Sunday 3 January 2010

Tahun Baru?

Apa ceritanya dengan tahun baru ni? Apa yang aku faham, tahun baru merupakan permulaan kepada sesuatu kalendar tidak kisah la kalendar jenis apa. Kalendar Hijrah, Gregorian, Cina semuanya ada tahun baru. Tetapi kenapa dalam kebanyakan tahun baru, tahun baru 1 Januari juga yang disambut dengan tersangat-sangat meriah? Kenapa ya?

Pernah dengar Kalendar Gregorian? Hm, mungkin tidak ramai yang pernah mendengarnya. Bagaimana pula kalendar masihi? Okay, kalendar gregorian dan kalendar masihi adalah kalendar yang sama. Kalendar Gregorian merupakan kalendar yang diterima masyarakat dunia sebagai kalendar umum. Ia diperkenalkan oleh Pope Gregory XIII pada 24 Februari 1582 dan mula digunakan oleh beberapa negara sebelum diterima pakai di serata dunia.

Pada asalnya, kalendar ini merupakan kesinambungan kepada kalendar Julian yang dicipta oleh Maharaja Rome, Julius Caesar. Serba sedikit mengenai kalendar ini, secara umumnya ia hanyalah kalendar yang diubah suai daripada kalendar Julian. Tetapi secara realitinya, penggunaan kalendar ini secara umum banyak memberi keburukan kepada kita.

Lihat sajalah pada sambutan tahun baru yang diadakan baru-baru ini. Apa kebaikan yang kita dapat daripada menyambutnya? Bahkan aku lihat lebih banyak keburukan daripada kebaikan. Bagaimana aku ingin mempunyai perasaan menyambutnya sedangkan aku lihat keburukan itu sangat nyata di hadapan aku? Aku jadi semakin jijik setiap kali tahun baru tiba. Seolah-olah aku tidak mengharapkan pun ia berlaku. Mungkin ada kebaikannya apabila manusia memiliki azam untuk berubah. Aku sokong jika manusia berazam untuk berubah menjadi lebih baik. Tetapi jika sambutan itu sendiri berada di luar kawalan, itu bukan sesuatu yang aku sokong.

Lihat saja pada sambutan tahun baru yang diadakan. Berapa ramai yang menyambut sambutan tahun baru dengan bacaan doa dan memohon keampunan. Sekurang-kurangnya dengan keazaman untuk berubah menjadi baik (jika benar ingin berubah pasti tepat tahun baru sahaja sudah memulakan azam tersebut). Tetapi sambutan yang diadakan pula disambut dengan percikan bunga api dan mercun. Ditambah dengan teriakan lagi. Lelaki dan perempuan tiada batas pergaulan. Bukan doa yang menjadi medium bahkan sorakan dan teriakan yang menjadi pilihan. Pernahkah kita terfikir, kenapa kita menyambut tahun baru? Jika sebab untuk menyambut umur yang meningkat, hakikatnya umur kita bukannya meningkat bahkan sedang berkurang. Mati itu pasti dan telah ditetapkan bila masanya kita mati. Jadi, umur kita hanyalah berkurang sehingga bila saatnya kita mati, ia menjadi kosong.

Lain pula dengan kalendar hijrah. Aku setuju jika kita sebagai umat Islam sendiri lebih mengutamakan kalendar hijrah. Ia kalendar yang lebih tepat. Sambutan tahun barunya juga meriah jika seluruh umat Islam menyambutnya dengan bersungguh-sungguh. Beri aku bukti jika ada sesiapa yang nampak keburukan daripada menyambut tahun baru mengikut kalendar hijrah ini. Senaraikan aku kebaikan daripada kalendar hijrah ini dan bandingkannya dengan kalendar gregorian. Jika kita benar-benar orang yang matang (pandai memilih mana yang baik mana yang buruk), nah silakan buktikan anda orang-orang yang matang. Mana satu yang terbaik untuk anda. Apa keputusannya? Fikirkanlah. Anda tergolong di kalangan orang yang matang fikiran seperti yang anda dabikkan selama ini? Genius? Tahun baru yang mana satu anda lebih nantikan? Fikirkan, fikirkan.

Ada fakta tentang kalendar gregorian ini. Sejarahnya, ia sendiri diperkenalkan oleh seorang pope. Iaitu seorang pemimpin Kristian. Jika ada yang mengkaji tentang pope, mungkin ada yang mengaitkannya dengan freemasonry atau illuminati. Itu jika kita pandang pada skop yang kecil. Tetapi jika kita pandang pada skop yang lebih besar, pope itu sendiri merupakan pemimpin orang kafir. Jika kita sendiri ikut apa yang diperkenalkan oleh pemimpin orang kafir tersebut, bagi aku, pendapat aku, seolah-olah kita juga sebenarnya ikut apa yang mereka lakukan.

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

وَلَن تَرۡضَىٰ عَنكَ ٱلۡيَہُودُ وَلَا ٱلنَّصَـٰرَىٰ حَتَّىٰ تَتَّبِعَ مِلَّتَہُمۡ‌ۗ قُلۡ إِنَّ هُدَى ٱللَّهِ هُوَ ٱلۡهُدَىٰ‌ۗ وَلَٮِٕنِ ٱتَّبَعۡتَ أَهۡوَآءَهُم بَعۡدَ ٱلَّذِى جَآءَكَ مِنَ ٱلۡعِلۡمِ‌ۙ مَا لَكَ مِنَ ٱللَّهِ مِن وَلِىٍّ۬ وَلَا نَصِيرٍ (١٢٠

Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam) itulah petunjuk yang benar". Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepadamu. (120)  

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

إِنَّہُمۡ يَكِيدُونَ كَيۡدً۬ا (١٥) وَأَكِيدُ كَيۡدً۬ا (١٦) فَمَهِّلِ ٱلۡكَـٰفِرِينَ أَمۡهِلۡهُمۡ رُوَيۡدَۢا (١٧

Sesungguhnya mereka (yang menentangmu, wahai Muhammad) bermati-mati menjalankan rancangan jahat, (15) Dan Aku pula tetap bertindak membalas rancangan jahat (mereka dan menggagalkannya). (16) Oleh itu janganlah engkau hendakkan segera kebinasaan orang-orang kafir itu, berilah tempoh kepada mereka sedikit masa. / (17)  

 Sama-sama kita muhasabah diri. Ada juga fakta lain yang kita tidak tahu tentang kalendar gregorian ni. Fakta tentang kalendar ini yang menggunakan termologi BC dan AD. Apa maksud BC dan AD? Kita mungkin pernah ternampak tetapi kadang-kadang kita tidak ambil peduli pun bukan? BC ialah singkatan pada perkataan Before Christ atau Sebelum Masihi. AD pula merupakan singkatan kepada Anno Domini. Anno Domini pula merupakan bahasa Latin yang bermaksud In the Year of (the/Our) Lord atau Pada Tahun Tuhan (kami). Sudah terang lagi bersuluh, kalendar ini terang-terang menunjukkan rupa sebenarnya. Anno Domini jika diterangkan secara terperinci atau lebih panjang ia akan menjadi Anno Domini Nostri Iesu (Jesu) Christi yang juga bermaksud In the Year of (the/Our) Lord J**** C*****. Ya Allah ampuni aku daripada menyebutnya.

Jadi jika kita menyambut 2010 AD iaitu tahun ini, seolah-olah maksud tersiratnya kita sedang menyambut tahun 2010 anno domini ~~~~. Nauzubillah. Betapa besarnya dosa kita sebenarnya hidup dalam dunia yang penuh fitnah ini. Daripada sekecil-kecil dosa kepada sebesar-besar dosa yang kita nampak dan tidak nampak. Jika ditelusuri lagi, AD juga dikenali sebagai Christian Era. Tidak juga ingin aku akui ketuanan Kristian dalam kehidupanku. Aku tidak akan sekali-kali mengakui ini era mereka. Aku juga pernah terfikir, biasanya jika sebelum lawannya selepas. Jika Before maka lawannya After. Kenapa tidak digunakan sahaja After Christ (AC) berbanding AD? Sama-samalah kita fikirkan.

Belajarlah daripada sejarah. Walaupun kadangkala ianya perit, tetapi ia akan menjadi manis jika dijadikan iktibar dan ambil pengajarannya daripadanya. Moga Allah sentiasa kurniakan petunjuk dan hidayah atas rahmat-Nya jua. Amin.





1 comment:

cupin cipon said...

sugo dol..
terbaek..