Sunday, 5 December 2010

Perihal Blog

Salam.

Nampaknya aku memang dah jarang sangat update blog.Dulu idea selalu keluar cuma tak disampaikan.Tambahan sekarang youtube sedang bercollaboration dengan gmail, so aku terpaksa tukar-tukar dua account untuk bukak account youtube atau log in blog ni.Agak leceh jugak la.Kemungkinan aku akan update blog lagi di masa akan datang.Kemungkinan juga aku akan buka blog baru supaya account youtube dan account blog aku dapat disatukan.

Semoga blog baru nanti akan dapat memberi nafas baru kepada aku.Hehe

Fidzuan bin Kassim

Tuesday, 13 April 2010

Keluarga Bahagia

Salam.
Di bawah ini merupakan lagu yang direka dan ditulis oleh aku sendiri 100%. Ianya sebagai tanda penghargaan aku kepada keluarga aku. Semoga mereka sentiasa sihat seadanya.




Keluarga Bahagia

Pada malam yang sepi
Ku termenung sendiri
Mengenangkan hidup ini
Kisah yang penuh duri

Lalu ku tatap wajah itu
Wajah yang penuh suci
Penawar resahku
Pembakar semangatku
Meneruskan kehidupan ini

Zaman kecil yang indah
Ku dibelai dengan kasih
Membesar dengan sempurna
Tanpa diskriminasi

Zaman remaja yang mencabar
Tanpa ayah dan ibu
Maafkan diriku
Menjauhkan diriku
Namun ku tetap percaya

c/o
Ayah, inspirasiku
Emak, kasih sayangku
Mendidik diriku hingga dewasa
Menjadi insan berjaya

Abang-abang, pengajaranku
Kakak-kakak, penawar lukaku
Semoga semua sihat sentiasa
Membentuk keluarga bahagia


Lagu/Lirik : Fidzuan Kassim

Wednesday, 31 March 2010

Pengajaran

Salam.

Aku dah lama tak post apa-apa kat blog ni. Post aku beberapa hari lepas pun membuatkan aku ingin menulis kembali setelah sekian lama. Selama sebulan aku merehatkan diri, aku merasakan mungkin aku perlu post kan sesuatu tentang kehidupan aku di Korea ni (aku rasa ni tujuan asal aku berblog). Jadi, aku ingin kurangkan post-post yang aku copy paste dari blog orang, dan lebihkan kepada apa yang aku belajar di bumi asing ni.

Sebagai pendahuluannya, aku ingin menceritakan kepada blog ini tentang apa yang aku belajar beberapa minggu yang lepas.

1) Kesihatan.
 - Okay, perkara pertama yang aku nak ucapkan kepada diri aku sendiri dan juga kepada sesiapa yang terbaca isi kandungan post ni: Bersyukurlah kerana Allah telah mengurniakan kesihatan yang baik kepada anda! Alhamdulillah..Ceritanya sebenarnya begini, aku ada seorang rakan yang baru pulang dari Malaysia. Di saat semester baru hendak bermula, beliau telah ditimpa ujian dari Allah berkaitan kesihatan beliau. Mengikut kata doktor, beliau dijangkiti virus dari Malaysia. Pada mulanya beliau dimasukkan ke ICU di Seoul. Ibu bapa beliau juga telah menghadapi pelbagai rintangan sepanjang menjaga beliau di ICU di bandaraya Seoul ini. Setelah dua minggu di ICU, akhirnya ibu bapa beliau telah mengambil keputusan untuk menghantarnya pulang untuk rawatan di Malaysia. Namun setakat ini, beliau masih juga belum pulih. Aku sangat bersimpati atas nasib yang menimpa keluarga beliau. Namun takdir Allah siapa yan tahu. Mari kita sama-sama doakan kesihatan beliau semoga cepat sembuh. Sedekahkan Yassin juga untuk beliau. Moga Allah mempercepatkan penyembuhan beliau. Allah jua yang menguji dengan penyakit, Allah jua lah yang menyembuhkan penyakit. Semoga keluarga beliau tabah menghadapi dugaan mendatang. Aku berharap dapat melihat rakan aku tersebut senyum kembali. Kami batch 8 Korea sentiasa menantikan kepulanganmu, Nur Nazihah. Peringatan buat kita, bersyukurlah dengan kesihatan yang ada dan gunakan sebaik mungkin.

2) Berani.
- Keberanian memang perlu ada dalam diri kita. Keberanian apa yang aku belajar beberapa hari ni? Ceritanya, beberapa minggu yang lepas, aku telah pertama kalinya menonton drama bersiri USA bertajuk How I Met Your Mother (HIMYM). Nak tau drama ni tentang apa? Boleh google or wiki. Okay, setelah menontonnya, aku mula terpikat dengan drama ni kerana lawaknya yang superb dan jalan cerita yang menarik. Lalu aku pun meminjamnya dari rakan aku yang telah mendownload drama ini yang telah melangkaui 5 season. Setakat ni, aku telah pun menontonnya sehingga yang paling latest. Jadi, apa kaitannya dengan keberanian? Ia berkaitan dengan satu watak dalam HIMYM bernama Barney Stinson yang gemar memakai sut ke mana-mana sahaja dan sangat suka menyahut cabaran rakan-rakannya. Maka, suatu hari, aku sedang berbual-bual dengan rakan aku dan aku bergurau-gurau dengannya melalui karektor Barney Stinson tersebut. Tiba-tiba tajuk perbualan kami menjadi cabaran untuk memakai sut ke kelas. Aku pun seperti karektor dalam drama tersebut menyahut cabaran tersebut dengan ayat "Challenge accepted". Maka beberapa hari yang lepas, di kelas Mathematic Engineering, aku telah melunaskan cabaran tersebut dengan memakai sut ke kelas. Sut yang lengkap. Aku bukan ingin menceritakan yang aku agak bodoh untuk meniru karektor watak tersebut, tetapi apa yang penting pengajaran yang aku dapat daripada perbuatan aku tersebut, agak bermakna. Ia merupakan sesuatu yang agak memalukan untuk memakai sut yang lengkap ke kelas. Kenapa? Sebab ia merupakan sesuatu perbuatan yang aneh dan ganjil. Aku agak malu sebenarnya. Tetapi, waktu itu, aku lebih menggagahkan diri untuk menghadapi sebarang tohmahan yang mendatang. Semakin lama, aku menjadi lebih berani dalam sut tersebut. Seolah-olah kata-kata karektor tersebut bahawa kita akan menjadi lebih awesome dalam sut agak benar. Akhirnya, aku berjaya melengkapkan cabaran tersebut. Baik, mari kita lihat apa yang berlaku melalui analogi dalam kehidupan nyata. Memakai sut ke kelas adalah sesuatu yang lain dari yang lain. Ia seolah-olah kita melakukan perubahan yang orang lain tidak pernah lakukan atau fikirkan. Dan ia merupakan sesuatu yang sangat-sangat ganjil dan pelik serta aneh. Ia seperti dalam kehidupan, jika kita melakukan sesuatu yang aneh dan pelik di mata orang, sedangkan perkara tersebut tidak memberikan apa-apa kesan buruk malah mungkin sebenarnya mendatangkan kebaikan, kita perlu berani untuk melakukannya. Ini diri kita. Kita berhak ke atas diri kita. Biarkan orang lain nak fikirkan apa tentang kita. Jika kita rasakan itu yang perlu kita lakukan terbaik untuk diri kita, maka kita berhak ke atas diri kita untuk lakukannya. Kita perlu berani melakukannya. Kita perlu berani mengambil risiko. Kita perlu berani melakukan perubahan. Kita boleh melakukan apa-apa yang kita selama ini sangkakan tidak boleh asalkan ianya tidak melanggar hukum syarak.

3) Dare to Fail
- Dah macam ayat buku pulak. Okay, ni pengajaran yang aku belajar dari drama bersiri tersebut. Ayatnya bukan "Dare to fail" sebenarnya, tetapi ayatnya lebih kurang begini, "Sometimes we don't know if the path we choose is a mistake but if we don't make a mistake then how could we know that it is a mistake?". Berdasarkan ayat ni, maksudnya, kadang-kadang kita kena juga melakukan kesilapan so baru kita tau yang ia merupakan kesilapan walaupun pada asalnya jalan yang kita pilih tu kesilapan atau jalan yang terbaik. Dalam drama tersebut, akhirnya watak tersebut sedar yang jalan yang dia pilih memang kesilapan. Dan dia belajar dari kesilapan tersebut. Begitu juga kita, kita perlu belajar daripada kesilapan yang telah kita lakukan. Tetapi, ia bukan bermaksud yang kita perlu sentiasa melakukan kesilapan. Jika kita tahu yang ianya suatu kesilapan, nyata, maka jangan lakukannya. Tetapi jika ia antara betul dan salah, tak salah jika kita cuba ambil risiko. Itulah erti kehidupan. Belajar melalui kesilapan. Manusia akan sentiasa belajar dari kesilapan yang lalu jika ingin menjadi lebih baik. Sebab tu Allah telah menceritakan kisah-kisah umat-umat zaman lalu yang telah dibinasakan supaya manusia dapat belajar daripada kesilapan umat terdahulu. Begitu juga mumia Firaun. Allah tidak membinasakan mayat Firaun supaya manusia menjadikannya iktibar. Bukannya menjadikannya bahan kajian!

Baik, cukup setakat ni. Sama-samalah kita belajar daripada pengajaran yang kita dapat sepanjang hidup kita. Kita perlu sentiasa ingat bahawa Allah sentiasa ada di saat kita susah dan senang. Dia jugalah yang menjadi mastermind dalam menentukan jalan cerita hidup kita. Apa yang penting, setiap detik kita hidup di dunia ni, telah Allah tetapkan semata-mata cara yang terbaik untuk manusia mendekatkan diri kepada-Nya. Jangan salahkan Tuhan atas takdir yang menimpa kita. Salahkan diri kita sendiri yang tidak menyedari kasih sayang-Nya. Wallahualam.

Monday, 29 March 2010

Aku di-tagged

Salam. Aku baru perasan aku telah di tagged oleh blog seseorang. Disebabkan aku sayang beliau, maka aku terima aku di tagged dan berikut adalah hasilnya.

Siapakah diri anda di rumah?
- anak bongsu yang awesome. true story

Siapakah diri anda di samping rakan?
- kawan, rakan, sahabat yang diperlukan waktu susah senang. seorang yang awesome. true story

5 benda yang anda idamkan tapi masih belum tercapai
1. sahabat lelaki yang punya fikir yang sama, minat yang sama, sekepala senang cerita.

2. pergi Mekah (haji dan umrah)

3. Jadi lecturer yang bertaqwa

4. Membongkar sejarah asal usul Melayu

5. Kahwin dengan wanita yang sekufu, yang memahami

Siapakah nama pasangan anda?
 - den single.

Ceritakan 5 perkara yg paling anda suka tentang pasangan anda
1. sweet
2. senyuman manis
3. manja
4. suka cerita p ramlee
5. memahami
6. (optional) sudah pastilah yang boleh jadi isteri yang mampu mendidik anak-anak dengan baik.

Bilakah tarikh anda couple?
 - couple tu apa?

Apakah kenangan pahit anda bersama pasangan anda
 - berpisah

Lagu tema cinta anda
- ada kat youtube. search

Apa perubahan yg ingin anda lihat dari pasangan anda
- tak perlu

Tag 10 rakan yg lain
- tak nak tag. cukup

Sunday, 14 February 2010

Open Your Lens


Aku suka video ni. Aku tak tahu aku ni slowpoke or tak sebab baru je tahu pasal video ni. Tapi apa-apa pun aku cuba kongsi kat sini. Moga-moga jadi pengajaran buat kita. Cerita dari saudara kita seorang warga Australia yang baru memasuki Islam ketika itu. Subhanallah..