kepada manusia tahun-tahun yang menipu. Dan pada waktu itu orang yang berdusta dikatakan benar dan orang yang benar dikatakan berdusta. Orang khianat akan disuruh memegang amanah dan orang yang amanah dikatakan pengkhianat. Dan yang berpeluang bercakap hanyalah golongan “Ruwaibidhah””. Sahabat bertanya, “Apakah Ruwaibidhah itu hai Rasulullah?”. Nabi saw. menjawab, “Orang yang kerdil dan sebenarnya hina dan tidak mengerti urusan orang ramai”. (H.R. Ibnu Majah)

 Ya Allah. Tunjukkan aku jalan dan jadikanlah aku pada akhir zaman ini, pada tahun-tahun yang menipu ini di kalangan orang-orang yang benar dikatakan berdusta, orang yang amanah dikatakan pengkhianat bukan pula orang-orang yang berdusta dikatakan benar, orang khianat yang disuruh memegang amanah dan juga bukan orang yang tergolong dalam golongan Ruwaibidhah. Amin..

Tahun Baru?

Apa ceritanya dengan tahun baru ni? Apa yang aku faham, tahun baru merupakan permulaan kepada sesuatu kalendar tidak kisah la kalendar jenis apa. Kalendar Hijrah, Gregorian, Cina semuanya ada tahun baru. Tetapi kenapa dalam kebanyakan tahun baru, tahun baru 1 Januari juga yang disambut dengan tersangat-sangat meriah? Kenapa ya?

Pernah dengar Kalendar Gregorian? Hm, mungkin tidak ramai yang pernah mendengarnya. Bagaimana pula kalendar masihi? Okay, kalendar gregorian dan kalendar masihi adalah kalendar yang sama. Kalendar Gregorian merupakan kalendar yang diterima masyarakat dunia sebagai kalendar umum. Ia diperkenalkan oleh Pope Gregory XIII pada 24 Februari 1582 dan mula digunakan oleh beberapa negara sebelum diterima pakai di serata dunia.

Pada asalnya, kalendar ini merupakan kesinambungan kepada kalendar Julian yang dicipta oleh Maharaja Rome, Julius Caesar. Serba sedikit mengenai kalendar ini, secara umumnya ia hanyalah kalendar yang diubah suai daripada kalendar Julian. Tetapi secara realitinya, penggunaan kalendar ini secara umum banyak memberi keburukan kepada kita.

Lihat sajalah pada sambutan tahun baru yang diadakan baru-baru ini. Apa kebaikan yang kita dapat daripada menyambutnya? Bahkan aku lihat lebih banyak keburukan daripada kebaikan. Bagaimana aku ingin mempunyai perasaan menyambutnya sedangkan aku lihat keburukan itu sangat nyata di hadapan aku? Aku jadi semakin jijik setiap kali tahun baru tiba. Seolah-olah aku tidak mengharapkan pun ia berlaku. Mungkin ada kebaikannya apabila manusia memiliki azam untuk berubah. Aku sokong jika manusia berazam untuk berubah menjadi lebih baik. Tetapi jika sambutan itu sendiri berada di luar kawalan, itu bukan sesuatu yang aku sokong.

Lihat saja pada sambutan tahun baru yang diadakan. Berapa ramai yang menyambut sambutan tahun baru dengan bacaan doa dan memohon keampunan. Sekurang-kurangnya dengan keazaman untuk berubah menjadi baik (jika benar ingin berubah pasti tepat tahun baru sahaja sudah memulakan azam tersebut). Tetapi sambutan yang diadakan pula disambut dengan percikan bunga api dan mercun. Ditambah dengan teriakan lagi. Lelaki dan perempuan tiada batas pergaulan. Bukan doa yang menjadi medium bahkan sorakan dan teriakan yang menjadi pilihan. Pernahkah kita terfikir, kenapa kita menyambut tahun baru? Jika sebab untuk menyambut umur yang meningkat, hakikatnya umur kita bukannya meningkat bahkan sedang berkurang. Mati itu pasti dan telah ditetapkan bila masanya kita mati. Jadi, umur kita hanyalah berkurang sehingga bila saatnya kita mati, ia menjadi kosong.

Lain pula dengan kalendar hijrah. Aku setuju jika kita sebagai umat Islam sendiri lebih mengutamakan kalendar hijrah. Ia kalendar yang lebih tepat. Sambutan tahun barunya juga meriah jika seluruh umat Islam menyambutnya dengan bersungguh-sungguh. Beri aku bukti jika ada sesiapa yang nampak keburukan daripada menyambut tahun baru mengikut kalendar hijrah ini. Senaraikan aku kebaikan daripada kalendar hijrah ini dan bandingkannya dengan kalendar gregorian. Jika kita benar-benar orang yang matang (pandai memilih mana yang baik mana yang buruk), nah silakan buktikan anda orang-orang yang matang. Mana satu yang terbaik untuk anda. Apa keputusannya? Fikirkanlah. Anda tergolong di kalangan orang yang matang fikiran seperti yang anda dabikkan selama ini? Genius? Tahun baru yang mana satu anda lebih nantikan? Fikirkan, fikirkan.

Ada fakta tentang kalendar gregorian ini. Sejarahnya, ia sendiri diperkenalkan oleh seorang pope. Iaitu seorang pemimpin Kristian. Jika ada yang mengkaji tentang pope, mungkin ada yang mengaitkannya dengan freemasonry atau illuminati. Itu jika kita pandang pada skop yang kecil. Tetapi jika kita pandang pada skop yang lebih besar, pope itu sendiri merupakan pemimpin orang kafir. Jika kita sendiri ikut apa yang diperkenalkan oleh pemimpin orang kafir tersebut, bagi aku, pendapat aku, seolah-olah kita juga sebenarnya ikut apa yang mereka lakukan.

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

وَلَن تَرۡضَىٰ عَنكَ ٱلۡيَہُودُ وَلَا ٱلنَّصَـٰرَىٰ حَتَّىٰ تَتَّبِعَ مِلَّتَہُمۡ‌ۗ قُلۡ إِنَّ هُدَى ٱللَّهِ هُوَ ٱلۡهُدَىٰ‌ۗ وَلَٮِٕنِ ٱتَّبَعۡتَ أَهۡوَآءَهُم بَعۡدَ ٱلَّذِى جَآءَكَ مِنَ ٱلۡعِلۡمِ‌ۙ مَا لَكَ مِنَ ٱللَّهِ مِن وَلِىٍّ۬ وَلَا نَصِيرٍ (١٢٠

Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam) itulah petunjuk yang benar". Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepadamu. (120)  

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

إِنَّہُمۡ يَكِيدُونَ كَيۡدً۬ا (١٥) وَأَكِيدُ كَيۡدً۬ا (١٦) فَمَهِّلِ ٱلۡكَـٰفِرِينَ أَمۡهِلۡهُمۡ رُوَيۡدَۢا (١٧

Sesungguhnya mereka (yang menentangmu, wahai Muhammad) bermati-mati menjalankan rancangan jahat, (15) Dan Aku pula tetap bertindak membalas rancangan jahat (mereka dan menggagalkannya). (16) Oleh itu janganlah engkau hendakkan segera kebinasaan orang-orang kafir itu, berilah tempoh kepada mereka sedikit masa. / (17)  

 Sama-sama kita muhasabah diri. Ada juga fakta lain yang kita tidak tahu tentang kalendar gregorian ni. Fakta tentang kalendar ini yang menggunakan termologi BC dan AD. Apa maksud BC dan AD? Kita mungkin pernah ternampak tetapi kadang-kadang kita tidak ambil peduli pun bukan? BC ialah singkatan pada perkataan Before Christ atau Sebelum Masihi. AD pula merupakan singkatan kepada Anno Domini. Anno Domini pula merupakan bahasa Latin yang bermaksud In the Year of (the/Our) Lord atau Pada Tahun Tuhan (kami). Sudah terang lagi bersuluh, kalendar ini terang-terang menunjukkan rupa sebenarnya. Anno Domini jika diterangkan secara terperinci atau lebih panjang ia akan menjadi Anno Domini Nostri Iesu (Jesu) Christi yang juga bermaksud In the Year of (the/Our) Lord J**** C*****. Ya Allah ampuni aku daripada menyebutnya.

Jadi jika kita menyambut 2010 AD iaitu tahun ini, seolah-olah maksud tersiratnya kita sedang menyambut tahun 2010 anno domini ~~~~. Nauzubillah. Betapa besarnya dosa kita sebenarnya hidup dalam dunia yang penuh fitnah ini. Daripada sekecil-kecil dosa kepada sebesar-besar dosa yang kita nampak dan tidak nampak. Jika ditelusuri lagi, AD juga dikenali sebagai Christian Era. Tidak juga ingin aku akui ketuanan Kristian dalam kehidupanku. Aku tidak akan sekali-kali mengakui ini era mereka. Aku juga pernah terfikir, biasanya jika sebelum lawannya selepas. Jika Before maka lawannya After. Kenapa tidak digunakan sahaja After Christ (AC) berbanding AD? Sama-samalah kita fikirkan.

Belajarlah daripada sejarah. Walaupun kadangkala ianya perit, tetapi ia akan menjadi manis jika dijadikan iktibar dan ambil pengajarannya daripadanya. Moga Allah sentiasa kurniakan petunjuk dan hidayah atas rahmat-Nya jua. Amin.