Thursday 26 March 2009

Pernahkah Manusia Terfikir

Pernahkah Manusia Terfikir?
Tentang asal usulnya.
Bagaimana ia dicipta?
Mengapa ia dicipta?
Tentang siapa yang pertama dicipta?
Malah Siapa yang menciptanya?
Adakah manusia pertama wujud secara kebetulan?
Seperti Teori Evolusi yang dicipta,
diguna meluas di seluruh pelosok dunia
Pernahkah  manusia terfikir?
Tentang tanah yang dipijaknya.
Bumi yang dihuninya.
Bagaimana ia berputar. Cantik.
Melengkapi siang dan malam.
Gunung- gunung yang gah,
pokok-pokok,
sungai-sungai,
lautan dan langit.
Malah wujud hasil galian yang berharga di dalamnya.
Apakah segalanya terbentuk dengan sendiri?
Tanpa ada Pencipta yang Maha Bijaksana mencorakkannya?
Bolehkah Hawaii menjadi pulau yang cantik, tanpa ada manusia yang mencorakkannya?
Pernahkah manusia terfikir?
Tentang segala yang diperhatikannya?
Tentang segala yang dipelajarinya?
Tentang segala yang dikajinya?
Mengapakah dalam 7 barisan planet, hanya Bumi yang didiami.
Malah dalam banyak spesies hidupan, hanya manusia yang layak memerintah?
Membina Tamadun, mencipta pencakar langit, keajaiban dunia.
Apakah manusia masih buta? dan ingin terus menjadi pekak dan tuli?
Tidak mahu mendengar, dan berfikir sejenak.
Pernahkah manusia terfikir?
Bahawasanya ia menolak Tuhan yang Maha Satu.
Hanya kerana ia tak pernah melihat-Nya.
Sedangkan ia menerima konsep fizik.
Mengakui kewujudan angin, daya, tenaga;
zarah, proton dan elektron.
Tetapi dapatkah mereka membuktikan kewujudan semua ini,
di atas tapak tangan mereka sendiri?
Oh manusia,
Fikirkanlah tentang sekelilingmu.
Apakah Tuhanmu juga pernah menetap di bumi?
Malah menyerupai seperti dirimu?
Andainya kamu mencipta rak kabinet, 
untuk menyimpan alat permainan ciptaanmu;
Bolehkah kamu menetap di kabinet itu bersama alat permainanmu?
Malah menyerupai alat ciptaanmu itu?
Sedangkan aku juga hanyalah manusia biasa.
Yang punya kesilapan.
Dan aku hanya cuba membantu.
Supaya kamu dapat memikirkannya.
Kerana aku sentiasa berfikir.
Pernahkah manusia terfikir?
Ataupun mereka cuba memikirkannya?

No comments: